Hari kedua Belon Gemas Radiosonde RS92-SGP J3243340
Credit 9W2DVZ |
Pagi ini muncul lagi belon Gemas radiosonde RS92-SGP J3243340. Belon keempat dilepaskan bermula semalam. Masih terbang di ruang udara Gemencheh dan isyarat dapat diterima dari Bangi dengan baik. Monitor frekuensi 143 MHz tanpa masalah.
Jangkaan mendarat menghala ke Rembau kawasan hutan. Telah burst pada altitud 23,550m dekat Air Mawang. Jam 9.23 pagi isyarat terputus.
Menurut sondehub isyarat terakhir jam 9:22 pagi. Altitud terakhir ketinggian 4085m. Jatuh dalam hutan dekat Gunung Rembau. Koordinat 2.57076 darjah Utara dan 102.18962 darjah Timur.
73, Jojet de 9w2dya
Tiga Belon Gemas dilepaskan
Credit 9W2DCW |
Pada hari ini, tiga belon Gemas telah dilepaskan. Belon terakhir radiosonde RS92-SGP J3243355. Jatuh jam 16:00 petang altitud ketinggian 4,806m serta ketinggian maksimum adalah 11,741m sahaja.
Credit 9W2DCW |
Belon Gemas yang kedua jatuh adalah radiosonde RS92-SGP J3243323. Isyarat terakhir jam 12:29 tengah hari. Altitud ketinggian terakhir 3,280m dan ketinggian maksimum 28,303m.
Credit 9W2DCW |
Koordinat 2.52529 darjah Utara dan 102.19797 darjah Timur. Jatuh di atas sempadan Tampin dan Rembau. Merupakan laluan Trans Tampin dalam kalangan pendaki.
Credit 9W2DCW |
Belon Gemas yang pertama dilepaskan adalah radiosonde RS92-SGP J3244404. Isyarat hingga altitud 7951m dan ketinggian maksimum hanya 8397m sahaja. Terbang berdekatan Felda Bukit Jalor semasa isyarat terakhir.
73, Jojet de 9w2dya
Belon Kota Bharu Radiosonde D21008657 terbang hingga Kuala Kerpan, Kedah
Credit 9W2PRX |
Belon Kota Bharu radiosonde D21008657 pada malam ini terbang hingga perairan Kedah. Peranti rdzTTGOsonde milik Abg Man Viper 9W2PRX berjaya mencerap isyarat radiosonde D21008675 dari Pulau Pinang.
Credit 9W2PRX |
Masih lagi terbang ketika artikel ini ditulis. Menunggu hingga titik terakhir masih berbaki kuasa bateri 4.48 volt. Berada di ruang udara laluan feri Langkawi dari Kuala Kedah. Jam 23:36 malam berjaya mendarat altitud ketinggian terakhir 332m dan ketinggian maksimum adalah 21,848m Isyarat terakhir itu diterima oleh stesen radiosonde Aerospace di Pulau Pinang. Koordinat 6.17132 darjah Utara dan 100.16335 darjah Timur. Ia drop -4.1m/s dan drag 6.2m/s. Setakat yang diketahui ini rekod paling jauh belon Kota Bharu terbang.
Credit 9M2ZAK |
Malam ini juga Team SAR Selatan berjaya mendapat radiosonde IMS100 1102280 di Gelang Patah.
Rakaman video Zak 9M2ZAK melalui laluan bagi mencari radiosonde malam ini.
Detik-detik belon dan payung terjun ditemui yang tersangkut pada pokok.
Credit 9W2PRX |
Belon Kuantan radiosonde D22002955 jatuh jam 9:23 pagi turut berjaya dijumpai SWL Faizal. Stesen radiosonde 9W2XOR berjaya menerima isyarat terakhir altitud ketinggian 93m. Semakin padu stesen radiosonde menerima isyarat di bawah 100m.
