Belon Kuantan Radiosonde D20065656 di Jengka 15

Credit 9W2PRX

Belon Kuantan radiosonde  D20065656 telah jatuh di Jengka 15 pada pagi ini. Ia jatuh jam 9:26 pagi pada koordinat terakhir 3.71467 darjah Utara dan 102.56796 darjah Timur. Ketinggian maksimum adalah 29336m dan altitud terakhir adalah 127m sahaja. Altitud yang rendah inilah pasti memudahkan misi pencarian dijalankan.
 
Credit 9W2PRX
Jam 11 pagi misi pencarian telah dilancarkan oleh Abg Man Viper 9W2PRX bersama Ajoe 9W2XOR dan Abg Kasturi 9W2ZXV.

Credit 9W2PRX

Laluan berbatu kelikir dilalui menuju kawasan belon mendarat di kawasan ladang kelapa sawit. Nampak kering dan mudah dilalui bagi kereta.

Credit 9W2XOR

Pemandangan daripada kereta Ajoe 9W2XOR pula terus memasuki kawasan ladang kelapa sawit. Ketika ini jam 11:20 pagi hantaran diterima dalam group. Kelihatan kawasan ladang yang bercerun menunjukkan kawasan berbukit-bukau dilalui. Jalan tanah merah dalam keadaan baik dengan bahagian tengah laluan ditumbuhi rumput.

Credit 9W2PRX
Jam 11:43 pagi setelah kenderaan diletakkan berhampiran tanah perkuburan. Telah berjaya mengharungi jarak lebih kurang 500m. Tinggal berbaki 1525m ke titik akhir kawasan belon jatuh. Meneurut Abg Man Viper 9W2PRX terpaksa mengharungi empat buah bukit dengan titik tertinggi adalah 272m dari aras laut.


Video Abg Man Viper memaparkan pergerakan ke lokasi belon jatuh berbaki satu kilometer lagi melalui laluan sawit. GPS waypoint menunjukkan jarak berbaki 1029m telah dilalui mereka.

Credit 9W2PRX
Jarak tinggal lagi 701m sahaja lagi. Usaha perlu diteruskan walau pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi. Jam telah menunjukkan 12 tengah hari.

Credit 9W2PRX
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Pemandangan sebegini sememangnya menguji kekuatan mental dan fizikal selepas melalui 1.3km berjalan. Hanya mereka yang bersemangat waja sahaja berani menempuh segala dugaan.

Credit 9W2OCX

Arul 9W2OCX sempat membuat panggilan video bersama Abg Man Viper 9W2PRX untuk memberi sokongan dan semangat. Kami dari Team SAR Tengah lebih sebulan tidak turun SAR mencari belon. Ini memandangkan belon KLIA jatuh ke laut sahaja. Aktiviti rakan Team SAR lain seharuslah diberi sokongan agar setiap misi mencapai kejayaan.

Credit 9W2PRX

Jam 12:30 tengah hari gambar jam Garmin Abg Man Viper 9W2PRX terpampang koordinat. Pasti koordinat peranti radiosonde D20065656 serta belon telah ditemui.

Credit 9W2PRX
Jam 12:36 tengah hari, bersusun bahan bukti menunjukkan radiosonde D20065656 telah berjaya ditemui.

Credit 9W2PRX

Sesi swafoto anggota Team SAR Pahang yang berjaya menemui radiosonde D20065656 setelah mengharungi perjalanan lebih 2km. Tiga stesen berjaya menemui ialah 9W2PRX, 9W2XOR dan 9W2ZXV.

Credit 9W2PRX
Rekod bertulis bersama bahan bukti menunjukkan kejayaan pasti datang selepas menghadapi pelbagai kesukaran. Ia dirakam jam 12:54 tengah hari setelah kerja-kerja merekod data dan mengemas bahan bukti selesai.

Credit 9W2PRX

Jam 13:24 petang perjalan pulang semula ke tempat letak kereta. Agak curam juga untuk menuruni bukit di kawasan ladang kelapa sawit di Jengka 15 ini. Perlu menurun dan melangkah dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Kebiasaannya akibat keletihan tumpuan mudah hilang menyebabkan mudah tergelincir atau hilang kawalan. Akibatnya, jikalau jatuh pasti boleh mendatangkan kecederaan bagi seseorang.

Credit 9W2PRX

Jam 13:27 petang menelusuri laluan sawit yang menuruni bukit amat melegakan. Rentak semakin laju namun perlu berhati-hati juga. Laluan sebegini lebih selamat berbanding di lereng-lereng bukit yang agak curam.

