9M51WS



Selamat Hari Malaysia pada 16 September 2014 pada hari ini berjaya QSO bersama stesen special call sign 9M51WS. Stesen Field day di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi dikendalikan oleh 9W2GNU abg Bahtiar. Pada jam 9.55 pagi aku berjaya memanggilnya dari base station walaupun kekurangan bekalan bateri.

Beliau menerima aku dalam readability 4 manakala aku menerimanya sangat baik readabilty 5 dan strenght 9. Menurut beliau menggunakan antena vertical dengan ketinggian 15 kaki di kawasan taman tasik yang lapang dan terdapat pokok disekitar kawasan.

Malangnya bekalan bateri handy aku semakin kurang dan QSO terputus dihujungnya. Aku tidak sempat hendak charge sepenuhnya memandang ketika ini aku portable di Bukit Mahkota. 

Ketika memandu dari Bukit Mahkota ke base aku telahpun monitor di frekuensi 145.500MHz. Ternyata kedengaran stesen 9M51WS sedang QSO menambah semangat aku untuk cuba menghubungi stesen ini. Jelopi aku hanya menggunakan cili padi  yang digunakan untuk tracker. Maka aku pulang ke base kerana boleh menggunakan antena quarterwave groundplane untuk mendapat pancaran yang baik walaupun Tasik Cempaka tidaklah terlalu jauh dari sini.

Setelah menyambung radio ke antena dibase kedengaran Pak Yup 9W2YUP QSO dan cuba memanggil 9M51WS dari  Sri Damansara. Beliau berjaya contact 9M51WS dan cuba QRP tetapi audio tidak mencapai ke Bangi. Setelah beliau QRT akupun cuba memanggil 9M51WS dan berjaya disambut oleh 9W2GNU.

Walaupun Tasik Cempaka tidaklah jauh dari Base, tetapi kali ini aku tidak dapat berkunjung melihat aktiviti kerana XYL kurang sihat.

Lagi satu aktiviti radio semasa Jamboree Selangor 2014 di Semenyih juga aku tidak dapat berkunjung semasa cuti sekolah ini.

Tahniah kepada semua stesen Field Day seluruh negara buat tahun ini dan tidak lupa juga sahabat Pengakap di Semenyih yang bertungkus-lumus melayani ahli Pengakap.

73, Jojet, 9W2DYA.

1 comment:

  1. Alhamdulillaah. :)

    Terima kasih kerana sudi mencuba menghubungi stesen khas 9M51WS pada ketika itu. Oya, sila lihat sedutan MHI dibawah, dan ekor-ekor callsign Saudara Jojet "...Yankee Alpha" kedengaran... :)

    Semoga kita dapat ketemu dan bersalaman di jaluran dan daratan dimasa hadapan.

    http://www.youtube.com/watch?v=qoqTO2EqE7M

    73,
    9W2GNU

    ReplyDelete

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...