Pagi ini semasa menghala ke Bukit Lada, Sepang telah terperasan batu tanda aras pada konkrit pembentung parit. Konkrit tersebut berada di Kampung Lembah Paya Jalan Sepang laluan B48. Rasanya ini batu tanda aras terakhir jalan lama atau jalan asal. Ini kerana selepas simpang empat Bandar Enstek dan Litar F1, jalan ke Sepang telah dinaik taraf menjadi empat lorong. Sudah pastilah pelebaran jalan ini turut menyodok batu tanda aras yang berada ditepi jalan sedia ada.
Plat batu aras kali ini diletakkan di atas headwall culvert. Sudah perasan spray BM pada dinding pembentung ini. Nampak dome pada plat sudah pastilah ia batu tanda aras yang dicari. Selalunya tulisan spray BM dapat dilihat dari jauh penyelamat misi pencarian.
Headwall culvert tepi jalan utama yang masih tinggal. Jikalau bahagaian jalan ini turut dinaiktaraf. Pastilah pembentungan parit ini pastilah diganti baharu juga. Maka plat B 1860 ini akan hilang juga.
Spray merah tulisan BM nampak lusuh. Memandang mata Penulis adalah tajam pastilah tidak terlepas dari pandangan semasa memandu. Nampak pula ada konkrit atas headwall culvert tersebut. Sudah tentulah perlu direkodkan.
Koordinat 2.774479 darjah Utara dan 101.752284 darjah Timur. Dokumentasi batu aras ini penting sebagai rekod kewujudan monumen hak milik kerajaan yang harus dipelihara dengan baik.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

.jpg)



No comments:
Post a Comment