9M2SE dlm Practical Wireless bulan Ogos 2013


Jalan-jalan mencari majalah kegemaran aku CQ Amateur Radio terjumpa pula majalah Practical Wireless bulan lapan. Belek punya belek terlihat gambar rakan-rakan 9M2SE dalam satu artikel dalam majalah itu.



Oleh kerana ada artikel itu akupun menyambar majalah itu tanpa berfikir dua kali.





Bukan apa sebab ada gambar rakan masuk majalah yang dibaca oleh rakan ham serata dunia. Pasti menjadi kebanggaan gambar dari 9M land terpampang didada majalah itu.

Oleh kerana bahan bacaan mengenai radio  amatur dipasaran tempatan kurang dan mengharapkan dari luar sekurangnya dapat menambah pengetahuan dan meluaskan pandangan.





Peristiwa luar negara dan teknologi terkini dapat diketahui apabila kita menambah pengetahuan dengan membaca. Walaupun zaman digital kini maklumat dihujung jari, membaca majalah tetap menjadi pilihanku.

Zaman berubah dengan teknologi semakin pesat menyebabkan banyak syarikat penerbitan buku dan majalah serta surat khabar terpaksa gulung tikar kerana kurang mendapat sambutan. Dek kerana generasi kini lebih tergila-gila dengan pelbagai gajet yang memudahkan mereka mandapat maklumat dihujung jari.

Hidup tanpa internet seperti kekurangan sesuatu yang amat besar. Setiap detik pasti ingin dihubung melalui internet sahaja. Perubahan teknologi secara tidak langsung turut mengubah kehidupan adat dan budaya sesebuah bangsa.

Walaubagaimanapun, untungnya ada ilmu pengetahuan radio membolehkan kita tetap berhubung walaupun sistem komunikasi yang lain tidak dapat berfungsi. Tanggungjawab besar dipikul bagi membantu perhubungan yang terputus disambung semula. Itulah peranan perkhidamatan radio amatur di mana-mana sahaja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

Nagoya Antenna UT-108UV


Antena Nagoya UT-108UV telah digunakan di jelopi dan keupayaannya sangat mengagumkan. Aku hanya menggunakan antena ini untuk tracker APRS.

Terima Kasih 9W2EDU Ikmal yang membekalkan antena cili padi yang baik ini.

Antena yang baru dapat aku planning nak guna untuk igate baru di saltmine. Harap dapat berfungsi dengan baik disekitar kawasannya. Bila ke saltmine nanti boleh dapat igate dengan baik dari Bangi hingga ke Cheras dengan menggunakan low watt sahaja. Sejak 9W2WEE-3 sudah down terpaksalah menggunakan high power untuk mendapat packet dengan baik. Nasib baik 9W2CEH-3 terus berfungsi baik disekitar kawasan Bangi hingga ke Cheras.

Manakala digipeater 9M4RTB-3 di Gunung Telapak Buruk terus memberi liputan yang meluas dibahagian selatan Selangor. Packet aku dari 9M4RTB-3 telah mencapai 1080 pada bulan ini. Oleh itu, apabila mengaktifkan aprs dibase dengan mudah mencapai 9M4RTB-3. Selagi bateri radio tidak kong maka packet akan dapat diperolehi dengan mudah dari puncak gunung itu.

Selain itu, window yang cantik dari base aku memudahkan penerimaan packet. Kalau cuaca baik, dari window base boleh melihat kedudukan puncak gunung Telapak Buruk ini. Tidak hairanlah ia terus ke 9M4RTB-3 yang lebih jauh berbanding 9W2CEH-3 lebih dekat di Bangi.

Lagi satu perkara yang menarik adalah kedudukan antena cili padi ini turut mempengaruhi penerimaan packet. Aku meletak antena cili padi di tepi tingkap pemandu bukannya ditengah-tengah atas bumbung kereta.

Jika aku meletak diatas tengah-tengah bumbung kereta aku akan mendapat 9W2CEH-3 yang lebih dekat dengan base. Sebaliknya jika letak ditepi bumbung kereta dibahagian pemandu sudah pasti aku akan mendapat 9M4RTB-3 lebih jauh dari base.

