Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX

 Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada malam tadi.
Credit 9W2PRX

Jatuh jam 21:07 malam bertarikh 29 November 2022. Koordinat 6.19265 darjah Utara dan 102.07877 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 188m dan ketinggian maksimum adalah 27,533m.

Credit 9W2PRX

Menurut stesen 9W2GCQ peranti telah dijumpai satu meter jarak dari tebing Sungai Golok. Jika air sungai naik pastilah ia hanyut hingga ke Laut China Selatan. Koordinatnya 6.19252 darjah Utara dan 102.07849 darjah Timur.

Mulai semalam angin dilihat telah berubah kembali ke arah barat. Ini mungkin menyebabkan belon Kota Bharu kembali melepasi sempadan.

Begitu juga belon Bayan Lepas, mula dilihat ke arah Selat Melaka kembali. Manakala belon KLIA turut kembali ke arah Banting. Jika terlajak lagi boleh turut ke Selat Melaka.

Belon Kuantan pula akan meninggalkan jauh Kuantan. Mungkin kembali mendarat ke Jengka semula. Belon Paya Lebar mungkin jatuh ke Kukup semula. 

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA pagi ini berjaya ditemui


 Belon KLIA pagi ini berjaya dicari di kawasan ladang kelapa sawit dekat Kg Hulu Chuchoh, Sepang. Isyarat masih aktif walaupun ketika itu jam 1 tengah hari. Mencerap menggunakan rdzTTGOsonde bagi mendapatkan koordinat terkini.


Sebenarnya sebelum itu mencari radiosonde D22028619 yang jatuh pada 26 November 2022. Jatuh di hujung landasan KLIA2 dipersekitaran kawasan ladang kelapa sawit. Koordinat 2.69681 darjah Utara dan 101.69856 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 471m dan ketinggian maksimum adalah 26,367m.

 

   Misi terakhir di Ladang Labu dekat Kg Jijan. Radiosonde D22028490 jatuh jam 21:30 pada 23 November 2022 . Altitud ketinggian terakhir 601m dan ketinggian maksimum adalah 29,465m. Koordinat 2.74541 darjah Utara dan 101.79217 darjah Timur.
                                                                                                                 
Jarum digital berwarna biru dengan bacaan 0.3m merupakan titik akhir radiosonde D22028619. Kawasan ladang kelapa sawit di sini sangat semak antara baris. Walaupun telah mengarah ke kawasan jatuh namun sukar mencarinya. Ini disebabkan jangkaan kawasan mendarat menghala ke kawasan semak belukar. Kawasan antara baris pokok tidak dijaga dengan baik.
 

     

   

 

                    




























Stesen WX 9W2DYA-13


 Mendapat perkhabaran bahawa stesen WX 9W2DYA-13 telah berjaya diaktifkan oleh Afiq 9M2KDX. Afiq 9M2KDX sedang menguji lari peranti dibasenya Perlis.


Peranti WX ini akan diletakkan di saltmine. Ini menjadikan dua stesen WX akan wujud di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor. Waktu ini terdapat satu stesen WX di Suakasih iaitu stesen 9W2UXP-13.


APRSuWX antara data cerapan cuaca yang dibangunkan oleh operator radio amatur Malaysia. Ia telah bercambah ke seluruh negara. Secara tidak langsung telah mengaktifkan banyak stesen aprs seluruh negara. APRSuWX dipelopori oleh Dr Aman 9M2FLP. Boleh baca penerangan beliau dibawah ini petikan dari group telegram APRSuWX microWeather. APRSuWX microWX/ Malaysia microWeather Node. 


Credit 9M2FLP

Credit 9M2FLP

Credit 9M2FLP

Credit 9M2FLP
Semoga perkongsian Dr Aman 9M2FLP memberi manfaat kepada semua dalam membangunkan APRSuWX ke seluruh negara khususnya serta dunia amnya.

73, Jojet de 9w2dya

Belon semalam berjaya diselamatkan oleh Arul 9W2OCX


 Pada hari ini Arul 9W2OCX telah berjaya mencari dua belon KLIA yang jatuh pada semalam di Bukit Changgang dan sebelah Litar Sepang. Radiosonde D22028702 jatuh jam 9:37 pagi bertarikh 25 November 2022. Jatuh menghampiri Sungai Langat di Jalan Bukit Changgang. Altitud ketinggian terakhir adalah 219m dan ketinggian maksimum adalah 25,360m.

Credit 9W2OCX
Pemandangan Sungai Langat berhampiran lokasi belon KLIA jatuh semalam. Menurut Sufian 9W2SGJ kawasan ini sering dinaiki air. Ini menyebabkan sekitar lembangan langat ini banjir.


Rakaman video oleh Arul 9W2OCX ketika menemui peranti dan belon.

Credit 9W2OCX

Boleh dilihat peranti jatuh di tepi jalan. Nasib baik tiada kerja-kerja berdekatan jalan tanah merah itu. Belon pula berada dihadapan peranti jatuh di bahagian bawah sedikit dari jalan. Kelihatan tanah lebih rendah berbanding jalan.

Credit 9W2OCX

Jikalau disodok oleh jentolak itu, pasti Arul 9W2OCX tidak akan menjumpai sebarang tanda. Nasib baik mencari lebih awal pada hari ini.

Credit 9W2OCX

Lagi satu menjadi kerisauan apabila air Sungai Langat melimpahi tebing. Pastilah ia hanyut hingga ke Banting.

Credit 9W2OCX

Sebab itulah, misi SAR perlu dilakukan dengan kadar segera. Ini memandangkan lokasi jatuhan belon mudah diakses. Ia berdekatan dengan jalan besar. Rugi rasanya membiarkan begitu sahaja.

Credit 9W2OCX

Jarak 35.4m merupakan jarak peranti ke titik akhir altitud ketinggian 219m

Belon malam tadi juga, mudah diakses. Arul 9W2OCX bermotosikal masuk ke dalam bersebelahan Litar Sepang. Menurutnya lagi pada waktu malam palang menutup laluan masuk. Lebih baik pergi waktu siang sahaja memandangkan ia jatuh dalam kawasan ladang kelapa sawit.


Kebiasaannya belon jatuh di ladang kelapa sawit tidak berusik. Hanya pekerja ladang yang membuat kerja-kerjanya sahaja yang akan menyebabkan peranti hilang.


Ladang yang bersih dan kemas memudahkan misi mencari dan menyelamat. Lagipun ada laluan masuk dari jalan utama lebih memudahkan lagi tugasan.


Radiosonde D22028967 yang jatuh malam tadi berjaya dijumpai oleh Arul 9W2OCX.


Belon kelihatan besar dan pecah sedikit serta gulungan benang tidak sepenuhnya melurut.


Video rakaman Arul 9W2OCX ketika mencari radiosonde D22028967.

73, Jojet de 9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...