Belon Kota Kinabalu muncul malam ini

Credit 9M2ZAK

 Buat pertama kali pada malam ini muncul belon Kota Kinabalu. Radiosonde D20070054 berjaya dicerap oleh stesen di Pekan Taginambur. Stesen radiosonde yang mencerap frekuensi 403.711MHz menggunakan nama Sayu_Main.

Credit 9M2ZAK

Radiosonde D20070054 telah jatuh ke laut. Isyarat terakhir altitud ketinggian 20,200m serta ketinggian maksimum adalah 26,421m.

Nampak, pengaruh radiosonde di Malaysia turut mempengaruhi rakan ham rantau ini. Satu stesen radiosonde di Ho Chi Minh turut mengaktifkannya. Stesen tersebut XV2 satunya stesen yang mengaktifkan radiosonde di Vietnam dengan frekuensi 402.969MHz. Jenis radiosonde yang dicerap adalah RS41-SG keluaran Vaisala.

73, Jojet de 9w2dya


Radiosonde D20073342 telah dimusnahkan monyet


 Petang tadi berjaya menemui belon KLIA radiosonde D20073342 yang telah jatuh pada 22 September yang lalu. Namun, peranti telah hancur dipercayai dimusnahkan oleh monyet. Ini berdasarkan peranti telah tergantung di atas pelepah pokok kelapa sawit. Aku berjaya menarik benang yang tergantung dari atas berupa kayu penyambung antara benang dan peranti.  Sebenarnya diperbuat daripada plastik elok tertinggal dan masih kukuh ikatan bersama benang.


Bahan bukti yang tertinggal ditunjukkan dalam gambar di atas. Habis musnah dikerjakan monyet yang menyangka peranti boleh dimakan. Bateri tinggal satu sahaja. Habis dikopek kulit bateri yang disangka buah yang boleh dimakan pasti. Itulah yang biasa terjadi jika lewat beberapa hari pasti menjadi habuan binatang liar.


Sebelum berjaya menemui peranti yang hancur ini, terpaksa berjalan kaki dari pintu pagar utama. Jelopi tidak boleh dilalui. Terpaksalah menapak hingga ke titik akhir. Koordinat 2.72256 darjah Utara dan 101.46579 darjah Timur. Meletak jelopi tepi jalan Kg Endah. Ladang kelapa sawit milik persendirian ini terpaksa menempuh sebanyak tujuh blok sebelum berjaya menemuinya.


Papan litar dan pelekat nombor siri menjadi bukti bahawa telah berjaya menemuinya walaupun tidak sempurna. Jikalau ia di bawa lari monyet pasti ia tidak dapat dikesan. Maka, gagallah misi pencarian. Serpihan yang tinggal ini berjaya dibawa pulang. Ini merupakan antara cabaran dalam setiap misi pencarian. Jumpa dalam keadaan sempurna atau sebaliknya. Matlamat utama menjumpai setiap peranti dititik akhir dengan tepat.


Proses setiap misi mencerap koordinat yang dijumpai menggunakan jam Garmin. Sebenarnya lebih kurang 20 meter lagi ke titik akhir dihalangi oleh parit besar. Menghampiri titik akhir dengan menggunakan bearing 183 darjah hasil isyarat terakhir. Berjaya menemui peranti yang hancur ini dengan jarak 35.2m. Kelibat benang kelihatan terlebih dahulu sebelum melihat polisterina yang membalut papan litar bersepai di atas tanah. 


Sebelum tiba ke blok ke tujuh ini dari pintu utama, telah masuk blok kelima terlebih dahulu. Namun, jarak belum menghampiri. Perlu melintas parit antara setiap blok. Pekerja sawit ditemui sebelum ini telah menumpangkan dengan motorsikal ke blok sebelah. Mereka sedia maklum kehadiranku kerana Abg Man Viper 9W2PRX pada hari sebelumnya telah berjaya menemui radiosonde D20073184 di kawasan ini juga.