Sejak menggunakan tracker ini, aku lebih senang meletakkan antena ditepi bumbung bahagian pemandu berbanding kebiasaannya ditengah-tengah. Sememangnya terdapat perbezaan yang nyata letakan kedudukan antena itu.

Pada pemerhatian aku, penerimaan packet yang sangat baik adalah letakan ditepi bumbung berbanding dengan letakan ditengah-tengah.



Jika rakan terlihat jelopi aku yang berantena cili padi itu untuk cuba memanggil-manggil. Minta maaf jika panggilan tidak bersahutan kerana antena itu adalah digunakan untuk tracker bukannya sambung ke rig. Namun aku hanya standby handy untuk menyahut mana-mana pangilan rakan-rakan jika terserempak dengan jelopi.
 ini.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

Emcomm exercise in Malaysia

The 'battery only' power training exercise in Malaysia last Saturday, aimed at passing messages and testing day-time propagation paths, involved around 30 radio amateurs who were assisted by five shortwave listeners.
IARU Region 3 Disaster Communications Committee's Johnny Tan 9M8DB noted that some drove 800km from Kuching to Miri for the exercise that tested paths between west to east Malaysia, and most certainly prepared everyone involved for disaster communications.
The emcomm message handling exercise on voice was a success. Due to some missing connectors lost in transportation the use of PSK31 had to be postponed to a later date.
However Johnny 9M8DB said an officer from the Malaysian Commission for Multimedia and Communications (MCMC) Gidah Menon 9W2GM was very impressed with the ability to conduct the training and to achieve the results.
Propagation between West Malaysia and East Malaysia proved to be best on 20 metres, but not as good on 40 metres and 15 metres. The Near Vertical Incidence Skywave (NVIS) exercise proved to be a great success with the low slung wire antennas.
The three battery-operated remote sites were about 50km away by road from the Miri Operations Centre which was operating on 5 watts PEP and using NVIS antennas.
The event assessors, the MCMC officer and two senior Malaysia Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) members gave the exercise high marks overall.
This was based on the speed at which the three teams located and accessed their remote sites given GPS coordinates only, installation of the antennas, general station setup and the efficiency of message handling.
More exercises will be organised giving more people the chance to be involved with special emphasis on the efficiency of message handling.
Those involved were:
In Miri, Shaheedan Bin Abdul Wahab 9M8MBB, Iqbal Abdollah 9W8IQA, Rolan Noel Brooke 9W8ICE and Johnny Tan 9M8DB. They were supported by SWLs Amri Bin Hj. Azmi, Ahmad Maulana Bin Mohamed Jadit, Empari Hong, Leitim Binti Andau, and Sylvester Anak Rendah.
In Kuching, Liew Chung Haw 9W8CH, Alan Ming Addie 9M8MA, Pung Tiong Seng 9W8PTS, Keith Kong 9W8KIF, Saimi Bin Haji Suhaili 9M8MET, Daniel Vong Wei Liang 9W8VWL, Allpa Mohamed 9M8ADX, Aldrin 9M8WAT, Wong Kong Fui 9W8WKF.
In West Malaysia at the MARTS 9M4CMN Clubhouse, Segamat, Johor, using a Kenwood TS450, Triband beam, mono band 15m 2-element homebrew, NVIS dipole, and equipment such as a generator and battery on standby, were:
Chai Chuan Tat 9M2VAV, Choy Chee Keong 9W2PCK, and Abu Zuhair Abu Hanipah 9W2ZSJ.
At Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan, an IC706Mk11g, FT817ND fed a delta-loop on 15m and NVIS on 40m, involved:
Wan Abd Rahim Bin Wan Ibrahim 9M2ART, Azuddin Bin Ab Rahman 9M2CIO, Ahmad Azam Bin Muhammad 9W2AEC, Zulkharnaim Bin Zahari 9W2CZK, Mohd Aswari Bin Lah@Abdullah 9W2BW, Ivan Leow Hun Lin 9W2IVA, Ng Seng Thong 9W2KZT, Ab.Llah Bin Hamat 9W2AKL, Zawawi Bin Ismail 9W2TWI, Muhamad Helmi Bin Abdullah 9W2GBD.
From MARTS were: Hj. Aris Benawi 9M2IR, Deen Atan 9M2DA, Ahmad Sabri Saad 9W2SQ, Hj. Zulfadzli Hj Ahmad 9W2ZF.
Jim Linton VK3PC Chairman IARU Region 3 Disaster Communications Committee.

