Belon KLIA Radiosonde 2404015837 jatuh di Bukit Changgang


 Pada malam ini belon KLIA radiosonde 2405015837 telah jatuh di Bukit Changgang, Banting. Kebetulan juga, pada hari ini telah diadakan Karnival Rekacipta di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang. Terdapat pameran radio amatur oleh MARTS. Arul 9W2OCX memaklumkan bahawa terlibat dengan pameran berkaitan belon kaji cuaca.


Sebelum pergi lebih jauh, mengkaji fakta penerbangan terlebih dahulu. Radiosonde 2405015837 telah mendarat jam 21:18:12 di Bukit Changgang. Koordinat 2.82298 darjah Utara dan 101.62971 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 221m dan altitud ketinggian maksimum 28,409m.


Merujuk peta di atas belon telah jatuh di Jalan Intan Kanan. Manakala, merujuk gambar satelit jatuh belakang rumah orang yang dikelilingi tumbuhan hijau.


Pergerakan boleh dilihat di APRS juga. Namun, jika ingin monitor pergerakan paling tepat melalui laman sesawang SondeHub. Sekurang-kurangnya kewujudan belon di APRS bolehlah mengetahui pergerakan.


Arul 9W2OCX yang berada di tapak Karnival berjaya mendapat isyarat radiosonde yang baru jatuh tersebut. Berjaya juga mencerap koordinat belon yang jatuh di Jalan Intan Kanan.

Credit 9W2OCX

Jarak 1012 m merupakan jarak dari SK Bukit Changgang ke belon jatuh di Jalan Intan Kanan.

credit 9W2OCX

Manakala, jarak 945 m merupakan jarak peranti selepas dicerap menggunakan koordinat terkini.


Akhirnya tak sampai 2 minit menurut Arul 9W2OCX telah berjaya menemui peranti berdekatan pokok pisang. Stesen 9W2KQD telah membaca nombor siri sambil dipantau oleh Weerut 9W2RUT dan Mamu 9W2PRX dari Penang. Manakala, video ini diambil oleh Arul 9W2OCX.

Credit 9W2OCX
Kelihatan kotak ozonesonde ada dua buah di pameran kepada murid-murid. Gobox itu tidak pasti tujuan untuk apa. Manakala peranti yang comel berwarna oren untuk mendapat koordinat baru agakan penulis.

Credit 9W2OCX
Bahan maklumat berkaitan belon kaji cuaca dan radiosonde. Peranti-peranti radiosonde turut di pamer. Cebisan belon dan payung terjun turut dipaparkan.

Credit 9W2OCX

Papan litar, antena sensor, bateri dan pelbagai lagi dipemerkan untuk berkongsi maklumat radiosonde.

Credit 9W2OCX

Kain pemidang MARTS mengalu-alukan kehadiran pengunjung pada ruang pameran. Esok 28 September masih tinggal sehari untuk berkunjung ke karnival ini.


Acara 2m Net melalui rangkaian pengulang MARTS turut diadakan esok jam 10 pagi. Pengawal rangkaian ialah Azmie 9W2HAS. Marilah memeriahkan di jalur esok agar para pengunjung boleh melihat komunikasi radio amatur berjalan.

Selamat berkunjung!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA Radiosonde 2404015837 jatuh di Bukit Changgang

  Pada malam ini belon KLIA radiosonde 2405015837 telah jatuh di Bukit Changgang, Banting. Kebetulan juga, pada hari ini telah diadakan Karn...