Eyeball bersama Weerut 9W2RUT dan Arul 9W2OCX

Credit 9W2OCX

 Malam tadi Isnin 23 September 2024 telah diadakan eyeball bersama Weerut 9W2RUT dan Arul 9W2OCX di Seri Kembangan. Tujuan eyeball untuk mengambil board TTGO yang telah dijanakan sebagai stesen LoRa APRS iGate/Digipeater pula oleh Weerut 9W2RUT. Sebelum ini, TTGO ini berfungsi untuk rdzTTGOsonde. Memandangkan MetMalaysia telah menukar peranti DFM-17 kepada WxR-310D maka ia tidak dapat digunakan untuk mengejar peranti buatan Korea itu.


Lokasi eyeball malam tadi kelihatan beberapa stesen bertemu antaranya stesen 9W2DYA-5. 9W2RUT-6, 9W2OCX-6 dan 9W2OCX-8. Kini banyak stesen LoRa mula aktif di Lembah Klang. Frekuensi yang digunakan adalah 433.400MHz. Malam tadipun rakan dari Johor telah merisik-risik untuk menaikkan satu stesen LoRa di sana. Semoga berjaya dan menjadi kenyataan serta menjadi pemangkin untuk memeriahkan lagi LoRa APRS ini.

Banyak perkara yang kami sembangkan tentang radio amatur dan pelbagai cabang berkaitan. Jika rakan baru yang hendak mendalami dunia radio amatur boleh berjumpa dua stesen yang sangat berpengalaman ini. Pasti mereka boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan idea bagi mengembangkan ilmu radio amatur kepada semua orang.

Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA Radiosonde 2404015837 jatuh di Bukit Changgang

  Pada malam ini belon KLIA radiosonde 2405015837 telah jatuh di Bukit Changgang, Banting. Kebetulan juga, pada hari ini telah diadakan Karn...