ARISS Contact 9M2RPN 9 October 2015

Pada petang tadi jam 4:06 bermula laluan ISS. Pada waktu ini mengikut jadual adalah aktivti ARISS contact di Planetarium stesen 9M2RPN akan berkomunikasi bersama Angkasawan.

Pada kali ini aku menggunakan antena Quarterwave ground plane disaltmine. Sempat juga merakamnya dan audio diterima sangat baik sekali 5/9 crystal clear. Pada kiraanku terdapat tujuh over telah dirakam semasa QSO berlangsung.



Mengikut jadual astronaut yang bertugas adalah Kjell Lindgren KO5MOS. Semasa mendengar rakaman semula tidak sempat aku mendengar callsign yang digunakan. Mengikut rakan-rakan callsign yang digunakan pada kali ini untuk berhubung dengan 9M2RPN adalah OR4ISS. 

Sebelum sempat merakam, kedengaran audio memanggil tetapi aku tidak jelas mendengar isyarat panggilannya.

Selepas hilang audionya akupun menutup alat perakam dan petang itu sempat menyahut panggilan Amrie 9M2RIE mobile diBulatan Lumba Kuda dekat Sungai Besi.

Menurut beliau kehilangan audio apabila berhampiran dengan Flat skrin gergasi akibat gangguan radio yang dipancarkan. Memang sunyi sepi tanpa audio apabila melalui kawasan itu dengan tiba-tiba.

73, Jojet de 9W2DYA




No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...