9W2DYA-1 diaktifkan ditempat asalnya


 Aku telah mengaktifkan 9W2DYA-1ditempat asalnya di Cheras. Sebelum ini aku mengaktifkanya dibase Bangi. Selepas 2 hari diaktifkan tiada sebarang xtvt berjalan. Sudah pasti masalah kepada kabel terjadi kembali.

Bersembang bersama Nazrin 9W2NCP yang basenya di Suakasih menawarkan kabel untuk diganti. Jadi, pada hari ini aku mengambil keputusan berjumpa beliau untuk menukar kabel yang bermasalah itu.

Berjanji berjumpa disaltmine beliau di Presint 15, Putrajaya untuk mendapatkan kabel yang menghubungkan router ke radio. Aku sempat bersalaman bersama Abg Shidi yang mempunyai callsign komersial PRCCD. Aku meletakkan jelopi dibelakang jelopi beliau dan terlihat antena dan callsignnya.

Aku pergi sarapan dahulu sebelum ketibaan Nazrin disebelah saltminenya kedai Nasi Ayam Gemas. Selepas bersarapan barulah kelibat Abg Shidi kelihatan dan memperkenalkan diri memandangkan jelopi beliau mempunyai antena radio dan callsign. Pasti tiada masalah untuk menegur kerana kita mempunyai minat yang sama iaitu radio komunikasi dua hala.

PRCCD baru habis mengayuh disekitar Putrajaya manakala adik dan harmonic beliau masih meneruskan kayuhan. Sesekali mereka berkomunikasi menggunakan radio bagi memberitahu kedudukan terkini. Begitulah penggunaan radio untuk berkomunikasi walaupun berbasikal lebih-lebih lagi jika berlaku kemalangan atau kecederaan berita dapat disampaikan dengan cepat. Lebih menjimatkan wang tanpa menggunakan talian berbayar.

Walaupun PRCCD tidak mempunyai lesen radio amatur, daripada perbualan kami dapati beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam radio dan juga aktiviti rekreasi yang lain seperti berkayak, selam scuba dan berbasikal selain pacuan 4 roda.

Setelah Nazrin sampai beliau bukan sahaja memberi kabel yang ku minta itu, tetapi memberi dua lagi kabel yang sesuai untuk aktiviti APRS. Aku juga memperkenalkan Nazrin kepada Abg Shidi memandangkan semuanya berminat dengan radio.

Terima kasih tidak terhingga kepada Nazrin 9W2NCP yang sudi untuk menyumbangkan kabel bagi stesen 9W2DYA-1. Moga aktiviti APRS ini akan terus berkembang terutamanya disekitar Cheras. Pada masa ini antara stesen terdapat di Cheras selain 9W2DYA-1 adalah 9W2PAW-5, 9W2KHN-1, 9W2NCP-4, 9W2ADC-3 yang akan naik taraf tidak lama lagi.

Kemudian setelah mendapatkan barang yang dihajati aku terus ke saltmine untuk menukar kabel. Selepas menukarnya ternyata stesen ini diaktifkan dengan stesen 9W2KHN-1 dengan jarak 2.6km.

9W2KHN-1192014-09-27 10:38:332014-09-27 15:15:17OJ03VB > OJ03UB2.6 km 331°2014-09-27 15:15:17


Sehingga artikel ini ditulis 9W2DYA-1 telah mendapat 19 packet. Aku akan mengaktifkan igate menggunakan broadband ketika waktu bekerja sahaja. Nampaknya antena homebrew quarterwave groundplane ini dapat bekerja dengan baik.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...