Credit 9W2PRX

Selepas dihantar ke blok 6 jarak tinggal kurang 100 meter sahaja lagi. Namun, seperti kebiasaannya halangan utama ke blok sebelah adalah parit. Parit merupakan sempadan setiap blok. Menyusur parit dengan harapan boleh menyeberanginya. Akhir berjaya menemui batang sawit yang tenggelam dalam parit tersebut. Pijak batang sawit dan terus melompat ke tebing sebelah berjaya membawa ke titik akhir.


Jarak 1061m merupakan jarak jelopi ke titik akhir. Jarak keseluruhan misi adalah 3.66 km selama 1 jam 09:21 Jumlah kalori yang dibakar 413 kalori. Seronok meneroka kawasan sambil melancarkan misi pencarian. Kasut yang digunakan Asics Gel-Sonoma 6 trailrun. Vest pemantul cahaya turut dipakai bagi tujuan keselamatan diri. Ia mudah dilihat orang jarak yang jauh. 

Menghampiri pertukaran monsun timur laut. Perubahan arah angin kini dapat dilihat. Belon KLIA mula kerap jatuh ke darat. Altitud ketinggian maksimum mencecah 30 ribu meter. Hasilnya belon jatuh dengan kelajuan tinggi dan tepat menghampiri titik akhir.

Buktinya belon ini dijumpai jarak 35.2m bagi altitud ketinggian 220m. Manakala, radiosonde dijumpai Abg Man Viper jarak 81.1m bagi altitud ketinggian 712m. Ketinggian maksimum adalah 31,156m serta Abg Man Viper 9W2PRX adalah 30,891m.

73, Jojet de 9w2dya

Stesen K6MRC-1 Menghampiri Honolulu


 

Misi Radiosonde D20073631 Gagal


 Cuti Hari Malaysia yang lalu berjaya melancarkan dua misi pencarian belon KLIA. Belon pagi itu telah jatuh menghampiri Batu Laut. Altitud ketinggian terakhir 1154m dan altitud ketinggian maksimum adalah 23,462m.


Singgah makn tengah hari di medan selera Batu Laut sambil memasukkan koordinat pada aplikasi GPS Waypoint Finder. Sondehub turut diaktifkan bagi mengesan kedudukan belon dari Batu Laut. Kedudukan ikon orang pda sondehub yang telah diaktifkan telah menunjukkan kedudukan aku sememangnya menghadap titik akhir.


Usai makan terus ke tepi pantai bagi mengesan jarak belon ke pantai. Sejak sampai di Batu Laut telah mengaktifkan frekuensi belon KLIA namun gagal jua. Jarak dari pantai ke titik akhir adalah 753m.

Credit 9W2OCX









Misi Radiosonde D21008851 Gagal

Credit 9W2OCX

 Hari terakhir cuti Hari Malaysia diteruskan dengan mencari belon yang telah jatuh beberapa hari yang lepas. Pagi tadi secara solo mencuba nasib mencari radiosonde D21008851 yang jatuh di Sungai Kelambu, Banting. 


Ia jatuh pada 13 September 2020 pada jam 21:33 malam. Keesokkannya Baros 9W2BWS telah cuba mencarinya. Rakaman video beliau menunjukkan kawasan belon dijangka jatuh.

Credit 9W2VHF

Paparan gambar dari laptop Hanif 9W2VHF menunjukkan kebarangkalian belon jatuh berdasarkan laman web Sondehub. Aku melakukan pencarian di sekitar jangkaan itu, namun tiada sebarang tanda. Kawasan segitiga turut di cari berulang kali memastikan peranti berada di situ. Sehingga di tapak segitiga turut diluaskan pencariannya. Belon dijangka bergerak jatuh arah tenggara. Namun, tiada petunjuk ditemui. Pekerja ladang ditanya jikalau ada menjumpai belon dikawasan ladang sawitnya.


Kawasan kebun sayur di bawah rentis TNB merupakan kawasan berdekatan titik akhir. koordinat radiosonde ini adalah 2.78313 darjah Utara dan 101.55807 darjah Timur. Mendekati titik akhir bagi mendapat ketepatan arah belon dijangka jatuh. Jadi arah tenggara ditentukan serta dikenal pasti bagi memudahkan pencarian.