http://www.southgatearc.org/news/september2013/emcomm_exercise_in_malaysia.htm#.UjnaRNJkPEg

Maut sesak nafas panjat gunung

Oleh Adnan Ibrahim

Kluang: Aktiviti memanjat gunung yang dilakukan lelaki berusia 46 tahun dan disertai 16 rakan serta keluarganya di Gunung Lambak, di sini, berakhir tragedi apabila dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika berada pada ketinggian 300 meter dari aras laut, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Yong Nyuk Nin, 46, dikatakan tiba-tiba rebah menyebabkan keluarga dan rakan yang panik menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, empat anggota polis serta 11 anggota Bomba dan Penyelamat Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Penguasa Kanan Akob Sidik yang mengetuai pasukan menyelamat berkata, mangsa ditemui jam 11.30 pagi.

Akob berkata, pasukannya bersama anggota perubatan dari Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, di sini, menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal.

“Kami cuba memberikan bantuan pernafasan dengan menggunakan oksigen kepada mangsa, namun tidak berhasil, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.


FotoANGGOTA bomba membawa turun mayat Yong di Gunung Lambak, semalam.
“Sebelum itu, isteri mangsa, Wong Sock Peng, 39, yang turut serta dalam aktiviti berkenaan sesak nafas dan diberikan bantuan awal serta dibawa turun menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Pasukan Radio Komuniti Amatur Kluang yang kebetulan memasang antena di atas gunung itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berdepan masalah untuk menurunkan mayat mangsa kerana keadaan jalan yang curam.

Katanya, usaha menurunkan mayat mangsa dari tempat kejadian selesai sepenuhnya jam 2.30 petang sebelum mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/17
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Mautsesaknafaspanjatgunung/MA/Article

Berita di atas yang berlaku di Gunung Lambak semalam dapat aku ketahui terlebih dahulu melalui FB. Rakan FB telah memaklumkan tentang satu kejadian operasi dan menyelamat koordinasi oleh 9W2JNX - Wilayah 51 bersama bomba & JPAM & BSMM
di Gunung Lambak, Kluang.


Status ditulis jam 12.15 tengahari bertarikh 16 September 2013. Rakan fb tersebut menulis bahawa dimaklumkan pendaki diserang sakit jantung.. CPR sedang dilakukan. Seterusnya maklumat yang disampaikan  pendaki warga awam mendaki gunung lambak. serangan jantung di pertengahan gunung lambak, kluang. mangsa berbangsa cina, menunggu pengesahan medic. isteri mangsa sedang dibawa turun ditulis pada jam 12.59 tgh.
 
Seterusnya maklumat diberi ZWT, SFU ada sama.. dan rakan-rakan V51 yang sedang membaik pulih repeater 9M4RAK.
9W2JNX koordinate from base. ground crew head by 9W2TYL
 
Lagi pada jam 1.36 petang trafik yang diberi  terakhir: lokasi kejadian 320 meter dari aras laut. Manakala trafik yang terakhir adalah 2.15 operasi selesai...
 
Begitulah rentetan peristiwa yang disampaikan oleh rakan FB dalam statusnya juga merupakan rakan ham Saidin 9W2DCG.
Tidak lupa juga rakan ham komuniti Kluang yang bertungkus-lumus memberikan bantuan hingga tersiarnya berita didada akhbar.
 
Ini telah mengharumkan nama radio amatur yang sedia memberi bantuan kecemasan disaat memerlukan. Syabas dan tahniah.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
http://9w2dya.blogspot.com

 

Pendaki Gunung Tebu terkandas selamat dibawa turun

Pendaki Gunung Tebu terkandas selamat dibawa turun

Anggota-anggota penyelamat mengusung seorang pendaki yang mengalami kekejangan otot untuk dibawa turun dari atas Gunung Tebu di sini, hari ini.

