Semalam telah berjaya mendapat tiga radiosonde dalam sehari. Satu berjaya mendapat di Kampung Jenderam Hilir dan dua unit di Kampung Tanjung, Nilai. Waktu siang mencari secara solo serta waktu malam bersama Nazmi 9M2EDX.
Radiosonde D22028672 telah jatuh pada 14 November 2022 jam 21:41 di Kampung Jenderam Hilir. Misi bersama Arul 9W2OCX tidak berjaya menemui peranti tersebut. Ia jatuh di kawasan dusun buah-buahan serta bersempadanan dengan kebun getah.
Menunggu Arul 9W2OCX di jalan masuk menghadap Masjid Kg Jenderam Hilir. Beliau memandu dari basenya di Puchong. Sebelum itu, aku dari Cheras singgah di plaza tol Southville bagi menunggu sehingga belon mendarat. Setelah mendarat mendapatkan koordinat serta mengkaji peta kawasan jatuhan. Seterusnya barulah misi dilancarkan pada malam itu. Setelah mengkaji bahawa kawasan tersebut boleh dimasuki dan sesuai barulah misi diteruskan.
Setelah Arul 9W2OCX tiba. Barulah bertolak ke tapak belon jatuh. Beliau memandu hingga kawasan lapang tapak pembinaan rumah mungkin. Isyarat tidak kedengaran setelah tiba. Ini pasti menyukarkan misi dijalankan. Berpandukan arah titik akhir, kami berjalan melewati kebun getah. Ada kesan orang menoreh pada pokok. Ini menunjukkan ladang getah ini masih diusahakan lagi.
Tiba titik akhir kami mencari disekitar kawasan. Namun, gagal menemui sebarang tanda. Ketika itu hujan turun membasahi kawasan sekitar. Berpandu lampu suluh usaha di teruskan hingga ke kawasan dusun buah-buahan. Tetap gagal juga. Maka, misi mesti ditamatkan.
Keesokannya selepas menghantar harmonic ke sekolah. Misi disambung semula ke titik akhir. Kali ini menggunakan laluan terus ke dusun tidak melalui kebun getah. Walaupun bersemak laluan ke dusun masih boleh dilalui.
No comments:
Post a Comment