Video rakaman SWL Faizal detik-detik penemuan radiosonde D22002955.
73, Jojet de 9w2dya
Stesen 9W2DYA-10 diaktifkan
Tengah hari tadi mengaktifkan stesen 9W2DYA-10. Merupakan Igate U2APRS berjaya mendapat beberapa stesen aprs. Mengaktifkan di base station menggunakan hand-held Baofeng dengan bantuan antena Nagoya NA-771. Meletakkan telefon pintar dan hand-held di tepi tingkap menghadap Lebuhraya Utara Selatan.
Jam 12:02 berjaya mendapat stesen 9M2NIA-9 yang bermobile ke arah selatan di PLUS highway. Tangkap layar diatas memaparkan jarak stesen 9M2NIA-9 adalah 2.4km. Jarak paling jauh stesen ini adalah 5.4km.
Jam 12:12 tengah hari mendapat isyarat paling jauh dari Sungai Buloh. Stesen 9M2TPT-13 berjaya sampai ke Bangi Lama ini melalui 9M2RKK-3 Bukit Lanjan, 9W4GOT-1 di Presint 18 Putrajaya dan 9W2DYA-3 digipeater. Jaraknya adalah 42.78km.
Stesen mobile seterus mencapai Bangi Lama adalah stesen 9W2XVM-9. Bermobile di Nilai dengan jarak 22.14km. Hanya satu packet sahaja bagi stesen ini.
Digipeater Bukit Lanjan 9M2RKK-3 turut berjaya ditangkap dengan jarak 35.54km. Packet dihantar melalui 9W4GOT-1 di Putrajaya.
Igate 9W4GOT-1 di Presint 18, Putrajaya ini menjadi tempat bergantung harapan stesen 9W2DYA-3. Hanya stesen ini, berjaya mencapainya dengan jarak 8.68km.
Stesen terakhir merupakan stesen mobile di NKVE iaitu 9W2FZR-9. Jarak yang dicapai adalah 39.44km ke Bangi Lama. Isyarat melalui Bukit Lanjan dan Presint 18.
Merujuk kepada data aprs.fi, stesen 9W2DYA-10 telah berjaya mendapat packet dari stesen 9M2NIA-9 jumlah 3 packet dan stesen 9W2DYA-3 jumlah 2 packet.
73, Jojet de 9w2dya
Stesen K6MRC-1 meninggalkan Filipina
Sejak tiga hari yang lepas, stesen K6MRC-1 telah mula bergerak keluar dari Filipina. Mula tiba di Puerto Princesa pada 27 Julai yang lalu. Nampaknya program Pacific Partnership hanya di negara Filipina sahaja.
Pagi ini kelihatan kapal hospital ini sedang menghala ke Pulau Guam dan Pulau Mariana. Masih meneruskan pelayaran untuk pulang ke San Diego. Kelajuan 24km/h dengan bearing 80 darjah. Koordinat 11 darjah 50.45' Utara dan 134 darjah 08.14' Timur
21/8/2022
Jam 8:42 pagi masih meneruskan pelayaran ke arah Pulau Guam dan Pulau Mariana. Kelajuan 24km/j dengan bearing 81 darjah. Koordinat 12 darjah 35.94' Utara dan 139 darjah 04.55' Timur
24/8/2022
Jam 9:27 pagi stesen K6MRC bergerak arah selatan dari arah Pulau Guam. Tidak pasti ia singgah ke Pulau Guam atau tidak kerana tidak memantaunya. Pagi ini menunjukkan ia bergerak ke arah selatan bearing 174 darjah dengan kelajuan 24km/h. Arah selatan menunjukkan ke Papua New Guinea. Ketika ini berlayar di Kepulauan Caroline. Koordinat 9 darjah 07.52' Utara dan 144 darjah 51.29 Timur. K6MRC-1 berada di tenggara Faraulep Atoll. Atoll ini mempunyai tiga pulau kecil yang terdiri daripada Pulau Fuasubukoru, Pulau Nigaruyaru dan Pulau Eate. Pulau Eate tiada penempatan hanya tumbuhan liar kelihatan melalui peta satelit google. Dua pulau lagi ada banyak bangunan, kelihatan setiap pulau itu.