12 September 2013
BESUT - Lima belas pekerja kilang elektronik dari Pulau Pinang serta seorang jurupandu arah tempatan yang terkandas hampir 19 jam di Gunung Tebu, di sini selamat dibawa turun oleh pasukan penyelamat hari ini.

Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun itu berjaya dibawa turun kira-kira pukul 2.35 petang ini oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Renjer Hutan.

Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, kesemua mangsa yang terdiri daripada tujuh lelaki warganegara Malaysia dan lapan wanita warganegara asing itu selamat namun dalam keadaan letih dan lapar.

Menurut jurupandu arah, Abdullah Zakaria, 28, mereka mula terkandas di sekitar kawasan gunung itu kira-kira pukul 5 petang semalam selepas mengambil masa lima jam perjalanan dari kaki Gunung Tebu.

Katanya ketika mendaki pada ketinggian 4,950 meter dari kaki bukit itu, kumpulan pendaki berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran cuaca yang gelap berserta hujan dan permukaan licin selain ada di kalangan mereka mengalami kekejangan otot.

"Kami mula mendaki kira-kira pukul 10.30 pagi semalam namun ketika sampai di pertengahan pendakian, saya terpaksa hentikan perjalanan para pendaki itu selama sejam kerana hari mulai hujan selain ada yang mengalami kecederaan.

"Memburukkan lagi keadaan, dua peserta wanita kumpulan itu turut diserang histeria dan memaksa saya menghubungi beberapa rakan serta pasukan penyelamat untuk meminta bantuan membawa mereka turun," katanya yang menggambarkan keadaan para pendaki berkenaan sukar diredakan.

Menurut Abdullah, sepanjang bekerja sebagai jurupandu arah selama lapan tahun di Gunung Tebu, ini kali pertama beliau mengalami situasi sedemikian.

Sementara itu seorang pendaki berasal dari Perlis, Tharin Suwanmani, 30, berkata ini merupakan pengalaman pertamanya bersama rakan sekerja dalam aktiviti mendaki gunung dan pengalaman pahit mereka setelah terkandas di dalam hutan gunung.

"Walaupun saya tidak sampai ke puncak gunung tersebut, tidak mengapalah... janji kami semua selamat dibawa turun. Saya memang tidak sangka akan berlaku kejadian ini, namun saya tidak serik untuk mendaki lagi," katanya. - Bernama

Berbasikal ke penghujung benua Asia

9W2SNR Nor Muzammil

siap solar panel lagi

9W2SNR & 9W2DYA


So good
 

depan dan belakang ada pannier


red fox




Pannier di belakang



senangnya ada trailer



Body Trek Helmet Bell

 
Bersedia untuk pengembaraan


Senyum sebelum menghadapi cabaran seterusnya


Cyclist from Singapore
 



tayar golek


Pak Am dan Jojet
 

penuh bakul

 
 
sedia untuk berlepas


Wak Jan dan Pak Am




https://maps.google.com/maps/ms?msid=203005630348320718737.0004e23efeb2663665d9b&msa=0&ll=2.262595%2C103.282471&spn=2.744179%2C4.938354


 Alamat website di atas adalah google map tentang program kayuhan Kemuncak Tertinggi Asia ke Penghujung Daratan Benua Asia.

9W2SNR Nur Muzammil telah mewar-warkan program ini diFB terlebih dahulu. Kebetulan pula turut serta bersama adalah pendaki Everest yang merupakan Jurulatih Everest Felda pada bulan Mei lalu.

Kesempatan ini aku ambil untuk bersalaman didaratan bersama 9W2SNR dan berjumpa sahabat lama sependakian Pak Am yang berjaya menawan bumbung dunia itu.
Program yang bermula pada hari ini 13 September 2013 hingga 17 September 2013.

Oleh kerana aku kelapangan membolehkan rancangan untuk berjumpa dengan kumpulan kayuhan dilokasi yang sesuai.
Sebelum berjumpa aku perlu mengetahui lokasi terkini bagi mengikuti pergerakan perjalanan melalui sms.

