Sudah hampir bukan rezeki


 Belon Klia pagi ini jatuh berdekatan Sungai Jenderam dekat Nilai Spring. Rezeki tidak menyebelahi kami pagi ini walaupun berbaki jarak 16 meter sahaja. Manakan tidak? kawasansemak berpaya menjadi halangan besar untuk mendapatkannya.


Pagi ini bersama Arul 9W2OCX yang membonceng motosikal dari Puchong. Kami berjanji bertemu di stesen minyak Shell Kota Warisan. Pergi satu kereta terus ke titik akhir di Nilai Spring. Memasuki penghujung jalan ada pintu pagar yang telah terbuka. Tanpa berlengah terus melalui jalan tanah merah hingga bertemu Sungai Jenderam.


Terpaksa meletakkan kereta menghampiri sungai kerana jalannya tidak boleh dilalui. Maka, tanpa berlengah Arul 9W2OCX berada dihadapan mengesan titik akhir. Malangnya titik akhir berada lagi 16 meter dari tepi jalan tanah merah itu. Kawasannya bersemak dan dibawahnya berair lumpur. Ini merupakan kawasan berpaya. Cuba melihat-lihat arah titik akhir namun tiada tanda-tanda peranti dapat ditemui.


Kejernihan air Sungai Jenderam terpancar waluapun disekelilingnya telah ditarah bagi kerja pembangunan. Kesan air melimpah dari kawasan berpaya serta sungai ini turut dapat dilihat. Rasanya laluan ini merupakan tapak jalan utama mengelilingi Nilai Spring.


Pemandangan titik akhir berdekatan pokok palma dikelilingi semak-samun. Isyarat masih lagi aktif, namun tidak dapat juga melihat kelibat peranti. Antena radio juga telah dicabut namun isyarat diterima dengan kuat sekali. Ini membukti peranti berada di sekitar kawasan tersebut. Sayangnya ia jatuh di bawah permukaan semak menyebabkan ia sukar dikesan dengan penglihatan.


Kawasan semak berpaya berdekatan dengan ladang sawit. Kelihatan di situ banyak tapak rumah telah dirobohkan. Pihak berkuasa telah merobohkannya kerana ia didiami  oleh pendatang asing.


Sungai Jenderam menghiasi pemandangan kawasan yang akan dibangunkan pada masa hadapan. Tapak pembinaan jalan utama bersebelahan sungai itu.


Jejak stesen 9W2DYA-5 semasa misi pencarian dapat dilihat pada tangkap layar di atas. Ini membuktikan kami telah sampai ditempat yang ditujui. Setelah berpuas hati dengan misi pencarian kali ini. Keputusan memberhentikan pencarian dengan melaporkan pada laman sesawang Sondehub.

Walaupun tidak berjaya membawa pulang peranti, kami tetap berpuas hati kerana kawasan itu tidak boleh dimasuki. Isyarat masih lagi aktif membuktikan peranti sememangnya berada di kawasan tersebut.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...