Indomee - apa hebatnya?

Indomee - apa hebatnya?

Saya ingin berkongsi pengalaman menembak satelit SES7 di kedudukan 108.2°E yang mengandungi siaran Indovi$ion, juga lebih dikenali dengan nama Indomee. Apa yang menariknya, siaran TV berbayar dari negara jiran kita ini Indonesia mengandungi begitu banyak siaran yang menarik terutamanya siaran premium seperti HBO, Discovery, National Geographic dan siaran hebat yang lain.

Bagi peminat Movie seperti siaran HBO, pasti akan kebingungan memilih movie mana yang hendak ditonton kerana terdapat empat jenis semuanya iaitu HBO, HBO Signature, HBO Family dan HBO Hits. Bagi peminat siaran dokumentari seperti National Geographic pasti akan gembira dengan pilihan yang ada iaitu National Geographic, Nat Geo Adventure, Nat Geo Wild dan Nat Geo Music. Begitu juga Discovery, Discovery Science, Discovery Kids, Discovery Home & Health dan Discovery Turbo. Manakala siaran sukan ialah Edge Sport, Star Sports, MNC Sports 1, MNC Sports 2, Fox Sports dan Euro Sports. Sebenarnya banyak lagi siaran hebat yang lain, selain dari siaran tempatan Indonesia yang semuanya boleh dirujuk di http://www.lyngsat.com/packages/Indovision.html

Bagaimana hendak mendapatkan siaran ini.

Bagi mereka yang telah memiliki universal decoder seperti Skybox, Openbox, Dreambox dan lain-lain jenama, inilah peluang yang seharusnya tidak boleh dilepaskan kerana anda hanya perlu menambah dish dan LNB S Band. Anda boleh berjimat dengan menggunakan dish astolol beyond yang bersaiz 65cm dengan menghalakannya lebih kurang ke arah Tenggara. Walau bagaimana pun, sangat digalakkan menggunakan dish bersaiz 75cm kerana spesifikasi asal Indomee menggunakan saiz itu. Contoh screen capture yang saya ambil dari http://www.dishpointer.com/ dapat membezakan arahnya dengan jelas, hampir bertentangan dari arah satelit Measat. Dipaparkan juga maklumat tentangan dongakan dish (Elevation) dan LNB Skew (arah LNB atau pusingan LNB) dan maklumat penting yang lain.

Arah untuk Measat dari MelakaArah untuk Measat dari Melaka

Arah untuk SES7 dari MelakaArah untuk SES7 dari Melaka

Kedudukan satelit SES7. Kalau anda dari Sarawak atau Sabah, arah dia pasti hampir ke arah Measat, tetapi ke kiri sedikit...Kedudukan satelit SES7. Kalau anda dari Sarawak atau Sabah, arah dia pasti hampir ke arah Measat, tetapi ke kiri sedikit...

LNB S Band

Selain dari itu, adalah penting untuk mendapatkan LNB khusus untuk S Band yang siarannya dipancarkan di dalam frequensi 2.5 ke 2.7 GHz. Semua frequensi transponder boleh dirujuk di laman Lyngsat seperti link di atas sama ada Vertical atau Horizontal. Satu lagi nasihat yang penting ialah untuk berhati-hati dalam memilih dan membeli LNB S Band. Pengalaman saya sendiri, kerana hendak membeli yang murah, saya membeli LNB S Band clone buatan China yang tiada jenama langsung, difahamkan ada jenama lain seperti PA**A. Pada permulaannya tiada masalah, namun tidak sampai 2 bulan, LNB tersebut mula memberikan masalah dengan kualiti signalnya menurun dan sangat lemah mengakibatkan gambar di skrin TV pecah-pecah. Seorang rakan saya mengalami nasib yang lebih buruk kerana LNB tersebut terus gagal berfungsi dan keluar mesej No Signal, tidak sampai 2 minggu setelah dipasang.

LNB S Band Original Brand PESILNB S Band Original Brand PESI

Dari pengalaman 'berjimat' tersebut, saya membuat carian di internet dan membeli lagi LNB S Band yang asli lagi original jenama PESI yang di import dari negara asal siaran itu. Difahamkan ada jenama lain yang juga original. Saya tidak pasti apa jenama itu. Walaupun harganya agak tinggi sedikit, namun amat memuaskan dari segi kualitinya. Sehingga kini mutu siarannya sangat memuaskan. Saya juga difahamkan dari pengalaman sahabat-sahabat lain, antara sebab utama LNB S Band sering rosak kerana dimasuki air yang merosakkan chip board di dalamnya. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya melekatkan silicon glue disetiap rekahan dan lubang skru yang ada pada LNB tersebut. Tambahan dari itu, penyambungan cable RG6 dengan connectornya tidak harus dibiarkan terdedah dan sebaik-baiknya di tape kan untuk mengetatkannya dan mengelakkan dimasuki air.

