Terlepas pandang


 Pagi semalam telah berjaya menjumpai belon malam itu bersama anak buah SWL Muzaffar. Radiosonde D22027773 telah jatuh jam 21:13 malam bertarikh 25 April 2023. Ia jatuh di ladang kelapa sawit di Bukit Pelanduk. Koordinat 2.65838 darjah Utara dan 101.77865 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 130m serta ketinggian maksimum 24,611m.


Memandu dari Cheras terus ke Bukit Pelanduk melalui Jenderam dan Salak. Masuk sahaja sempadan Negeri Sembilan jalan bengkang-bengkok kawasan berbukit. Melepasi titik akhir berpatah balik terus meletakkan jelopi ditepi jalan menghala ke Sepang. Bawah talian voltan tinggi menghampiri titik akhir. Jarak dalam 200m sahaja dari situ. Melintas jalan terus ke bawah mengikut rentis TNB yang berumput hijau elok. Beberapa meter ke hadapan menyusur laluan sawit ke sebelah kiri. Agak sedikit mendaki sebelum turun berpatah ke kanan menghampiri titik akhir.


Pokok kelapa sawit yang mati tinggal batang sahaja merupakan titik akhir. Perlu turun ke bawah lembah untuk memeriksa peranti. Mengikut laluan lembu menurun ke bawah dengan berhati-hati kerana agak licin. Tiba di titik akhir tiada apa yang dapat dijumpai. Memeriksa di sekitar rumpunan paku-pakis. Masih tiada tanda juga untuk dijejaki. Mengeluarkan kompas magnetik bagi menyemak kedudukan arah utara. Berdasarkan tangkap layar di atas belon berpatah balik ke belakang arah selatan.


Jadi, terpaksa mendaki semula ke atas bersama SWL Muzaffar. Oleh kerana laluan licin menyebabkan ia tergelincir sedikit. Setelah naik ke atas memeriksa di bahagian belakang arah selatan. Ketika sibuk memeriksa jarum kompas magnetik, SWL Muzaffar telah ternampak  juntaian benang terlebih dahulu. Apa lagi, kamipun terpaksa mendaki setingkat lagi ke arah jalan yang baru kami lalui tadi.


Aduhai! boleh kami tidak perasan benang yang berada di tepi laluan ketika kami sampai tadi. Padahal baru sahaja lalu di situ  tadi. Jikalau ternampak benang terlebih dahulu, pasti kami tidak bersusah payah untuk turun ke bawah ke titik akhir. Keghairahan mengejar titik akhir tanpa memerhati keadaan sekeliling. Perkara biasa terjadi dalam keghairahan mendapatkan apa yang dicari.


Peranti terjatuh tepat terselit pada pelepah kelapa sawit mati. Belon pula tergantung pada pelepah kelapa sawit. Sayangnya jatuh menimpa beberapa pelepah. Jadi, sukar untuk ia melurut turun kerana beberapa halangan tersebut. Akupun menarik-narik perlahan-perlahan. Namun, ia tetap tidak menurun kerana tersangkut. Akhirnya aku menarik sehingga tersangkut hingga benangpun putus. Tersangkutlah atas pelepah itu.

Jarum kompas digital bertukar hijau jarak 19.5m dari peranti ke titik akhir. Koordinat 2.658216 darjah Utara dan 101.778712 darjah Timur. Jarak 19.5m ini bagi altitud terakhir 130m. 


Gaya SWL Muzaffar disisi peranti yang masih terlekat pelepah sawit mati. Longokkan pelepah sawit menjadi sasaran peranti mendarat. Jikalau lewat pasti  pekerja sawit akan membuang di longgokan itu sahaja. Mungkin dibiarkan kerana peranti sememangnya telah berada di situ.


Radiosonde D22027773 terus dilaporkan ke laman sesawang sondehub. Rezeki SWL Muzaffar berjaya mendapat belon buat julung kalinya. Bateri masih berbaki. Jadi suka beliau menghidupkan bateri kerana lampu Led menyala. Mungkin malam tersebut bateri padam selepas terhentak pada pelepah itu.


Setelah kerja-kerja perekodan, peranti diangkat untuk mengambil aksi seterusnya oleh SWL Muzaffar. Persekitaran ladang kelapa sawit milik syarikat perladangan ini tidaklah terlalu bersemak. Ia dijaga dengan baik dan kemas selalu.


Wajah keriangan SWL Muzaffar setelah berjaya membawa pulang peranti. Kami berpatah balik mengikut laluan yang sama. Ada seekor anjing berada di hadapan kami. Kamipun membuat bising untuk memaklumkan kehadiran kami di situ. Apa lagi, anjing tersebutpun lari.


Pemandangan dari lokasi kereta diletakkan menghala ke arah Sepang. Kamipun berangkat ke Cheras melalui Nilai terus masuk ke Lebuhraya Plus keluar ke exit Kajang. Kemudian berhari raya ke Semenyih pula.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...