Credit 9W2PRX
Jam 13:55 petang berjaya mengharungi separuh perjalanan. Jarak 1197m telah berjaya dilepasi dari tapak radiosonde dijumpai. Kelihatan laluan agak landai di hadapan sedang menanti meneruskan perjalanan pulang.

Credit 9W2PRX
Setengah jam kemudian pada jam 14:25 anggota SAR telah selamat sampai di tempat letak kereta. Tahniah kepada semua, berjaya membawa pulang peranti radiosonde D20065656. Segala rintangan berjalan hampir 4 km dihadapi dengan tabah dan tenang.

Credit 9W2PRX
Jam 3 petang telah berada di kedai makan untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Penambahan tenaga bagi meneruskan misi seterusnya selepas itu.


Kita imbas semula saat-saat peranti dijumpai melalui paparan video oleh Abg Man Viper 9W2PRX. Jarak tinggal 24m sahaja. Peranti berjaya ditemui berhampiran lopak air. Belonpun ditemui berhampiran sahaja.

Credit 9W2PRX

Pemandangan Gunung Senyum untuk misi pencarian radiosonde seterusnya oleh Abg Man Viper dan Ajoe 9W2XOR. Jam 17:31 petang destinasi mencari radiosonde D20069630. Belon Kuantan ini telah jatuh pada 8 Jun 2022 yang lalu.

Credit 9W2PRX

Jam 18:45 petang semakin menghampiri Gunung Senyum. Kelihatan ia diselaputi kabus selepas hujan. Jalan turut basah menandakan hujan lebat turun kawasan itu.


Telah tiba di kawasan Felda Jengka 25. Ikon kereta pada laman sesawang Sondehub oleh Abg Man Viper 9W2PRX. Ketika itu beliau berada pada koordinat 3.7675 darjah Utara dan 102.4895 darjah Timur.

Credit 9W2PRX
GPS waypoint finder menunjukkan arah koordinat radiosonde D20069630. Koordinat 3.730340 darjah Utara dan 102.420227 darjah Timur. Jarak ada lagi 1220m untuk mendapatkan peranti radiosonde.


Jam 19:49 malam pencarian mengunakan motorsikal telah dipaparkan dalam video oleh Ajoe 9W2XOR.

GPS waypoint finder menunjukkan jarak tinggal lagi 173m sahaja yang tinggal untuk ke titik akhir.

Video memaparkan Abg Man Viper mengeluarkan air dari kasut boot. Pasti masuk anak sungai yang perlu ditempuhi sebelum ke kawasan belon mendarat. Sungguh mencabar dalam basah lencun dan lecah dinihari menduga akal sungguh. Lampu suluh meneman dikala gelap gelita dikawasan sekitar.


Saat ditunggu peranti dijumpai dari jarak 9.2m pada GPS waypoint finder berdiri elok tergantung atas tanah. Jarak peranti ditemui dari titik akhir lebih kurang 30m setelah melintas dua sungai seperti kedengaran dalam audio video Abg Man Viper 9W2PRX. Suara katak dan unggas turut kedengaran mengiringi pencarian ini. Suara alam yang mententeram serta mendamaikan jiwa bagi pencinta alam.

Credit 9W2PRX

Inilah peranti radiosonde D20069630 yang telah jatuh pada 8 Jun 2022. Elok tegak berdiri tanpa disentuh membolehkan ia dijumpai oleh Abg Man Viper 9W2PRX dan Ajoe 9W2XOR. Kerjasama yang padu bagi mencapai kejayaan bersama. Syabas dan Tahniah!

Credit 9W2PRX

Ajoe 9W2XOR memegang belon yang kelihatan pecah bersepai. Menggunakan headlamp memudahkan pergerakan serta melakukan sesuatu pekerjaan.

Credit 9W2PRX
Aliran anak sungai dilintasi untuk pulang semula ke tempat permulaan pencarian. Kelihatan dalam paras air itu, namun tetap perlu berjalan dengan berhati-hati. Betapa susahnya untuk mendapatkan peranti radiosonde kali ini. Terpaksa mengharungi anak sungai yang meningkat akibat hujan disebelah petangnya.

Credit 9W2XOR

Bahan bukti dan perekodan dibuat bagi mengesahkan peranti radiosonde telah ditemui dengan jayanya oleh mereka yang berhati kental. Mengharungi kegelapan malam berserta bayu malam yang dingin selepas hujan bukanlah sesuatu yang mudah. Hanya mereka yang berani dan bersemangat tinggi sahaja mampu melakukannya. Terbukti kedua stesen ini berjaya melakukan kerana tiada yang mustahil bagi mencapai cita-cita.

73, Jojet de 9w2dya

1 comment:

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...