XTVT APRS sempena Penang Bridge International Marathon 2014

Sempena  Asics Penang Bridge International Marathon at Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Bridge rakan ham di Penang telah menggunakan APRS bagi memantau pergerakan semasa menjalankan tugasan. Larian bermula seawal 1.30 pagi ini hinggalah ke tengahari menggunakan jambatan yang baru.



Pada tahun ini, mereka mula meminjamkan tracker rakan dari kawasan tengah menurut 9W2WHT setelah pada tahun lepas hanya menggunakan android yang kurang berjaya. 



Sememangnya menggunakan tracker lebih berkesan bagi memantau pergerakan memandangkan aktiviti larian ini berjalan di atas jambatan di atas laut yang memastikan gelombang radio akan bergerak dengan lebih jauh dan mudah tanpa banyak halangan.



Lagipun terdapat stesen Igate yang sedia ada seperti 9W2FKT-10, 9W2PUM, 9W2WS dan digipeater di Gunung Jerai 9W2ZKG-3. Kewujudan Igate dan Digipeater di persekitaran memudahkan packet diterima. Antara stesen yang aktif adalah 9W2HKH-14, 9W2PTH-14, 9W2KVO-14, 9W2PGW-14, 9W2PP-14, 9W2VV-14, 9W2XLA-14, 9W2HEN-14, 9W2MLF-14 dan tidak dilupa juga stesen 9W2KHN-7, 9W2KHN-1, 9W2WHT-14 dan 9W2KHN-14.


credit to Syahrul Azhar
Mungkin selepas ini xtvt APRS subur berkembang di Pulau Pinang. Semestinya selepas ini rakan ham Penang akan terus menggunakan tracker bagi memudahkan segala tugasan seperti ini. Bagiku yang memantau dari jauh, melihatkan matlamat mereka menggunakan tracker kali ini berjaya.

Syabas dan tahniah juga kepada 9W2WHT Ee Siong Chong, 9W2SVT Stanley Seow dan 9W2KHN Hoe yang sanggup datang dari Lembah Klang ke Penang untuk membantu rakan ham Penang.

73, Jojet, 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...