KE7B Everest FELDA 2013 misi terlaksana

credit KE7B Everest FELDA 2013


credit KE7B Everest FELDA 2013

credit KE7B Everest FELDA 2013
credit Ever Quest Expeditions
credit Muhammad Illaham Ishak
 
credit KE7B Everest FELDA 2013
credit Deeno Zoff
 
 
 
 
 
Gambar membuktikan kejayaan kumpulan pendaki KE7B Everest FELDA 2013 menawan puncak dunia pada 21 dan 23 Mei 2013. Sekalung tahniah atas kejayaan yang sukar dicapai jika tanpa usaha yang gigih selama tujuh bulan dengan bersunguh-sungguh.
 
Kejayaan diwar-warkan dimedia massa selepas berita menawan puncak berjaya ditawan. Berita kejayaan anak Felda dan dua orang jurulatih telah disah oleh anggota xpdc di EBC "Salam.. Pendaki negara yang telah berjaya sampai ke puncak.1. Mohd Nasuha Shamsuddin (felda tersang 3) 8:31am. pendaki Islam dan malaysia termuda negara) 2. Mohd Asyraf Halim (lok heng timur) 8:48am. 3. Mohd Hafizuddin Ibrahim (Felda chini) 9:11am. 4. Zainuddin Lot 10:16. 5. Myrza Fasha Md Hamyrudin. (Felda tersang 3) 10:30am dan 6. Muhammad Illaham Ishak 11:00am.. Alhamdulillah"
 
Manakala Siti Anisah membuat percubaan kedua pada 23 Mei 2013 selepas gagal kali pertama akibat AMS. Berita kejayaan disahkan oleh FB KE7B Everest FELDA 2013 NAMASTE...UPDATE XPDC EVEREST FELDA 2013...SYABAS DAN TAHNIAH BUAT KETUA PENDAKI, SITI HANISAH SHARUDDIN YANG BARU SHJ BERJAYA TIBA DI PUNCAK EVEREST TEPAT JAM 7 PAGI TD. BELIAU MENCATAT SEJARAH SEBAGAI WANITA ISLAM TERMUDA DI DUNIA (23 TAHUN) MENAWAN GUNUNG EVEREST. PALING MEMBANGGAKAN, SEMANGAT KENTAL BELIAU YANG TIDAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA DALAM PERJUANGANNYA KE PUNCAK EVEREST. WALAUPUN GAGAL KALI PERTAMA KERANA MASALAH KESIHATAN, BELIAU TETAP KUATKAN AZAM DAN AKHIRNYA BERJAYA DALAM PERCUBAAN KALI KEDUA. BELIAU JUGA MERUPAKAN SATU-SATUNYA PENDAKI YG MEMBUAT SUMMIT ATTACK DUA KALI DALAM SATU PENDAKIAN DI EVEREST.
 
Akhir kata tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat. Kejayaan bersama ini tidak akan berjaya jika tiada kerjasama yang erat kepada semua pihak.
 
Tidak lupa juga kepada dua jurulatih Zainuddin Lot @ Deeno dan
Muhammad Illaham Ishak @ Pak Am merupakan teman sependakian penulis. Tahniah  Deeno dan Pak Am akhirnya impian tercapai jua. Alang-alang seluk pekasam biar  sampai kepangkal lengan. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Cayalah korang memang best.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 
 

 


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...