9M51WS
Selamat Hari Malaysia pada 16 September 2014 pada hari ini berjaya QSO bersama stesen special call sign 9M51WS. Stesen Field day di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi dikendalikan oleh 9W2GNU abg Bahtiar. Pada jam 9.55 pagi aku berjaya memanggilnya dari base station walaupun kekurangan bekalan bateri.
Beliau menerima aku dalam readability 4 manakala aku menerimanya sangat baik readabilty 5 dan strenght 9. Menurut beliau menggunakan antena vertical dengan ketinggian 15 kaki di kawasan taman tasik yang lapang dan terdapat pokok disekitar kawasan.
Malangnya bekalan bateri handy aku semakin kurang dan QSO terputus dihujungnya. Aku tidak sempat hendak charge sepenuhnya memandang ketika ini aku portable di Bukit Mahkota.
Ketika memandu dari Bukit Mahkota ke base aku telahpun monitor di frekuensi 145.500MHz. Ternyata kedengaran stesen 9M51WS sedang QSO menambah semangat aku untuk cuba menghubungi stesen ini. Jelopi aku hanya menggunakan cili padi yang digunakan untuk tracker. Maka aku pulang ke base kerana boleh menggunakan antena quarterwave groundplane untuk mendapat pancaran yang baik walaupun Tasik Cempaka tidaklah terlalu jauh dari sini.
Setelah menyambung radio ke antena dibase kedengaran Pak Yup 9W2YUP QSO dan cuba memanggil 9M51WS dari Sri Damansara. Beliau berjaya contact 9M51WS dan cuba QRP tetapi audio tidak mencapai ke Bangi. Setelah beliau QRT akupun cuba memanggil 9M51WS dan berjaya disambut oleh 9W2GNU.
Walaupun Tasik Cempaka tidaklah jauh dari Base, tetapi kali ini aku tidak dapat berkunjung melihat aktiviti kerana XYL kurang sihat.
Lagi satu aktiviti radio semasa Jamboree Selangor 2014 di Semenyih juga aku tidak dapat berkunjung semasa cuti sekolah ini.
Tahniah kepada semua stesen Field Day seluruh negara buat tahun ini dan tidak lupa juga sahabat Pengakap di Semenyih yang bertungkus-lumus melayani ahli Pengakap.
73, Jojet, 9W2DYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
Alhamdulillaah. :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi mencuba menghubungi stesen khas 9M51WS pada ketika itu. Oya, sila lihat sedutan MHI dibawah, dan ekor-ekor callsign Saudara Jojet "...Yankee Alpha" kedengaran... :)
Semoga kita dapat ketemu dan bersalaman di jaluran dan daratan dimasa hadapan.
http://www.youtube.com/watch?v=qoqTO2EqE7M
73,
9W2GNU