Bermula minggu lepas angin bergerak ke arah timur. Jadi, belon KLIA terbang hingga ke Kuala Klawang. Begitu juga belon Bayan Lepas melepasi tanah besar hingga ke Kulim. Sebelah pantai timur pastinya melepasi Laut China Selatan.
Belon KLIA pagi tadi jtuh di Ampangan. Titik akhir di sebelah SK Ampangan. Tiba menghampiri titik akhir tiada kedengaran sebarang isyarat. Pasti sukar mencarinya memandang altitud ketinggian terakhir adalah 731m. Penelitian disekitar titik akhir tiada petunjuk membolehkan belon dijumpai. Cabaran berdekatan kawasan kampung yang sukar dimasuki kerana berpagar.
Misi kedua radiosonde D22028583 jatuh pagi semalam di kawasan perumahan belakang SMK Warisan Puteri. Sudah cari di sepanjang jalan belon dijangka mendarat. Titik akhir di lot tanah kosong yang dibuat kebun.
Berjaya merekodkan ke titik akhir terhampir 2.7m di kawasan tanah kosong. Bertanya kepada tuan punya tanah yang sibuk mesin rumput. Jawapannnya pasti tiada jumpa. Berjalan sepanjang laluan dengan mata yang tajam. Namun, tiada petunjuk juga. Jatuh atas bumbung atau lajak ke hadapan lagi.
Misi terakhir di Jalan Lenggeng - Pantai dekat pintu masuk Hutan Lipur Lenggeng. Radiosonde D22028730 jatuh pada 10 Mac 2023 jam 21:34. Altitud ketinggian terakhir adalah 558m.
No comments:
Post a Comment