Pagi tadi selepas menghantar harmonic ke sekolah sempat menjenguk belon KLIA yang jatuh pada 9 April 2023. Jatuh di kawasan Kota Warisan. Melalui Jenderam terus ke Kota Warisan berpandukan peta google. Sayangnya ia bawa ke kawasan perumahan yang berpagar. Terpaksa keluar cari jalan yang lebih tepat ke titik akhir.
Jarak 3.3m dari titik akhir ketika ditemui berada di hadapan rumah. Kawasan perumahan Setia Warisan Tropika yang sedang dalam pembinaan. Belon tiada. Benang terputus menghala ke dalam rumah. Peranti di atas lantai hadapan kelihatan telah dilenyek sesuatu. Mungkin terhimpap dengan penutup longkang. Hampir terburai isi perut.
Baru tiga hari lewat untuk mencarinya sudah kelihatan seperti di atas. Jikalau lewat lagi, pastilah ia dibuang atau dibakar oleh pekerja pembinaan. Belon tiada di hujung benang. Mungkin tersangkut atas atap.
Nasib menyebelahi juga kerana jatuh di kawasan perumahan masih dalam pembinaan. Andai kata jatuh di kawasan beratap oren pastilah sukar untuk dimasuki kerana telah berpagar. Jejak stsesen 9W2DYA-5 di atas menunjukkan laluan yang digunakan bagi mendapatkan peranti. Oleh kerana rumah tiada berpintu, mudahlah ia dimasuki. Keluar sahaja rumah yang dimasuki itu, kelihatan peranti tergolek di hadapan rumah sebelahnya.
Jumpa dihadapan rumah, hampir terburai isi perut akibat kemungkinan oleh penutup longkang. Kalau jatuh atas atap pastilah tidak ditemui. Lagipun ketika itu tiada seorang pekerja membuat kerja di kawasan tersebut. Hanya nampak pemandu JCB yang menolak tanah selang satu lorong hadapan. Maka, tidak dapatlah menanya saksi yang pernah melihat peranti jatuh di situ.
Lokasi peranti ditemui di hadapam rumah ini. Rumah hampir 70 peratus siap ini pasti akan diduduki beberapa bulan akan datang. Jikalau jatuh di kawasan ini, ini perlulah masuk di pintu utama jalan.
Bahagian belakang rumah yang ditemui peranti. Lalang tumbuh meliar. Reka bentuk rumah teres dua tingkat ini boleh tahan juga cantiknya. Masuk melalui bahagian belakang ini terus keluar di bahagian hadapan
Tapak jalan belakang rumah ditumbuhi lalang. Lihatlah pagar yang memisahkan rumah dan jalan. Kebiasaannya aliran angin melalui kawasan terbuka dan lapang seperti belakamg rumah ini. Namun ia memilih lorong bahagian hadapan rumah untuk mendarat.
Gambaran rumah di bahagian hujung pula. Kawasan lapang antar ladang kelapa sawit sebagai zon penampan. Wujud parit besar antara rumah dan kawasan lapang. Aku melintas berdekatan dengan kawasan perumahan yang telah siap dibelakang barisan rumah ini. Siap ada kawat berduri dibahgian bawah pagar lagi. Pemaju mengambil langkah keselamatan ke tahap lebih tinggi. Pasti pembeli berpuas hati dengan tahap keselamatan setelah mendudukinya.
Longkang ini menjadi laluan untuk mencari peranti. Ini pemandangan bersebelahn kawasan perumahan berpagar yang ada kawat berduri di bawahnya. Laluan ini untuk balik ke jelopi semula. Jelopi diletakkan berhadapan rumah api TNB.
Jarak peranti dari jelopi adalah 185 meter. Pencarian dipermudahkan setelah menemui laluan masuk yang tepat. Rupanya ia berdekatan dengan bulatan yang menghala ke Salak Tinggi.
Pemandangan dari jelopi ke kawasan pendaratan belon. Sangkakan belon berada dalam kawasan berpagar. Nasib baik menyebelahi setelah menemui di kawasan perumahan yang masih belum siap. Kemudian balik base station melalui jalan ke Salak Tinggi dan melalui Jenderam Hulu semula.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment