Makmal Cuaca Angkasa Negara

Jawatankuasa Pemantauan Cuaca Angkasa telah diwujudkan secara bersama antara Agensi ANGKASA Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) untuk memantau dan menangani fenomena matahari maksimum kitaran ke-24 yang dijangka berlaku pada 2013 - 2014.
Matlamat utama penubuhan awal Makmal Cuaca Angkasa Negara ialah untuk mengoperasi dan menyediakan perkhidmatan cuaca angkasa melalui pembekalan data yang berintegriti dan near real time kepada pihak-pihak yang berkepentingan, serta mengeluarkan amaran awal (early warning systems)
Peranan Makmal Cuaca Angkasa Negara ini antaranya adalah seperti berikut:
  1. Membangun, dan mengoperasikankan program cuaca angkasa negara;
  2. Menilai impak cuaca angkasa kepada negara;
  3. Memberikan perkhidmatan cuaca angkasa kepada pengguna (kerajaan, industri dan awam)
  4. Menyelidik dan mencadangkan keutamaan (priorities) program R&D, pengoperasian dan penyampaian cuaca angkasa negara
  5. Mengkoordinasi dan menentukan peranan setiap agensi yang terlibat dengan program cuaca angkasa negara dan pengoperasian Makmal Cuaca Angkasa Negara
  6. Menjadi fasilitator untuk transisi hasil program R&D dan analisis data kepada operasi dan penyampaian
 
 

No comments:

Post a Comment

GDS 05 Stesen Data Graviti

  Petang ini beriadah di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Pertemuan batu GDS 05 ketika hendak pulang. Lokasi di hujung parkir sebelah Perpu...