Total Pageviews

Saturday, September 28, 2013

9M2SE dlm Practical Wireless bulan Ogos 2013


Jalan-jalan mencari majalah kegemaran aku CQ Amateur Radio terjumpa pula majalah Practical Wireless bulan lapan. Belek punya belek terlihat gambar rakan-rakan 9M2SE dalam satu artikel dalam majalah itu.



Oleh kerana ada artikel itu akupun menyambar majalah itu tanpa berfikir dua kali.





Bukan apa sebab ada gambar rakan masuk majalah yang dibaca oleh rakan ham serata dunia. Pasti menjadi kebanggaan gambar dari 9M land terpampang didada majalah itu.

Oleh kerana bahan bacaan mengenai radio  amatur dipasaran tempatan kurang dan mengharapkan dari luar sekurangnya dapat menambah pengetahuan dan meluaskan pandangan.





Peristiwa luar negara dan teknologi terkini dapat diketahui apabila kita menambah pengetahuan dengan membaca. Walaupun zaman digital kini maklumat dihujung jari, membaca majalah tetap menjadi pilihanku.

Zaman berubah dengan teknologi semakin pesat menyebabkan banyak syarikat penerbitan buku dan majalah serta surat khabar terpaksa gulung tikar kerana kurang mendapat sambutan. Dek kerana generasi kini lebih tergila-gila dengan pelbagai gajet yang memudahkan mereka mandapat maklumat dihujung jari.

Hidup tanpa internet seperti kekurangan sesuatu yang amat besar. Setiap detik pasti ingin dihubung melalui internet sahaja. Perubahan teknologi secara tidak langsung turut mengubah kehidupan adat dan budaya sesebuah bangsa.

Walaubagaimanapun, untungnya ada ilmu pengetahuan radio membolehkan kita tetap berhubung walaupun sistem komunikasi yang lain tidak dapat berfungsi. Tanggungjawab besar dipikul bagi membantu perhubungan yang terputus disambung semula. Itulah peranan perkhidamatan radio amatur di mana-mana sahaja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment