Stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai telah bekerja dengan baik sekali. Pagi ini semasa memantau di laman sesawang Sondehub kelihatan belon Klia masih berada di Met Sepang lagi seawal jam 7:39 pagi. Tangkap layar di atas menunjukkan radiosonde D22028547 pada pagi ini masih berada di tanah. Altitud ketinggian 6 meter dari aras laut.
Pemandangan gambar satelit Met Sepang tempat pelepasan belon kaji cuaca. Jam 7:42 pagi ia masih di situ namun isyarat telah berjaya di kesan dari Nilai. Belon telah berada di kawasan lapang pelepasan di tempat letak kereta bersebelahan Bilik Belon.
Jam 7:43 pagi ia telahpun berlepas dari Met Sepang. Altitud ketinggian 194m dengan mudah di kesan oleh stesen radiosonde 9W2MDZ yang berada di Nilai.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment