Radiosonde D20069609 jatuh di Kg Jenderam Hulu


 Belon KLIA radiosode D20069609 telah jatuh di Kampung Jenderam Hulu. Koordinat 2.84752 darjah Utara dan 101.74164 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 298m serta ketinggian maksimum adalah 30,032m.

Kali ini memnadu jelopi mengikut laluan ke Nilai melalui Bukit Mahkota dan Nilai 3. Sambil memandu ditahan lampu isyarat mengintai-intai belon mendarat.

Akhirnya belon jatuh tepat jam 9:32 pagi ketika itu berada di Bandar Baru Nilai. Memasuki jalan B48 hala ke Jenderam dari Salak Tinggi. Berhenti di perhentian bas memasukkan koordinat pada GPS waypoint finder. Seterusnya memasukkan koordinat 2.84752N 101.74164E pada google map. Terus ia menunjukkan lokasi belon isyarat terakhir dikesan. Jatuh di Kg Jenderam Hulu tidak berapa jauh lagi.
Tiba di Kg Jenderam Hulu terus meletakkan kereta di bahu jalan. Lokasi belon terpaksa masuk ke dalam sedikit kawasan rumah kampung yang sedikit mendaki. Sayangnya tiada isyarat peranti kedengaran. Namun signal strenght sangat tinggi. Cuma audio tidak kedengaran dari corong radio. 

 
Keluarkan alat perang peranti rdzTTGOsonde untuk mengesan koordinat baru. Masih gagal untuk mengunci sebarang koordinat baru. Berpandukan titik akhir menggunakan GPS waypoint finder yang telah disetkan tadi. Berjalan agak sedikit mendaki di kawasan rumah kampung. Titik akhir berada di tapak rumah yang ditinggalkan.

Terpaksa merujuk tangkap layar yang telah dibesarkan bagi menentukan arah belon berakhir. Arah barat laut dikenal pasti arah terakhir belon mendarat. Berjalan mengikut arah tersebut hingga memasuki halaman rumah. Untungnya rumah kampung tidak berpagar. Mudahlah melalui kawasannya. Sehingga jarak 69.9m peranti telah ditemui di bawah pokok kelapa mawar.


Elok di atas rumput dalam keadaan mengereng. Lampu merah sahaja yang menyala. Ini menyebabkan kekuatan isyarat radio sahaja dapat diterima. Lampu oren telah padam. Ini menyebabkan tiada kedengaran sebarang bunyi. Menjadi punca koordinat tidak dapat dikunci rdzTTGOsonde.


Tidak menjadi masalah jika koordinat baru tidak dapat dikesan. Altitud ketinggian terakhir yang agak rendah iaitu 298m dapat memudahkan misi pencarian. Stesen radiosonde 9W2OCX Budak Giler bekerja dengan cemerlang. Sejak bertukar antena yang labih bagus, altitud terakhir berjaya mendapat ketinggian bawah 300m.


Hasil cerapan jam Garmin koordinat belon adalah 2 darjah 50.8780' Utara dan 101 darjah 44.4698' Timur. Belon jatuh agak bawah tepi tebing di hujung penjuru laman rumah ini. Haluan angin betul mengarah ke laluan yang ditunjukkan seperti dalam tangkap layar.


Kalau bukan kerana pokok kelapa mawar, pasti ia jatuh di penjuru berdekatan dengan jalan kampung. Kelihatan pada kayu pine masih terdapat gulungan benang yang tidak terlepas semasa penerbangan. Belon pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 30,032m. Belon hijau masih dalam keadaan baik sekali.


Setelah kerja perekodan dibuat bergegas ke jelopi dengan kadar segera. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Matlamat utama telah dicapai, maka lebih baik beransur dengan kadar secepat mungkin.


Sempat mengambil gambar hasil pencarian di atas jalan jelopi diletakkan. Barulah boleh melaporkan hasil pencarian pada laman sesawang SondeHub. Selepas mengemas hasil tangkapan, tanpa berlengah terus bergerak ke Bangi melalui tol Southville.

Semasa peralihan pertukaran monsun timur laut ini, belon lebih mengarah ke darat. Keadaan seminggu ini sibuk dengan mencarinya kerana hanya berada di persekitaran Bangi sahaja. Terasa untung pula mempunyai base stesen di sini. Awal tahun bermula di Pulau Carey. Kemudian turun ke kawasan Banting. Seterusnya selepas Aidilfitri selama tiga bulan jatuh ke Selat Melaka sahaja. Akhir Sepetember aktif semula persekitaran Banting, Sepang, Bukit Pelandok, Kota Seriemas, Nilai dan sekarang Dengkil, Putrajaya dan Jenderam. Malam tadi di Jenjarom kerana belon pecah lebih awal

Sebelum tengkujuh tiba, inilah peluang untuk terus mendapatkannya. Musim banjir pasti aktiviti ini dihentikan bagi menjaga keselamatan diri dan persekitaran. Selepas keadaan stabil semula pasti misi pencarian akan diteruskan semula.
Esok hari minggu, bagi berkelapanagan bolehlah mencuba mencari belon. Monitor laman sesawang sondehub.org serta aprs. Boleh lihat pergerakan penulis 9W2DYA-5 ikon kereta merah. Boleh bertemu di tempat belon mendarat. Normal belon akan mendarat sekitar jam 9.30 pagi.

Tangkap layar di atas menunjukkan terdapat lima unit belon telah ditemui oleh pemburu belon dalam seminggu ini. Boleh dikatakan setiap hari berjaya menemui belon ketika ini. Peluang ini tidak harus dilepaskan sebelum ia kembali jatuh ke laut.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...