Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 2405011782 telah jatuh pada Ahad 15 September 2024 jam 9:35 pagi. Koordinat 2.63637 darjah Utara dan 101.78119 darjah Timur.
Altitud ketinggian maksimum adalah 30,808m dan altitud ketinggian terakhir adalah 435m. Walaupun 435m agak tinggi namun mengisi masa lapang cuti sekolah bolehlah dicuba mencarinya. Belum cuba belum tahu. Sudah pergi baru tahu. Senang atau mudah hendak mencari belon ini.
Memandu dari base di Bangi melalui Nilai terus ke Salak. Kemudian di Sepang belok kiri masuk ke Negeri Sembilan. Terus hingga ke Tanah Merah. Syarikat perladangan terbesar Malaysia lokasi belon ini jatuh. Meletak kereta bersebelahan Ladang Tanah Merah. Kemudian seberang jalan ke jalan sawit. Jalan ladang bersebelahan dengan Sungai Tanah Merah merujuk kepada peta.
Berpandukan GPS Waypoint Finder jarak 300m lagi perlu menyeberang sungai ini. Maka terpaksalah berpatah balik ke pangkal jalan. Terdapat kerja pembersihan yang dijalankan menggunakan jentera. Hampir 700m juga sudah menapak. Namun itu bukanlah satu masalah yang besar.
Menghampiri jalan besar terpaksa melangkah parit kecil yang agak bersemak. Kemudian melintas sungai menggunakan laluan nombor 5 ini. Terpampang papan tanda sungai tersebut. Nama sebenar adalah Sungai Janging. Bukanlah Sungai Tanah Merah seperti tertera dalam peta.
Melepasi jambatan terus masuk kiri. Merapatkan semula laluan berhampiran sungai tadi. Berhampiran jalan utama tadi terdapat kebun sayur. Berpandu GPS Waypoint Finder ikut sahaja laluan sawit yang ada. Tiba menghampiri titik akhir belok ke kiri pula. Beberapa langkah ke depan telahpun tiba di titik akhir.
Kawasan kelapa sawit muda, namun agak semak tidak dikemas dengan baik. Pasti memberi cabaran yang besar untuk meneruskan misi.
Walaupun agak semak, setiap baris masih boleh dilalui. Misi mencari memantau setiap baris yang ada dari titik akhir hingga ke Sungai Janging.
Sungai Janging sebelah kiri bersebelahan laluan sawit. Kerja pembersihan sebelah sini telah selesai. Kesan rumput-rumput yang dikaut diletak di bahagian tebing sungai. Tadi berada di seberang sebelah sana yang terpaksa keluar semula ke jalan besar. Sungai ini agak dalam dan berarus deras juga. Sanggup berpatah balik daripada terjun melintas untuk lebih cepat.
Tanah dan rumput yang dikorek bagi kerja pembersihan Sungai Janging. Kemudian memulakan operasi pencarian baris kebaris hingga ke titik akhir semula.
Stesen 9W2DYA-5 turut diaktifkan sepanjang pencarian bermula dari Bangi lagi hingga pencarian berakhir. Penting untuk pergerakan dikesan oleh rakan-rakan. Juga rujukan bagi misi masa hadapan juga.
Terdapat aliran air yang sangat jernih di dalam kawasan pencarian. Sangat menenangkan perasaan melihat air yang mengalir.
Hampir 2 jam operasi pencarian terpaksa dihentikan setelah semua baris telah diperiksa. Laluan menghala ke jalan besar semula.
Jarak 1022m dari jalan besar ke titik akhir. Ini jarak lurus tepat ke titik akhir. Hakikat sebenarnya laluan yang berliku-liku pastilah jarak sebenar lebih daripada itu.
Melepasi jalan sawit keluar semula ke jalan besar melintas jambatan. Parkir kereta gak jauh laluan sawit tadi.
Jauh nun dihujung kereta penulis diletakkan dengan lebih selamat. Kereta diletakkan agak ke tepi lebih jauh ke dalam. Tiba di kereta terus balik. Walaupun balik tangan kosong, tidak terlalu risau sangat. Belon KLIA tiap-tiap pagi dan malam dilepaskan.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment