Hari ini telah berlangsungnya Ujian Kod Morse kedua bagi tahun 2012. Aku berkesempatan bertandang di SKMM Cyberjaya untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang akan berjuang hingga titis terakhir.
Ketika tiba di SKMM kelihatan tempat letak kereta penuh memaksa aku meletak jelopi dibelakang bangunan. Ketika meletak jelopi terdapat sebuah jelopi turut sampai iaitu 9M2BAL dan calon CW 9W2JJF dari Johor tetapi bermalam disini terlebih dahulu. Akupun mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan mereka berdua.
Seharusnya aku mengucapkan tahniah kepada 9W2JJF Ustaz Ilyas yang sememngnya telah lulus selepas keputusan dikeluarkan. Cerita tentang kesungguhan beliau telah dicoretkan dalam blog 9M2ZAK.
http://9m2zak.blogspot.com/2012/10/belakang-parang-jika-diasah-pasti-akan.html
Berikut adalah senarai calon yang lulus dan gagal yang dipetik dalam blog 9M2BAL http://9m2bal.blogspot.com/2012/10/keputusan-sesi-receive-morse-code-test.html
Lulus:
9W2NBQ - Abd. Aziz bin Abd. Malek
9W2DEL - Ahmad Fadhil B. Izharuddin
9W2TZA - Ahmad Rizal Bin Jusoh
9W2DYJ - Amran B Hj Sarip
9W2JJI - Azizi Bin Rahman @ Abd Rahman
9W2RZI - Md. Razi B Mohd Zin
9W2FWA - Mohamad Azla Bin Kamaruddin
9W2JJF - Mohamad Ilyas Bin Ismail
9W2DSH - Mohd Shahiran Bin Mohd Yusoff
9W2RDQ - Muhamad Subian Bin Sukaimy
9W2SGN - Shahrul Azril Bin Sulaiman
9W2GNS - Shahrul Nizam Bin Hashim
9W2WND - Wahid Bin Mohamed
9W2VDO - Wan Abd Rahim Bin Wan Ibrahim
Gagal:
9W2AKL - Ab LLah Bin Hamat
9W2LLH - Ahmad Safri Bin Abdul Aziz
9W2XCL - Ahmad Shafi Boniface Bin Abdullah
9W2BGG - Azwan Bin Ariffin
9W6CEM - Edmond Mosiun
9W2JSY - Jemain Bin Othman
9W2FNN - Khairul Affandie Bin Che Hassan
9W2OHM - Khaleelullah Quraishi
9W2MLW - Mohamad Zahlan Bin Abu Hassan
9W2MBT - Mohamed Bin Ali
9W2MFP - Mohd Faisal Bin Sahbudin
9W2OYY - Mohd Mujahideen Bin Noordin
9W2RIC - Mohd Sabri Bin Ali
9W2YND - Mohd Sahidan Bin Abdullah
9W2BTQ - Muhammad Naim Bin Abdullah
9W2JNX - Noor Hisham Bin Yusop
9W2GSG - Nornazmi Bin Julaini
9W2TS - Saad Bin Mat
9W2ZBS - Zakaria Bin Seman
9W2ZRZ - Zanzuri Bin Ab Rahman
Tidak Hadir:
9W2PIE - Ahmad Supiee Bin Yadi
9W2ATR - Amarul Bin Talip
9W2BBS - Fahroradzi Bin Ibrahim
9W2BDM - Nor Azmi Bin Mohamed Nor
9W2TGR - Radzi Bin Nawi
9W2RCJ - Richard A/L Clarence Joseph
9W2CZC - Zainal Abidin Bin Ali
Lulus : 34%
Gagal : 49%
Tidak Hadir: 17%
Kemudian aku berselisih dengan rakan ADARC47 yang lama tak berjumpa iaitu 9M2AIR, 9M2AIS dan 9M2BMX serta 9W2MHJ serta calon cw 9W2YND. Apapun kepada shark jangan kecewa kegagalan kali ini, mungkin lain kali boleh cuba lagi. Berikut gambar-gambar dari laman blog http://adarc47.blogspot.com/
Suasana ruang legar SKMM sebelum ujian |
Eyeball sempena Ujian CW |
9W2YND Mohd Sahidan Bin Abdullah |
Ini aku hehe 9W2DYA terima kasih Hatta 9W2MHJ ambil gambar ini hehe |
9M2BMX Azman |
9M2AIR Halim dan 9M2AIS Faiz |
Kemudian kami semua masuk ke dalam ruang legar bersalaman ramai rakan yang datang memberi sokongan kepada calon-calon. Ramai nama besar hadir memberi sokongan pada kali ini, memeriahkan suasana ujian untuk kali kedua bagi tahun 2012.
Aku juga dapat bersalaman dengan 9M2AUR Aimil dan rakannya dari Melaka. Dia bertanya pada aku bila nak ambil cw? hehe kena belajar dulu baru boleh ambil ujian.
Tepat jam 10.00 pagi ujian telah bermula di bilik seminar. Gelagat rakan-rakan di luar bilik dapat dilihat untuk mengetahui apakah soalan yang dikemukakan pada tahun ini.
Ohh begitu rupanya ujian ini dijalankan sekarang baru aku faham bagaimana suasana ujian ini berlangsung. Rakan memberi tip bagaimana kita hendak menghadapi ujian sebegini. Secara tidak langsung aku juga dapat mempelajari sesuatu walaupun buat masa ini sememangnya aku tidak faham Kod Morse itu.
Selepas setengah jam calon-calon keluar dengan pelbagai reaksi. Ada yang berpuas hati dengan pencapaian peribadi dan ada sebaliknya. Ini adalah perkara biasa pada suasana ujian. Menurut blog 9M2BAL Iqbal seorang calon telah digagalkan kerana menggunakan smartphone untuk decode. Mungkin selepas ini semua calon tidak dibenarkan membawa sebarang gajet terutamanya smartphone yang mempunyai CW reader.
Berikut adalah gambar dari blog 9M2BAL: http://9m2bal.blogspot.com
Sebelah Pak Yop itu adalah ustaz Ilyas 9W2JJF |
Tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal boleh cuba dan cuba lagi 73, Jojet, 9W2DYA http://9w2dya.blogspot.com
No comments:
Post a Comment