Belon KLIA pada malam ini radiosonde D22028740 maih aktif walaupun telah jatuh ke bumi. Jatuh di Kg Sg Mahang dekat Nilai. Sehingga entri ini dituls ia masih lagi aktif. Ini hasil kemunculan stesen radiosonde baru di Nilai iaitu 9W2MDZ_RDZTTGO. Lokasi belon jatuh di atas bukit membolehkan stesen ini menerima isyarat di Nilai dengan baik.
Jam 21:51 malam altitud ketinggian 378m. Koordinat 2.81003 darjah Utara dan 101.84023 darjah Timur. Ia dipercayai telah tersangkut di pokok serta tergantung. Bergerak kemungkinan tiupan angin memandangkan berada di kawasan bukit.
Jam 21:56 malam altitud ketinggian 300m. Koordianat 2.80996 darjah Utara dan 101.84036 darjah Timur.
Sehingga jam 11:49 malam, belon ini masih terus aktif. Ketinggian semakin menurun. Suhu persekitaran 33.8 darjah selsius. Bateri berbaki 5.44 V.
No comments:
Post a Comment