QSO ISS to 9M2RPN 2011

(Gambar) Amateur Radio Contacts JAXA Astronaut Satoshi Furukawa,International Space Station

Sebenarnya aku tak nak komen banyak² pasal gambar² kat bawah nie sebab bukan aku yang pergi. Dah en abg yang ambil. Aku upload la. Lagi pun, aku dah pernah pergi sini dulu. Memang tak pernah berubah. Sama je .. mungkin ini la keadaannya bila menjadi seorang peminat tegar Ham Radio atau lebih dikenali sebagai Radio Amatur. Penuh dengan peralatan komunikasi yang menggunakan isyarat radio yang efektif. Kalau tanya aku bab² nie .. memang totally fail. Tak faham langsung. Asyik² sebut .. alfa beta .. bla bla bla .. hehehe !

ISS+Contact+with+JAXA+Astronaut+Satoshi+Furukawa_1

Untuk pengetahuan korang, kat sini la berlangsungnya ISS Contact with Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) Astronaut Satoshi Furukawa, semalam. Kalau korang tengok kat dinding tu, korang boleh nampak gambar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bukan ! Haahhh .. masa Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor naik ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pun, kat sini juga la tempatnya diorang berkomunikasi. Bukan tu je, dengan angkasawan² lain pun pernah juga.

Nak berkomunikasi dengan angkasawan nie sebenarnya bukan boleh buat sepanjang masa macam orang buat panggilan telefon. Kena tunggu ISS memasuki lingkungan isyarat penerimaan. Baru la boleh berkomunikasi. Sebab tu la kalau yang tengok Live Webcasting tu semalam, sekejap je dalam 13 minit gitu. Tak macam live perlawanan bola sepak .. 90 minit lebih.

ISS+Contact+with+JAXA+Astronaut+Satoshi+Furukawa_2
Staf² Planetarium Negara tengah memasang peralatan audio visual

Kat bawah nie pula, gambar² semasa berlakunya komunikasi dengan Astronaut Satoshi Furukawa. Korang tengok lah ye ! Nanti kalau dah ada video rakaman semalam. Aku upload lagi kat sini.

ISS+Contact+with+JAXA+Astronaut+Satoshi+Furukawa_3

ISS+Contact+with+JAXA+Astronaut+Satoshi+Furukawa_4

ISS+Contact+with+JAXA+Astronaut+Satoshi+Furukawa_5

Anastasyea : Conform adik² nie bangga giler bila dapat cakap dengan Astronaut dekat ISS .. hehehe !


Sumber Rujukan: (Gambar) Amateur Radio Contacts JAXA Astronaut Satoshi Furukawa,International Space Station | Testimonials, Business & Part Times Blogger by Anastasyea Aida

Program Komunikasi Secara Langsung dengan Angkasawan Jepun Mr Satoshi Furukawa yang kini berada di ISS


Info dari Planetarium Negara, malam ini akan diadakan  Program Komunikasi Secara Langsung menggunakan Radio Amatur dengan Angkasawan Jepun daripada Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Mr Satoshi Furukawa yang kini berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 3 Oktober, 2011 (Isnin), 10:45 malam.
Bagi yang ingin ikut bersama, boleh layari secara live menerusi internet di www.angkasa.gov.my/live_webcasting/index.html .


1 comment:

  1. Did you think about choosing the ultimate Bitcoin exchange service: Coinbase.

    ReplyDelete

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...