Portable di tingkat 13 memberi aku peluang yang luas untuk monitor mana-mana jalur di Melaka ini.Seperti biasa menggunakan handy dengan antena rubber duckies memantau mana-mana frekuensi. Cuba-cuba simplex 145.400MHz memanggil mana-mana rakan telah dijawab oleh 9M2TRX radio operator Kamarul di basenya Kg Gelam. Sebenarnya aku QSO di hamsphere sehari sebelumnya tak sangka pula bersimplex bersamanya.
Kemudian monitor 147.700MHz Jasra kedengaran beberapa rakan sedang monitor seperti 9W2LCM, 9W2LXN, 9W2BIZ dan YF5VTR. 9M4RBC juga dapat diterima dengan baik 5 9 dan juga semua jalur komersial di pengulang Genting Highlands.
Keesokkan paginya aku kedengaran rakan bermobile QSO iaitu 9W2ZNL dengan 9W2KRT. Abg Zainal 9W2ZNL sedang mobile ke Port Dickson melalui Sg Udang ketika itu manakala Abg Sharil atau karat baru pulang dari saltmine ke base di Batu Berendam. Apabila mereka berdua tidak dapat lagi copy dan QRT aku cuba memanggil dan dijawab oleh karat dicopy dengan baik 5 9. Jadi dapatlah salam contact kenal di udara. Ada kelapangan dan kesempatan boleh QSO lagi jumpa dan jumpa lagi. Selepas itu aku breakfast bersama xyl dan pulang semula ke bilik selepas itu sambil monitor sebelum check out jam 12 tengahari.
73, Jojet, 9W2DYA
No comments:
Post a Comment