Air Terjun Sg. Lepoh
EveryTrail - Find trail maps for California and beyond
Pada 26 April yang lalu aku berkesempatan untuk melakukan aktiviti trekking ke Air Terjun Sungai Lepoh bersama Kadet Polis SMKBTHO2, Cheras.
Aku secara sukarela bertugas sebagai sweeper dalam akvitivi trekking ini yang disertai oleh 30 pelajar dan 9 orang guru termasuklah aku.
Pelajar menaiki bas dari sekolah manakala aku memandu bersama dua orang guru. Aku mengambil Farouk di Seri Putra manakala Ustaz Din di Semenyih. Kami sempat bersarapan di sebuah warung turut dimiliki oleh guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
Perancangan ke Sungai Lepoh melalui Semenyih melalui Jalan Sungai Lalang malangnya tanah runtuh telah menghalang laluan untuk dilalui. Kejadian tanah runtuh yang telah lama berlaku masih belum siap sepenuhnya untuk dilalui. Terpaksa mengikut semula keluar ke Pekan Semenyih dan melalui Saujana Impian seterusnya ke Pekan Batu 9 Cheras.
Lebih kurang jam 9.45 pagi kami tiba ditempat yang dituju, sementera peserta bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang lasak ini. Peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan dan peralatan untuk memasak di air terjun.
Perjalanan melintasi Sungai Lepoh yang deras melaui celah-celah batu dan dua batang titi selepas itu. Perjalanan semakin mendaki melalui kawasan kebun buah-buahan orang asli. Beberapa ekor anjing memerhatikan pergerakan kami tanpa diganggu.
Semakin lama perjalanan semakin mencabar dan melalui kawasan buloh. Ustaz Din dan Asri menebang buluh untuk digunakan dalam aktiviti memasak. Selepas buluh dipotong pelajar lelaki ditugaskan untuk membawanya.
Trekking ini dipandu olah Farouq yang pernah sampai baru-baru ini. Sepanjang perjalanan dan pendakian kami dihubungkan melalui penggunaan radio dua hala. Segala maklumat pergerakan dapat di sampaikan dengan baik tanpa sebarang masalah.
Setelah memasuki kawasan hutan perjalanan semakin mencabar kerana terpaksa melalui pendakian bukit yang agak curam. Beberapa kumpulan pelajar dari sekolah lain telah berselisih dengan kami ketika turun dari air terjun. Mereka berjalan laju sahaja kerana berlenggang sahaja tanpa membawa sebarang peralatan dan beg.
Terdapat paip air besar untuk mengalirkan air dari empangan di sungai lepoh ke Pangsun. Tidak pastilah tujuan digunakan untuk hidroelektrik ataupun bekalan air. Batang paip ini tidak berfungsi lagi.
Setelah mendaki jalan mendatar terus ke sebuah pondok atau rumah lama yang tinggal bumbung sahaja. Ia menjadi tempat berteduh dan juga berehat. Di sinilah air ditahan untuk mengalirkan ke dalam batang paip itu.
Selepas beberapa minit kamipun sampai di kawasan air terjun yang disambut oleh lebah-lebah yang ingin garam akibat perpeluhan. Lebah yang banyak ini mengharungi setiap orang yang berada di situ. Ini pasti pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar kerana diharungi oleh lebah. Menurut Farouq ketika beliau datang ke sini baru-baru ini fenomena seperti ini tidak terjadi.
Akupun menutup fungsi GPS yang telah dihidupkan sepanjang perjalanan tadi. Aku menggunakan applikasi EveryTrail untuk merekod data sepanjang perjalanan.
Maklumat yang diperolehi adalah Latitude 03.13.23N dan Longitude 101.51.48E. Altitude adalah 193m dan jarak 4.66km dalam tempoh 2 jam 18 minit.
Ramai juga pengunjung telah berada di sini untuk mandi-manda. Hujan turun rintik-rintik dan pelajar lelaki telah berada di kolam untuk menikmati kedinginan air yang ternyata sangat sejuk. Aku dan ustaz Din makan nasi lemak yang dibekalkan oleh Farouk di atas batu di bahagian bawah. Selepas itu hujan mulai turun dengan lebatnya.
Asri sebagai ketua program mengarahkan pelajar-pelajarnya menyiapkan dapur untuk memasak. Malangnya hujan turun semakin lebat sepanjang kami berada di sana. Jadi, aktiviti memasak tidak dapat dijalankan keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Air sungai semakin naik dan bertambah keruh akibat hujan lebat. Syukur kerana tiada fenomena kepala air turun dari atas. Dalam keadaan hujan sempatlah solat zohor berjemaah di atas batu sungai.