Credit 9W2VHF

Anak panah pada gambar paparan laptop Hanif 9W2VHF. Bulatan oren yang dilukis Hanif 9W2VHF. Oleh kerana altitud ketinggian isyarat terakhir adalah 539m, maka jangkaan jarak dijumpai sekitar 200m. Namun tetap tiada walaupun jarak dicari sehingga 300m.



Misi pencarian seterusnya kembali kepada kawasan kebun semalam bersama Arul 9W2OCX. Berdasarkan kajian peta semula, didapati belon KLIA radiosonde D20073224 berpatah balik ke selatan. Membuat pusingan U menyebabkan pencarian kali ini mengarah ke selatan dan tenggara.

Pencarian di batas nenas, ubi kayu dan tanaman lain masih juga tidak temui juga. Lebih sejam 40 minit juga misi berjalan masih tidak menemui peranti. Berjumpa semula Pakcik yang kami tegur semalam. "Oh! datang lagi hari ini?" tanya beliau kepadaku. "Ya, Pakcik, jawabku jujur. "Seorang sahaja hari ini?" tanya lagi tentang Arul 9W2OCX yang turut serta semalam. "Oh, kawan ada urusan hari ini. Dia tidak dapat datang." jawabku lagi.

Kemudian beliaupun berlalu pergi dengan motorsikalnya. Kulihat dari jauh turut meninjau-ninjau kawasan yang diperkatakan belon jatuh. Oh memang tiada rezeki lagi untuk menemui belon sekali lagi. Boleh tunggu belon yang lain pula.

73, Jojet de 9w2dya



Misi Radiosonde D20073224 Gagal

Credit 9W2OCX

Belon KLIA radiosonde D20073224 yang jatuh pada pagi tadi gagal dicari. Jatuh jam 9:29 pagi bertarikh 17 September 2022. Koordinat 2.71659 darjah Utara dan 101.54641 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 648m serta ketinggian maksimum adalah 30,340m.

Credit 9W2OCX

Misi petang tadi bersama Arul 9W2OCX. Percubaan mendapatkan koordinat terkini gagal oleh Arul 9W2OCX akibat hujan lebat. Selepas latihan rumah sukan di saltmine barulah aku beresempatan melancarkan misi pencarian.


Memandu dari Cheras bertemu di Dengkil. Sepanjang perjalanan hujan turun memaksa pemanduan berhati-hati hingga tiba di Dengkil. Tiba di Dengkil menaiki jelopi Arul 9W2OCX ke Banting. Menghampiri Banting cuaca semakin baik.


Belon KLIA ini  jatuh di kawasan pertanian. Pernah ke sini bersama Hanif 9W2VHF beberapa ketika dahulu kerana belon pernah jatuh kawasan sekitar ini jua. Rupanya belon jatuh berdekatan menara pandang. 

Credit 9W2OCX
Semakin menghampiri titik akhir, Arul 9W2OCX meletakkan jelopinya di atas laluan sahaja. Kamipun  berjalan ke arah titik akhir di kawasan penanaman nenas. Melanggar daun nenas yang berduri sangat menyakitkan. Pencarian ke arah utara titik akhir. Pencarian di halang parit. Terpaksa mencari laluan bagi melangkah parit untuk ke kawasan hadapan lagi. Nasib baik ada kayu balak di parit itu. Walaupun telah dikerat, ia masih boleh dipijak untuk menyeberanginya.



Hingga jarak 261m berpatah balik kerana kawasan semakin semak. Berpatah balik mencari di atas laluan kenderaan hingga jarak 400m pula. Berpatah semula ke jelopi kerana misi telah gagal.

Credit 9W2OCX

Laluan ban yang dilalui sehingga jarak 400m. Kawasan penanaman kontan nenas yang saujana mata memandang. Misi gagal terus ke Bedford untuk meninjau belon yang jatuh beberapa hari yang lepas.