Apabila kumpulan kayuhan ini semakin hampir maka bolehlah membuat janji dilokasi yang sesuai. Kumpulan ini terbahagi kepada dua kerana berlepas di tempat yang berbeza. 9W2SNR berlepas dari Seri Kembangan manakala Pak Am bersama Wak Jan dari Shah Alam. Mengikut perancangan akan bertemu di simpang Bandar Enstek dekat Litar F1.

Aku bertemu Nur Muzammil di Petronas Bandar Baru Salak Tinggi yang ketika  itu sedang berehat bersama lima orang pengayuh. Empat orang rakan kayuhan berasal dari Singapura yang ingin membuat pengembaraan pulang ke negara mereka semula.

Walaupun pertama kali bertemu sikap mesra dan ramah menyenangkan hatiku. Semoga perjalanan mereka lancar tanpa menghadapi masalah yang besar. Pelbagai jenis basikal dapat dilihat membuatkan seolah-olah ingin memanggil aku turut bersama berkayuh.

Selepas kumpulan pertama berlepas melalui Pekan Salak aku terus memandu ingin berjumpa dengan Pak Am  dan Wak Jan pula. Berdasarkan lokasi yang diberitahu oleh Nor Muzammil mereka sedang berehat-rehat dibawah jambatan yang menghadap KLIA.

Kemudian Pak Am pun menelefon aku bertanyakan lokasiku dan menjawab ketika itu aku bersama kumpulan Nor Muzammil.

Tanpa membuang masa selepas mereka memulakan tayar golek aku terus ke tempat Pak Am berada. Aku memandu ke jalan LCCT untuk melihat kelibat dua orang pengembara itu. Akhirnya aku melihat dua basikal 500 meter dipersimpangan LCCT dan F1.

Terus berhenti dihadapan mereka dan bersalaman didaratan. Tentu mereka lebih keletihan kerana memulakan kayuhan selepas subuh melalui Jenjarom. Akupun bertanya khabar dan mengambil beberapa keping gambar. Aku menyampaikan maklumat bahawa kumpulan pertama sudahpun bergerak ke tempat pertemuan.

Selepas bersalaman dan ucap selamat aku terus memandu pulang ke base melalui Pekan Salak. Ketika di Pekan Salak aku selisih dengan kumpulan pertama itu.

Harapan dan doa agar semua rakan kayuhan ini selamat ke tempat yang ingin dituju. Mana-mana rakan yang berkesempatan boleh bersalaman di sepanjang laluan yang akan dilalui seperti didalam google map di atas. jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com
 


 
 
 
 
 
 

MARL NATIONAL FIELD DAY 2013

MARL NATIONAL FIELD DAY 2013.

Date: 15th Sept 2013 - 16th Sept 2013 .

Time: 0930 hrs MST 15/9/2013 ( Sunday )

to 1000 hrs MST 16/9/2013 ( Monday )

16th Sept 2013 (Hari Malaysia) Monday
...
Time: 0930hrs

All station should check in to MALAYSIAN 40 Meter Net. (7.130Mhz)

Time: 0930hrs

Objective:

The main objective of this day is to help increase the speed of an operator while he is transporting, assembling and finally operate his equipment in his field. So strictly no permanent structures are allowed as the main criteria being tested is adaptability. The benefits of Field Day are immense as you will notice that a number of HAM Radio operators provide very good and high quality coverage in disastrous as well as emergency situations. A good example of the brilliant job that these operators are doing is during floods , landslide and etc. During Field Day, the operators are tested on how fast and well they are able to put up their amateur stations in conditions that are not favorable.

To work as many stations as possible on any and all amateur bands and in doing so to learn to operate in abnormal sitiuations in less than optimal conditions. A premium is placed on developing skills to meet the challenges of emergency prepadness as well as to acquait the general public with the capabalities of Amateur Radio



15th Sep 2013 Sunday (0930hrs)

Educational Activities (Local Activity at various Field Day Station)

Propose Activities..get SWL 9Ws, 9Ms

1. Setup Station HF/VHF/UHF

2. Power Supply / ATU / Grounding

3. Antenna System (Built A simple 40M Dipole Antenna) or etc.

4. Test run all radio system using Battery / Genset

5. Any activities related to Radio Hams.



16th Sept 2013 (Hari Malaysia) Monday

Time: 0930hrs

All station should check in to MALAYSIAN 40 Meter Net. (7.130Mhz)

Time: 0930hrs

Thank you.
 