Jika dilihat melalui peta satelit google, pulau-pulau kecil dan atol ini merupakan puncak-puncak gunung dasar lautan. Tenggelam berjuta-juta tahun dahulu dan kini muncul di permukaan laut. Apabila aras laut semakin meningkat, pastilah puncak-puncak ini akan ditelan juga.
25/8/2022
Jam 9:06 pagi stesen K6MRC-1 telah bergerak arah tenggara bearing 133 darjah. Kelajuan kapal 6 km/h dan koordinat 4 darjah 56.01' Utara dan 147 darjah 48.52' Timur. Laluan atol yang terdekat adalah Kapingamarangi. Terdapat beberapa pulau-pulau kecil pada atol ini. Berikut nama-nama atol dan pulau adalah Toronghai, Rugureru, Linguman, Turuain, Papelo, Nunakitsu, Hukuniu, Paraka, Ueru, Touhu, Taarin, Pungupungu, Machiro, Matuketuke, Lamot, Tateng, Matahei, Hukuhenua, Hapepa, Tiba, Seetau, Niguat, Takairong, Tanawaka, Hare, Harekoro, Tiraku, Tiri, Tia, Toko, Terakaumea, Fumatahachi, dan Motokerekere.
Merujuk kepada nama-nama di atas terdapat perkataan bahasa Melayu. Nenek moyang kita merupakan pelaut yang terkemuka di dunia mampu merentasi laut beribu-ribu batu. Tidak hairan hingga kepulauan pasifik ini susur galur orang melayu dapat dilihat.
26/8/2022
Jam 9:46 pagi stesen K6MRC-1 telah berada di barat Kapingamarangi sejauh 328.6km. Kapal hospital ini bergerak 22km/h dengan bearing 137 darjah. Koordinat 1 darjah 09.15' Utara dan 151 darjah 50.17 Timur. Kekal pelayaran arah tenggara menunjukkan menuju ke Pulau Solomon.
Jam 8:50 pagi stesen K6MRC-1 telah berada berdekatan dengan New Ireland, Papua. Masih mengekalkan pelayaran mengarah ke tenggara. Jikalau kekal arah tenggara tanpa singgah di mana-mana pulau. Pasti kapal hospital ini menuju ke Fiji. Perlu melepasi Solomon dan Vanuatu sebelum tiba di Fiji.
Bergerak kekal kelajuan 22km/h dengan bearing 131 darjah. Koordinat 2 darjah 18.94' Selatan dan 155 darjah 32.95' Timur. Kapal ini telah melepasi garisan khatulistiwa. Kini berada di bahagian selatan garisan khatulistiwa.
28/8/2022
Jam 7:00 malam kapal hospital masih bergerak ke tenggara. Semakin menghampiri Pulau Solomon.
Pulau terdekat adalah Ndai sebelah tenggaranya. Pergerakan semakin ke arah selatan menghala Pulau Solomon.
Stesen K6MRC-1 kemungkinan memasuki antara Siota dan Malaita. Kita tunggu dan lihat ke mana arahnya? Bergerak 26km/h dengan bearing 168 darjah. Koordinat 7 darjah 51.25' Selatan dan 160 darjah 25.20' Timur.
Jam 10:27 malam telah memasuki Selat Indispensable menghala ke Pulau Solomon. Bergerak 24km/h dengan bearing 240 darjah.
29/8/2022
Ternyata pagi ini stesen K6MRC-1 telah berlabuh di Pulau Salomon.