Radiosonde D20073323 jatuh 12 September 2022 jam 9:36 pagi. Altitud ketinggian terakhir 178m sahaja. Sangat rendah amat rugi jika tidak pergi mendapatkannya. Walaupun jarak kurang 50m dari jalan besar. Namun halangan parit besar dan dalam menjadi halangan utama untuk mencapainya.

Walaupun misi kali ini gagal, usaha berterusan tidak kenal jemu tetap menjadi amalan pencari atau pemburu belon seperti kami.

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA Radiosonde D20073312 dijumpai Hanif 9W2VHF

Credit 9W2OCX

 Pagi tadi belon KLIA radiosonde D20073312 yang telah berjaya dijumpai oleh Hanif 9W2VHF di Ladang Bedford, Banting. Isyarat terakhir altitud ketinggian 1,998m pada jam 9:29 pagi. Koordinat 2.70741 darjah Utara dan 101.48782 darjah Timur.


Namun, isyarat terakhir pada laman web aprs-map.info altitud ketinggian 1661m lebih rendah lagi.

Credit 9W2VHF
Hanif 9W2VHF berjaya mencerap koordinat radiosonde D20073312 setelah jatuh. Ini menunjukkan isyarat masih lagi aktif semasa tiba dilokasi titik akhir. Koordinat yang berjaya dicerap menggunakan peranti rdzTTGOsonde 2.71164 darjah Utara dan 101.48989 darjah Timur.
Credit 9W2VHF

Creidit 9W2VHF

Peranti radiosonde dalam genggaman Hanif 9W2VHF.

Belon Kuantan Radiosonde D21012758 terbang ke Bentong


 Sehingga jam 10:17 malam ini belon Kuantan masih melakukan penerbangan. Jangkaan mendarat di Bentong. Sedang menghampiri Jalan Ulu Gali - Lembah Klau C149. Jam 10:23 malam menghala ke Tasik Kelau.

Jam 10:23 malam isyarat terakhir altitud ketinggian 2024m menghala ke tasik. Ketinggian maksimum malam ini adalah 19,226m sahaja. Namun ia berjaya terbang hingga ke Kelau, Bentong. Rasa jatuh menghampiri jalan tanpa memasuki kawasan tasik.

Credit 9W2PRX

Petang tadi, Fitri 9W2FVC sekeluarga berjaya menemui dua radiosonde di Sri Jaya. Radiosonde D20070173 merupakan radiosonde yang kedua jumpa pada koordinat 3.404191 darjah Utara dan 102.509875 darjah Timur jam 17:16

Credit 9W2PRX

Belon Kuantan radiosonde D20070173 jatuh pada 7 September 2002 jam 21:21. Isyarat terakhir pada altitud ketinggian 454m serta etinggian maksimum 26,425m. Koordinat 3.67341 darjah Utara dan 102.84935 darjah Timur.

Credit 9W2PRX

Belon pertama dijumpai D21011861 jatuh pagi tadi. Menurut buku catatan Fitri 9W2FVC dijumpai jam 14:44

Credit 9W2PRX

Tersusun satu barisan bahan bukti yang ditemui pada koordinat 3.414641 darjah Utara dan 102.518516 darjah Timur. Tahniah Fitri 9W2FVC merupakan keluarga pengejar belon yang paling aktif.

73, Jojet de 9w2dya

AIS Base Station 005330504 MY


 Rupanya terdapat satu AIS base station di Gunung Brinchang. Apabila stesen AIS YB6DE-AIS diaktifkan maka muncullah stesen ini. Gunung Brichang mampu menerima isyarat dari Langsa di Sumatera Utara dengan jarak 292.6 km. Kelihatan juga stesen Saiful 9W2DCW-1 yang sedang bercuti di Cameron Highlands malam ini.


Aktiviti AIS malam ini sangat meriah di Selat Melaka. Propagasi malam ini sangat baik membolehkan banyak isyarat vessel dapat di terima dari langsa.


Sejak mengikuti perkembangan aprs sejak dulu lagi  Terdapat beberapa stesen AIS pernah diaktifkan di Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Singapura.



Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...