Belon semalam berjaya diselamatkan oleh Arul 9W2OCX


 Pada hari ini Arul 9W2OCX telah berjaya mencari dua belon KLIA yang jatuh pada semalam di Bukit Changgang dan sebelah Litar Sepang. Radiosonde D22028702 jatuh jam 9:37 pagi bertarikh 25 November 2022. Jatuh menghampiri Sungai Langat di Jalan Bukit Changgang. Altitud ketinggian terakhir adalah 219m dan ketinggian maksimum adalah 25,360m.

Credit 9W2OCX
Pemandangan Sungai Langat berhampiran lokasi belon KLIA jatuh semalam. Menurut Sufian 9W2SGJ kawasan ini sering dinaiki air. Ini menyebabkan sekitar lembangan langat ini banjir.


Rakaman video oleh Arul 9W2OCX ketika menemui peranti dan belon.

Credit 9W2OCX

Boleh dilihat peranti jatuh di tepi jalan. Nasib baik tiada kerja-kerja berdekatan jalan tanah merah itu. Belon pula berada dihadapan peranti jatuh di bahagian bawah sedikit dari jalan. Kelihatan tanah lebih rendah berbanding jalan.

Credit 9W2OCX

Jikalau disodok oleh jentolak itu, pasti Arul 9W2OCX tidak akan menjumpai sebarang tanda. Nasib baik mencari lebih awal pada hari ini.

Credit 9W2OCX

Lagi satu menjadi kerisauan apabila air Sungai Langat melimpahi tebing. Pastilah ia hanyut hingga ke Banting.

Credit 9W2OCX

Sebab itulah, misi SAR perlu dilakukan dengan kadar segera. Ini memandangkan lokasi jatuhan belon mudah diakses. Ia berdekatan dengan jalan besar. Rugi rasanya membiarkan begitu sahaja.

Credit 9W2OCX

Jarak 35.4m merupakan jarak peranti ke titik akhir altitud ketinggian 219m

Belon malam tadi juga, mudah diakses. Arul 9W2OCX bermotosikal masuk ke dalam bersebelahan Litar Sepang. Menurutnya lagi pada waktu malam palang menutup laluan masuk. Lebih baik pergi waktu siang sahaja memandangkan ia jatuh dalam kawasan ladang kelapa sawit.


Kebiasaannya belon jatuh di ladang kelapa sawit tidak berusik. Hanya pekerja ladang yang membuat kerja-kerjanya sahaja yang akan menyebabkan peranti hilang.


Ladang yang bersih dan kemas memudahkan misi mencari dan menyelamat. Lagipun ada laluan masuk dari jalan utama lebih memudahkan lagi tugasan.


Radiosonde D22028967 yang jatuh malam tadi berjaya dijumpai oleh Arul 9W2OCX.


Belon kelihatan besar dan pecah sedikit serta gulungan benang tidak sepenuhnya melurut.


Video rakaman Arul 9W2OCX ketika mencari radiosonde D22028967.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...