Hampir lebih 10 hari pelayaran dari Filipina ke Pulau Salomon ini. Ternyata tekaanku benar belaka menjangkakan akan berlabuh di pulau ini. Misi Pacific Partnership seterusnya bagi kapal hospital ini.
Jam 7:03 pagi ini maklumat menunjukkan altitud ketinggian 39m sahaja. Ini menggambarkan sauh kapal telah dilepaskan ke dasar laut.
73, Jojet de 9w2dya
Belon Paya Lebar radiosonde IMS100 1102217 ditemui oleh 9M2ZAK dan 9W2DCW
Credit 9W2DCW |
Pada malam ini belon Paya Lebar radiosonde IMS100 1102217 berjaya ditemui oleh Zaki 9M2ZAK dan Saiful 9W2DCW. Jatuh di Parit Abu Bakar dekat Kampung Chokoh Besar.
Credit 9M2ZAK |
Radiosonde IMS100 1102217 mencapai altitud ketinggian maksimum 26,217m. Kelihatan peranti tergantung hampir menyembah bumi. Jatuh atas pelepah sawit reput memudahkan dilihat dari jauh berbanding dalam semak-samun.
Credit 9M2ZAK |
Radiosonde IMS100 1102217 dalam genggaman Zak 9M2ZAK bersama Saiful 9W2DCW. Kerjasama berpasukan yang mantap membawa kepada kejayaan malam ini. Kelengkapan dan etika pemakaian yang sesuai turut membantu dalam memudahkan pencarian dilakukan. Ini juga tujuan keselamatan diri dan persekitaran.
Video rakaman menunjukkan Zak 9M2ZAK sedang mencabut bateri peranti radiosonde model IMS100. Model ini, terpaksa dicabut bateri dengan kadar segera supaya ia dapat diaktifkan semula. Misi pencarian terpaksa dilakukan dengan secepat mungkin supaya ia dapat diaktifkan semula. Jikalau bateri mati terlebih dahulu sebelum dijumpai. Habislah peluang untuk menghidupkan semula peranti itu.
Sebab itulah Team SAR Johor bergerak pantas untuk menyelamatkan peranti jatuh sia-sia.
Tahniah sekali lagi kepada Zak 9M2ZAK dan Saiful 9W2DCW atas kejayaan malam ini.
73, Jojet de 9w2dya
Program MARES Antenna 21 Ogos 2022
Hi semua!
MARES memerlukan sukarelawan bagi menaikkan antena Yagi HF multiband dan lain-lain antena. Setelah hampir 3 tahun projek tertunda akibat COV19, kami masih berusaha untuk melengkapkan kelab house dengan antena Yagi HF ini. Untuk menaikkan antena ini kami memerlukan sukarelawan sebagaimana aturkan di bawah : Tarikh : 21 Ogos 2022 (Ahad) Jam : 9.30 pagi - 1.00 petang Lokasi : Kelab Mares, Petaling Jaya (Google 9M4CME). Insyallah dengan ada nya antena ini maka kelab stesen Akan kembali dibuka pada semua ham radio untuk kegunaan bersama. Anda boleh berkendali di 80m-6m band (2m, 72cm Dan 2.4ghz) Insyallah. Nak DX tapi antena HF tak Ada?, tak boleh pasang di rumah?, Bini Bising?, Nak main contest tapi senjata antena tumpul? Tiada radio? 9M4CME Ada! Jom Bantu Kami untuk menyediakan kemudahan ham radio bersama9M4LHB ILLW 2022
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat semua rakan2 HAM. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hulu Selangor Amateur Radio Club (HUSAR) buat kali KE-5 telah diberi kepercayaan untuk turut serta di dalam aktiviti ILLW 2022 seperti di ketetapan berikut :
INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND (ILLW) 2022
ALTINGSBURG LIGHTHOUSE , KUALA SELANGOR
20 - 21 OGOS 2022
Station Master : 9M2WAN
Station Manager : 9W2EPQ
Station Coodinator : 9M4CHS
Persatuan/Club : KELAB PEMINAT RADIO AMATUR
HULU SELANGOR
Lokasi Rumahapi : RUMAH API KUALA SELANGOR
Callsign : 9M4LHB
ILLW NO : MY0005
Mohon Rakan2 di War2kan Informasi tersebut .
