Pada 21 hingga 23 Disember 2012 aku berkesempatan untuk bercuti sebelum sesi persekolahan bermula tidak lama lagi. Destinasi percutian kali ini tidaklah jauh dari rumah iaitu Port Dickson.
Tempahan awal dibuat memandangkan musim cuti sekolah ramai bercuti bersama keluarga. Penginapan kami di Klana Beach Resort Port Dickson merupakan kompleks Baitul Hilal.
Balai Cerap di sini merupakan tempat untuk aktiviti mencerap yang sangat moden dan terkini.
Selepas melihat bilik dan berehat pada hari pertama, aktiviti seterusnya bersiar-siar di Pantai Teluk Kemang. Kami mengalas perut terlebih dahulu sebelum melihat keindahan waktu petang.
Kelihatan ramai pengunjung masih melakukan aktiviti bermandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti sukan air yang disediakan seperti banana boat yang menjadi kesukaan ramai.
Selepas itu, aku mencuba berjalan di batu-batu refleksologi yang disediakan. Pelbagai bentuk jenis permukaan batu yang baik untuk kesihatan apabila berjalan diatasnya. Jika tidak biasa, memang terasa sakitnya tetapi itulah baik untuk kesihatan apabila terkena point-point pada urat yang memulihkan segala anggota badan yang terlibat.
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke PD waterfront dekat pekan PD. Pemandangan pantai boleh dilihat dari sini.
Balik ke bilik dan berehat pada hari pertama sambil melayan wifi yang disedikan oleh pihak hotel.
Aku cuba mengaktifkan iGate disini jika terdapat stesen lain yang berhampiran, tetapi gagal dan mengaktifkan di smartphone sahaja iaitu APRSdroid.
Hari kedua selepas bersarapan aktiviti bersiar-siar dipersekitaran kompleks ini. Hari ini juga merupakan Hari Lahir isteriku yang tercinta. Inilah hadiah dengan membawa bersiar-siar bagi meraikan hari yang indah ini. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Di bawah merupakan pemandangan Teluk Kemang dari Baitul Hilal.
Sebelum turun ke bawah di pelantar pejalan kaki, kami masuk ke dalam Balai Cerap untuk melihat apa yang terdapat di sana.
Apabila kami masuk ke dalam kelihatan model-model planet dalam sistem solar tergantung. Sangat menarik bukan, boleh menambah dan mengukuhkan lagi pemahaman tentang sistem solar kepada pengunjung terutama kanak-kanak.
Selain model diatas terdapat gambar cakerawala didinding ruang legar ini. Sebenarnya di hotel juga, terdapat banyak gambar-gambar cakerawala yang diambil di Malaysia dipamerkan di lobi dan setiap aras. Ini menambah minat untuk mendalami bidang ilmu falak atau astronomi.
Pihak pengurusan menyediakan pejalan kaki dipersekitaran di tepi laut. Menikmati bayu laut yang dingin amat mententeramkan jiwa.
Pelbagai aktiviti dapat dilihat dari sini melihat kemeriahan yang berlaku pantai peranginan yang terkenal negara.
Pemandangan kapal-kapal dagang melalui Selat Melaka adalah pemandangan biasa di sini. Port Dickson menjadi tumpuan kerana pelbagai kemudahan terutama penginapan yang banyak terdapat disediakan.
Kedudukan kompleks ini di atas bukit dan bertanjung membolehkan melihat laut depan kiri dan kanan.
Kedudukan balai cerap yang strategik ini sesuai dengan fungsinya. Malangnya kami tidak berkesempatan naik melihat pemandangan indah dari menaranya.
Selepas puas menikmati udara pantai aktiviti seterus adalah berehat di hotel. Sekali lagi aku mengaktifkan iGate di PD ini jikalau ada stesen yang aktif bolehlah aku menangkap signalnya.
Aku hanya menggunakan handy antena rubber duck disambung dengan kabel audio dan diletakkan ditepi tingkap ditingkat 2 menghadap ke laut.
Usaha ini berbaloi rupanya ada rakan yang bermobile di PD telah aku dapat kesan signalnya.
Stations heard directly by 9W2DYA –
9W2SMX-9 yang jalan-jalan cari YL akhir telah dapat dikesan signalnya. Aku juga mengaktifkan APRSdroid telah terlebih dahulu mengesan kewujudan stesen ini.
Apabila perut mula keroncong, kami keluar mencari makanan. Aktiviti diteruskan bersiar-siar di kawasan persekitaran. Destinasi pertama adalah di Blue Lagoon.
Blue Lagoon ini bersempadan dengan Melaka yang terdapat Rumah Api Cape Rachado.
Aktiviti kayak terdapat disini bagi mereka yang berminat. Ketika petang itu, air laut surut ramai orang bermandi-manda hingga ke tengah laut. Pada pemerhatian aku, airnya keruh dan kotor sangat tidak sesuai untuk bermandi-manda tetapi melihat kepada pantai yang putih menggamit ramai berkunjung ke sini.
Selepas itu, aku meneruskan ke 9M4CPD merupakan rumah kelab yang boleh disewa untuk bercuti. Rumah kelab ini sangat dekat dengan penginapan aku. Jika sampai di PD jangan lupa untu berkunjung melihat antena dan kemudahan yang disediakan. Sebelah rumah ini adalah base 9W2PD juga mempunyai antena yang boleh tahan juga.
Sang suria hampir melabuh tirainya dan kami pulang semula ke hotel. Suasana indah dan menawan diambil dari bilik penginapan. Syukur sepanjang berada disini cuaca sangat baik.
Hari terakhir , seperti biasa selepas bersarapan kami bersiar ke pantai Purnama sebelah kiri atau selatan. Ramai pengunjung telah tiba seawal pagi lagi. Air laut surut disebelah pagi ramai yang mandi ke tengah laut. Hujung tanjung itu terdapatnya rumah api yang menjadi panduan kapal-kapal yang masih berguna walaupun ada teknologi canggih masa kini.
Selepas bersiar dan melihat pelbagai aksi pengunjung dengan pelbagai aktiviti, kamipun bersiap untuk checkout pulang ke rumah.
73, Jojet, 9W2DYA
No comments:
Post a Comment