National Field Day Overview

Field Day is officially an operating event not a contest. The purpose remains today as it did in the beginning: to demonstrate the communications ability of the amateur radio community in simulated emergency situations. Groups of ham use Field Day as a literal “show and tell” exhibition. Amateur radio brings together its resources to show officials in government and various agencies what “amateur radio can do.” The Field Day brings together new and experienced hams for 24 hours of operating fun. 15 - 16 September 2013, time to start gearing up for MARL National Field Day 2013.


What is it?

Field Day is an emergency preparedness excercise that allows ham radio operators to test their emergency skills. The event also serves to raise awareness about the Amateur Radio Service. The goal is to simulate emergency conditions by setting up "in the field" and operate using emergency power and to make contact with as manyother Field Day stations as possible.

Operators set up stations that run off of battery and generator power and use antennas strung over trees or portable masts which is easy to setup. It is important to have a back up station ready for portable/mobile/ use. They are the last link of communication when all else fails.


When is it?

Operations will commence at 21:00 hrs MST on Sunday, September 15th and continue until 21:00 hrs MST on Monday, September 16th 2013.

Who is invited?

Anyone and everyone, young and old, are encouraged to come visit the MARL National Field Day site. If you're an experienced operator and want to come help operate, please do! If you're new to the hobby, or know nothing about it, this is a fantastic opportunity to come learn more about it and see hams in action!

The benefits of such a system to emergency relief operations should be obvious. In fact the system has demonstrated it’s value time after time during earthquakes, forest fires and other disasters. And all of this capability is provided by volunteers who continuously hone their technical skills and acquire/build/maintain their own equipment. These skilled radio engineers and operators along with their equipment combine into a seriously important resource for emergency communications. And the annual event that tests their readiness is called “Amateur Radio Field Day”.

For Amateur Radio operators (Hams) Field Day is a big deal. In addition to exercising their ability to set up and operate a massive emergency communications network the event also has some fun aspects. Field Day is also a big challenge where stations compete to make the most contacts on as many frequencies and modes as possible.

And there is the social aspect that usually involves food and ancillary outdoor family activities. This is also the major Amateur Radio annual public awareness event. If you are interested in learning about Amateur Radio or more specific radio communications technologies and techniques then visiting your local Field Day site should net you the information you seek. You can sit at home and theorize, but when you get out in the field, sometimes you need to re-form your ideas around reality. You will find many knowledgeable people who will welcome you and be happy to answer your questions. You might even get invited to stay for lunch and/or dinner.

The National Field Day 2013 event is coordinated by the national association for Amateur Radio; the Malaysian Amateur Radio League (MARL).
 

Pemandangan Bukit Broga dari Udara oleh Paramotor team





































 
 


credit to Delta Mike Lima


Rupanya pemegang lesen radio amatur juga mempunyai hobi yang lain. Antara pemegang lesen radio amatur yang aktif dengan aktiviti rekreasi udara Paramotor adalah 9W2DML, 9W2WMT, 9W2SFI, 9W2PWA dan 9W2NMT.

Gambar di atas adalah diambil oleh 9W2DML semasa melakukan penerbangan pada 8 September di ruang udara Semenyih. Seramai enam stesen telah melakukan aktiviti ini selama lebih kurang satu jam setengah. Take-off di kawasan di satu perumahan di Semenyih.

Sekali lagi penghargaan kepada 9W2DML Hairi atas keizinan menggunakan gambarnya di dalam blog ini.

Semoga banyak lagi gambar ruang udara diambil untuk tatapan peminat bersama. Kalau ada tracker APRS lebih menarik semasa penerbangan dibuat. Bolehlah rakan monitor di aprs.fi dan juga dapat menguji digipeater dan igate di kawasan persekitarannya.

Sekian, Terima Kasih.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...