Sekiranya ingin turut serta sila hubungi 013-3882682 Epol (9W2EPQ)
Belon Kuantan Radiosonde D22001498 dijumpai
Credit 9W2XOR |
Belon Kuantan radiosonde D22001498 jatuh malam tadi bertarikh 17 Ogos 2022 berjaya dicari oleh 9W2FVC dan SWL Faizal. Jatuh di Ulu Jempol pada malam tadi terus misi dilancarkan oleh kedua pemburu belon ini.
Credit 9W2XOR |
Ia jatuh jam 21:29 malam pada koordinat 3.75244 darjah Utara dan 102.5982 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 146m dan ketinggian maksimum adalah 23,423m. Kedudukan belon drop -9.5m/s dan drag 1.6m/s. Stesen radiosonde 9W2XOR bekerja dengan baik menerima isyarat terakhir dengan altitud ketinggian 146m. Lagi rendah altitud lagi mudahlah hendak mencari peranti. Maksudnya semakin tepat lokasi pencarian dapat dijalankan.
Rakaman video oleh Fitri 9W2FVC saat-saat peranti ditemui. Isyarat masih lagi aktif memudahkan misi pencarian. Antena radio dicabut bagi mengesan kedudukan peranti berdasarkan kekuatan penerimaan. Semakin cekap dan mahir kedua pemburu belon menggunakan teknik ARDF. Peranti di sebalik rimbunan semak namun masih mampu memberi isyarat dengan baik.
Credit 9W2XOR |
Keadaan bersemak tidak mematahkan semangat bagi kedua pemburu. Bergelap-gelita di tengah malam tidak langsung menakutkan selagi matlamat tidak dicapai. Inilah cabaran sebenar yang ditempuhi oleh pemburu belon. Onak dan duri sanggup diharungi bagi mencapai cita-cita.
Kerjasama berpasukan amat penting bagi memudahkan misi pencarian. Lebih baik berteman memandang dalam kawasan yang sangat bahaya seperti ini. Ia akan memberi risiko yang tinggi mendatangkan sebarang masalah jika secara bersendirian.
Hasil pencarian malam tadi dikumpulkan sebagi bahan bukti peranti telah sah dijumpai. Tahniah kepada kedua pemburu belon Fitri 9W2FVC dan SWL Faizal yang berani mengharungi kegelapan malam mencari belon radiosonde D22001498.
73, Jojet de 9w2dya
Belon Kuantan Radiosonde D22002673 ditemui oleh Fitri 9W2FVC Sekeluarga
Crdit 9W2XOR |
Belon Kuantan pagi tadi jatuh di Sri Jaya berjaya ditemui oleh Fitri 9W2FVC sekeluarga. Radiosonde D22002673 jatuh jam 9:20 pagi bertarikh 16 Ogos 2022. Altitud ketinggian terakhir 2002m dan ketinggian maksimum adalah 27,902m. Jumpa di sebelah kawasan kedai dalam hutan belukar.
Credit 9W2XOR |
Tidak seperti semalam mencari di titik akhir ketinggian 5000m oleh SWL Faizal. Merujuk kepada tangkap layar di atas, Fitri 9W2FVC mencari di titik jangkaan mendarat oleh Sondehub. Rezeki menyebelahi Fitri 9W2FVC kerana isyarat masih lagi aktif ketika beliau tiba di lokasi jangkaan. Mencuba mencari lokasi yang tepat namun gagal ditemui. Setelah mendengar cadangan Abg Man 9W2PRX agar antena dicabutkan. Ini memastikan isyarat yang kuat diterima dari corong radio merupakan petunjuk kepada lokasi yang tepat peranti.
