NS Open MTB Red Beret Challenge 2012


Anjuran:


Kelab Polis Unit 7 PSP Seremban bersama Kelab Basikal MTB Unit 7.

Red Beret ( Beret Merah ) adalah begitu sinonim dengan pasukan PSP ( FRU )
 
Tarikh:


Sabtu, 14 Julai 2012, 7.00 pagi. Flag off pada jam 8.00 pagi
 
Lokasi:


Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban
 

Laluan Kayuhan:


Kayuhan bermula dari Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan akan melalui Kg Sentosa, Taman Tasik Jaya dan Taman Bandar Senawang. Selepas itu anda akan masuk ke trail head offroad yang akan melalui ladang kelapa sawit serta hutan simpan. Anda akan dihidangkan dengan bukit bukau seperti Bukit Gila, Bukit Bon, Bukit Putus (baru dan lama) dan kepada yang ingin menyejukkan badan, anda boleh berbuat demikian di Sungai Brad. Kepada yang kehabisan air jangan risau dan jangan gundah gulana, beberapa water feeding disediakan sepanjang laluan tidak termasuk dengan water feeding asli iaitu air yang mengalir di celah-celah bukit serta air sungai yang jernih dan bersih airnya.




Laluan offroad akan berakhir di Jalan Bukit Putus (lama) dan anda akan mendaki laluan lama ini hingga ke puncak. Dari situ anda akan downhill dengan kelajuan melebihi 50 km/j hingga ke persimpangan laluan Bukit Putus (baru). Pendakian ini akan membawa anda ke puncak di mana ia menjadi hentian kepada pengayuh-pengayuh malam terutamanya kepada geng Perpatih. Dari puncak anda akan menuruni bukit hingga ke kaki Bukit Putus dan anda akan santai di sini tanpa sebarang pendakian hingga ke Stadium Paroi sebagai penamat

Jarak kayuhan:


38 km ++.

Kategori dipertandingkan:


Lelaki Terbuka

Wanita Terbuka

Lelaki Veteran ( 40 tahun ke atas )

Yuran penyertaan:


RM50.00 setiap peserta sehingga 30 Jun 2012 (dapat baju-T) DITUTUP !!

Bermula 1 Julai 2012 sehingga 12 Julai 2012, yuran pendaftaran adalah RM30.00 setiap peserta (tanpa baju-T)

goodies bag, lucky draw dan sijil penyertaan termasuk makan tengahari akan disediakan kepada semua peserta.

Penyertaan:


Penyertaan dibuka kepada semua peminat dan rider MTB seluruh Malaysia.

Peserta terawal yang mendaftar (sebelum 01 Julai 2012) berpeluang memiliki Baju-T (Yuran RM50). DITUTUP !!



Goodies Bag:


Pengambilan goodies bag pada 13 Julai 2012, Jumaat dari jam 09.00 pagi hingga 09.00 malam di Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sila bawa borang penyertaan dan slip pembayaran ASAL semasa mengambil goodies bag (bagi pendaftaran walk-in hanya perlu bawa resit ASAL). Bagi pendaftaran berkumpulan, HANYA ketua kumpulan dibenarkan untuk mengambil goodies bag.

Bagi peserta yang tidak berkesempatan untuk menuntut goodies bag pada 13 Julai 2012, boleh berbuat demikian pada 14 Julai 2012 sebelum event bermula. Sila hubungi pihak Sekretariat untuk tujuan tersebut.


Lintas sungai yang jernih lagi menyejukkan
Trek Balak semakin semak dikelilingi kehijauan hutan
halangan balak tumbang kena pikullah siapa boleh lompat lagi bagus.


Jalan balak kayuh mendaki

 http://mtb-redberet.blogspot.com/




















No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...