Perbezaan arah antara astolol (dibelakang) dan indomee (didepan)Perbezaan arah antara astolol (dibelakang) dan indomee (didepan)

Kualiti Siaran Semasa Hujan.

Satu lagi faktor yang tidak boleh disangkal lagi ialah anda tidak akan kecewa sebagaimana siaran astolol yang akan keluar No Signal atau Service Not Available semasa waktu hujan. Jangan kata hujan, mendung sedikit atau hujan renyai-renyai pun akan membuatkan kita kecewa, namun tidak dapat diperbuat apa-apa kerana itulah kelemahan Ku Band. Berbeza ceritanya signal S Band untuk Indomee ini, anda tetap seronok menonton siaran kegemaran tanpa menghiraukan hujan yang teramat lebat diluar sana. Ujian yang saya telah buat menggunakan dish beyong astolol 65cm membuktikannya. Lebih mantap lagi dengan menggunakan 75cm kerana dish Indomee yang asli juga menggunakan dish bersaiz 75cm. Ada sahabat yang menggunakan dish astolol lama (55cm) dan juga boleh mendapat siarannya. Namun harus kita ingat konsepnya bahawa lebih besar dish yang kita gunakan maka lebih baik kualiti signalnya. Jadi janganlah merungut sekiranya ada channel yang akan pecah-pecah atau ada transponder yang gagal di lock dengan menggunakan saiz dish yang lebih kecil.

Pemasangan LNB S Band, memerlukan steel plate yang dilubangkan dan bolt & nut bersaiz 12Pemasangan LNB S Band, memerlukan steel plate yang dilubangkan dan bolt & nut bersaiz 12

Kelemahan S Band

Walaupun dinyatakan banyak kelebihan seperti di atas, namun ada kelemahannya. Gelombang S Band menggunakan frequency range yang sama seperti yang digunakan oleh alat-alat yang memancarkan WiFi untuk internet. Sekiranya tempat itu kepadatan atau density WiFi nya terlalu padat, berlapis-lapis atau bertindan, kemungkinan untuk sebahagian transponder gagal di lock sangat tinggi. Daripada 10 tranponder, kemungkinan 6 atau 7 yang akan berjaya di lock, yang lainnya gagal. Cara untuk mengatasinya berdasarkan tips dan pengalaman sahabat di Indonesia ialah dengan memasang dish tersebut serendah yang mungkin, seperti di atas tanah. Namun sekiranya tiada pilihan dan terpaksa memasang di atas bumbung juga, kepunglah dish tersebut. Seorang pemasang dish pernah memberitahu saya, beliau pernah memasang dish di dalam tangki air lama yang rosak dan tidak digunakan lagi untuk mengelakkan gangguan WiFi.

Kesimpulan

Kepada sahabat-sahabat yang masih berkira-kira untuk mendapatkan siaran ini, saya yakin setelah memasangnya, anda tidak akan menyesal dengan siaran-siaran hebat yang disediakan selain dari kebal hujan seperti yang telah dinyatakan di atas. Subtitle atau sarikatanya dalam Bahasa Indonesia tidak sulit untuk difahami, malah memberi peluang untuk kita belajar bahasa Indonesia, sahabat serumpun kita. Jadi kenapa dan mengapa masih tertunggu-tunggu, belilah LNB tersebut dan belajarlah cara untuk membidik dengan tepat satelit tersebut atau dapatkan perkhidmatan dish installer dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Sekiranya tembakan ke satelit itu tepat, anda akan memperolehi 126 channel semuanya. Untuk maklumat, satelit ini mempunyai 10 transponder, 5 dalam polarity Horizontal dan 5 dalam polarity Vertical. Frequency LNB ialah 5150. Rujukan frequency untuk 10 transponder seperti di bawah:

4185/H/22500
4155/H/22500
4125/H/20000
4094/H/22500
4065/H/22500
4185/V/22500
4155/V/22500
4124/V/22500
4095/V/22499
4065/V/22500

Selamat mencuba untuk menjadi penembak burung besi dan selamat menonton

Mohamad Romzi Parabola

https://www.facebook.com/notes/mohammad-romzi-parabola/indomee-apa-hebatnya/172010566330590

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...