Mari kita menonton video yang dirakamkan saat-saat peranti ditemui. Teknik ARDF mengesan ketepatan lokasi berpandukan isyarat yang diterima.
Percubaan kedua berjaya selepas antena radio dicabutkan bagi mengesan isyarat yang paling kuat. Sebenarnya bukan mudah nak menggunakan teknik ini, jikalau kita tidak mahir. Kadang membawa kepada kekeliruan kerana semua isyarat yang diterima lebih kurang sama sahaja kedengaran bunyinya. Rujuk kekuatan isyarat pada radio bagi membezakan penerimaan sama ada kuat atau lemah isyarat tersebut.
Credit 9W2PRX |
Hasil pencarian dalam genggaman Fitri 9W2FVC dengan bantuan XYL dan harmonic yang masih kecil. Hebat keluarga ini dalam misi memburu radiosonde di tengah semak yang mencabar.
Sesi swafoto keluar Fitri 9W2FVC meraikan kejayaan berjaya menemui radiosonde D22002673 di Sri Jaya. Suara babypun dapat kedengaran di akhir video. Ini menunjukkan xyl beliau berjaya merakam detik kejayaan bersama.
Belon Kuantan Radiosonde D20065283 ditemui SWL Faizal
Credit 9W2DVZ |
Pagi tadi belon Kuantan radiosonde D20065283 telah jatuh di Jengka 2. SWL Faizal dengan secara solonya telah berjaya menemuinya. Isyarat terakhir jam 9:09 pagi dengan altitud ketinggian 5559m. Altitud ketinggian maksimum dicapai adalah 23,296m. Koordinat 3.72861 darjah Utara dan 102.6135 darjah Timur.
Credit 9W2PRX |
Lokasi yang di cari oleh SWL Faizal merupakan titik terakhir pada altitud ketinggian 5,559m. Tanda merah merupakan jejak beliau dalam misi mencari. Satu penemuan baru yang belum dicuba sebelum ini. Berjaya jumpa pada altitud terakhir yang ketinggian 5,559m. Kadar junamannya sehingga -11.1m/s / 4.0m/s. Ini mungkin puncanya jatuh menjunam terus ke bawah.
Saksikan rakaman video SWL Faizal ketika berjaya menyempurnakan misi solonya dibawah ini.
Credit 9W2PRX |
Hasil pencarian SWL Faizal dikumpulkan sebagi bukti penemuan yang telah disahkan dengan no siri radiosonde yang betul. Tahniah! SWL Faizal berjaya dalam misi pencarian kali ini. Koordinat yang dicatatkan merupakan titik terakhir. Misi berjaya jam 11:30 pagi.
Credit 9W2DVZ |
Sebelah malam pula, sekali lagi SWL Faizal bersama stesen 9W2FVC bersama dua lagi rakan SWL Akmal dan SWL Ayek berjaya menemui radiosonde D21102423. Jatuh di Jengka 3 pula berbanding siang tadi di Jengka 2. Angin masih membawa belon ke arah yang sama untuk kali keduanya. Corak angin berulang ini memudahkan jangkaan dibuat bagi memburu belon.
Credit 9W2DVZ |
Radiosonde D21012423 jatuh jam 21:21 malam di Jengka 3. Koordinat 3.68021 darjah Utara dan 102.59013 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 156m serta altitud ketinggian maksimum 19,956m. Stesen radiosonde 9W2XOR mendapat isyarat terakhir.
Credit 9W2PRX |
Hasil tangkapan malam tadi sebagi bukti kejayaan dalam misi pencarian. Peranti masih hidup lagi dengan lampu LED masih menyala. Jam 23:44 misi berjaya disempurnakan oleh mereka berempat. Tidak lupa juga Abg Man 9W2PRX sebagai mentor berjaya membimbing dan melatih team ini mencapai misi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...