Pagi ini singgah di kolam banjir Sungai Langat di Kg Sungai Melut, Dengkil. Perjalanan hendak mengambil belon pagi yang jatuh di Banting. Alang-alang lalu Dengkil lebih baik melihat kolam yang menjadi tempat belon KLIA jatuh 21 Mac 2023 jam 21:27 malam.
Radiosonde D22028772 jatuh altitud terakhir sangat rendah iaitu 64m. Altitud ketinggian maksimum adalah 29,763m. Koordinat 2.83058 darjah Utara dan 101.67287 darjah Timur. Sudah pasti belon yang jatuh dalam kolam pasti telah hanyut ke darat mahupun terus ke laut. Awal pagi semalam hujan lebat. Kelihatan air melimpah hingga ke ladang kelapa sawit berdekatan.
Sempat mendapatkan jarak titik akhir dari tebing kolam. Catatan jaraknya 202m jauhnya. Harapan melihat-lihat di tepi tebing jikalau terdampar hanyalah angan sahaja. Banyak sampah plastik-plastik dan sisa kayu terdampar pada tebing kolam itu.
Tercari-cari benda putih yang banyak terapung. Manalah tahu peranti dan belon berada di situ hanyut ke gigi air.
Ada beberapa orang memancing dalam kolam ini. Orang Asal berdekatan sini tinggalnya. "Ada banyak ikan ke bang ?" tanyaku. "Ada banyak ikan tapi dalam kolamlah," jawab jujurnya. "Memanglah dalam kolam banyak ikan." getus hatiku.
Stesen Radar Meteorologi Bukit Tampoi boleh dilihat dari kolam ini. Nampak bola putih yang besar atas bukit itulah ia. Boleh dilihat sekitar Dengkil atau ketika melewati Elite.
Kemudian berpatah semula keluar ke Dengkil untuk teruskan perjalanan ke Banting. Melepasi Banting masuk simpang pertama ke kanan dan seterusnya terus ke kiri hingga bertemu Jalan Raba Batu1.
Altitud ketinggian terakhir sangat rendah iaitu 35m sahaja. Pergi kutip sahaja kerana ia pasti jumpa tepat di koordinat 2.82243 darjah Utara dan 101.48697 darjah Timur. Malangnya lokasinya dikelilingi parit. Pemandangan biasa bagi ladang dimiliki oleh syarikat persendirian. Kawasannya lebih kemas, bersih dan teratur serta berjaga.
Menggunakan pengalaman yang ada bagi mencari jalan masuk. Nasib baik sebelah ladang ini terdapat satu kawasan pembinaan yang berpagar. Ada longkang konkrit serta parit bertambak. Mengambil keputusan masuk melalui parit bertambak menjadi tempat lembu-lembu menyeberang parit. Tetapi telah berpagar dengan zink, tidak menjadi masalah bagi manusia yang dianugerahkan akal fikiran.
Tanpa berlengah terus melangkah panjang mengikut laluan kenderaan kelapa sawit. Ada beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Terdapat salah seekor menyedari tentang kehadiranku. Merenung tajam tanpa terlepas mata setiap pergerakanku. Jadi, ambil keputusan terus masuk ke barisan pokok kelapa sawit sahaja. Terpaksalah melompat bagi melepasi parit yang agak lebar juga. Jarum kompas digital menjadi pedoman.
Hatta, jarum bertukar biru menandakan telah sampai di titik akhir lokasi belon jatuh. Mata melilau-lilau mencari tetapi tidak ada dihadapan mata. Rupa-rupanya peranti berada di dalam parit. Patutlah tak nampak padahal altitud kali ini sangat rendah, sememangnya berada di situ. Pernah juga telah tiba dilokasi akhir namun tidak ke temui benda yang di cari. Rupa-rupanya berada di atas kepala tersangkut atas pokok yang tinggi di hujung dahan.
Kelihatan belon jatuh di laluan sawit antara barisan pokok. Terpaksa memutuskan ikatan benang di peranti bagi membolehkan ia digulung pada kayu belon hijau. Belon berbaki tidak hilang sepenuhnya. Jarak 4 meter belon ditemui dari titik akhir untuk altitud 35m.
Peranti radiosonde D22028752 berada dalam genggaman. Wajib tunjuk sebegini membuktikan ia telah berjaya dicari dengan jayanya.Lampu terpadam isyarat tidak dapat dipancarkan. Sudah maklum akan ini, setelah tiada kedengaran audio di coromg radio.
Belon jatuh pada kesan tayar kenderaan . Pasti digelek apabila kerja-kerja mengemas dilakukan di sini. Nasib baik peranti jatuh dalam parit. Ia akan selamat tanpa diganggu berada di situ.
Mengukuhkan lagi penemuan dengan mencerap menggunakan jam Garmin. Koordinat 2 darjah 49.2367' Utara dan 101 darjah 29.2147' Timur.
Benang telah digulung elok pada kayu belon hijau. Belon kelihatan lebih besar setelah pecah pada ketinggian 29,763m. Biasa dapat belon pecah sepenuhnya.
Selepas kerja-kerja mengemas dan merekod data, tanpa berlengah ingin terus keluar dari kawasan ladang. Terdapat anak beranak lembu masih meragut di laluan utama sawit. Terpaksa masuk semula barisan sawit setelah lembu itu berpatah balik ke tempat lain. Hilang sahaj dari pandangan barulah aku berjalan dengan hati girang keluar semula ke kereta di tepi jalan Raba Batu 1.
Stesen 9W2DYA-5 diaktifkan sepanjang misi sebagi langkah keselamatan. Rakan lain boleh memantau setipa pergerakanku secara real-live. Saranan kepada semua pemegang radio amatur mengaktifkan aprs bagi memudahkan pemantauan lokasi dan pergerakan. Secara tidak langsung memeriahkan aktiviti aprs.
Laluan keluar ladang sawit berbatu kelikir memudahkan pergerakan. Bersih dan kemas ladang ini telah diselenggara dan dijaga dengan baik. Parit menjadi musuh utama bagi menyampai lokasi belon jatuh. Pengalaman mengajar segalanya bagi menyelesaikan setiap masalah. Oleh kerana berpuasa, misi dihadkan sekali sahaja. Jikalau tidak pasti banyak misi pencarian boleh disambung. Banyak lagi peranti yang masih belum dicari lagi keranan kekangan masa.
Laluan masuk dan keluar pada misi kali ini. Kalau tiada bantuan ini manakan boleh parit yang luas itu utnuk dilangkah. Syukur jalan kebuntuan ditemui. Seterusnya terus memandu pulang ke base station di Bangi.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment