9W2SNR Nor Muzammil |
siap solar panel lagi |
9W2SNR & 9W2DYA |
So good |
depan dan belakang ada pannier |
red fox |
Pannier di belakang |
senangnya ada trailer |
Body Trek Helmet Bell |
Bersedia untuk pengembaraan |
Senyum sebelum menghadapi cabaran seterusnya |
Cyclist from Singapore |
tayar golek |
Pak Am dan Jojet |
penuh bakul |
sedia untuk berlepas |
Wak Jan dan Pak Am
https://maps.google.com/maps/ms?msid=203005630348320718737.0004e23efeb2663665d9b&msa=0&ll=2.262595%2C103.282471&spn=2.744179%2C4.938354
Alamat website di atas adalah google map tentang program kayuhan Kemuncak Tertinggi Asia ke Penghujung Daratan Benua Asia. 9W2SNR Nur Muzammil telah mewar-warkan program ini diFB terlebih dahulu. Kebetulan pula turut serta bersama adalah pendaki Everest yang merupakan Jurulatih Everest Felda pada bulan Mei lalu. Kesempatan ini aku ambil untuk bersalaman didaratan bersama 9W2SNR dan berjumpa sahabat lama sependakian Pak Am yang berjaya menawan bumbung dunia itu. Program yang bermula pada hari ini 13 September 2013 hingga 17 September 2013. Oleh kerana aku kelapangan membolehkan rancangan untuk berjumpa dengan kumpulan kayuhan dilokasi yang sesuai. Sebelum berjumpa aku perlu mengetahui lokasi terkini bagi mengikuti pergerakan perjalanan melalui sms. Apabila kumpulan kayuhan ini semakin hampir maka bolehlah membuat janji dilokasi yang sesuai. Kumpulan ini terbahagi kepada dua kerana berlepas di tempat yang berbeza. 9W2SNR berlepas dari Seri Kembangan manakala Pak Am bersama Wak Jan dari Shah Alam. Mengikut perancangan akan bertemu di simpang Bandar Enstek dekat Litar F1. Aku bertemu Nur Muzammil di Petronas Bandar Baru Salak Tinggi yang ketika itu sedang berehat bersama lima orang pengayuh. Empat orang rakan kayuhan berasal dari Singapura yang ingin membuat pengembaraan pulang ke negara mereka semula. Walaupun pertama kali bertemu sikap mesra dan ramah menyenangkan hatiku. Semoga perjalanan mereka lancar tanpa menghadapi masalah yang besar. Pelbagai jenis basikal dapat dilihat membuatkan seolah-olah ingin memanggil aku turut bersama berkayuh. Selepas kumpulan pertama berlepas melalui Pekan Salak aku terus memandu ingin berjumpa dengan Pak Am dan Wak Jan pula. Berdasarkan lokasi yang diberitahu oleh Nor Muzammil mereka sedang berehat-rehat dibawah jambatan yang menghadap KLIA. Kemudian Pak Am pun menelefon aku bertanyakan lokasiku dan menjawab ketika itu aku bersama kumpulan Nor Muzammil. Tanpa membuang masa selepas mereka memulakan tayar golek aku terus ke tempat Pak Am berada. Aku memandu ke jalan LCCT untuk melihat kelibat dua orang pengembara itu. Akhirnya aku melihat dua basikal 500 meter dipersimpangan LCCT dan F1. Terus berhenti dihadapan mereka dan bersalaman didaratan. Tentu mereka lebih keletihan kerana memulakan kayuhan selepas subuh melalui Jenjarom. Akupun bertanya khabar dan mengambil beberapa keping gambar. Aku menyampaikan maklumat bahawa kumpulan pertama sudahpun bergerak ke tempat pertemuan. Selepas bersalaman dan ucap selamat aku terus memandu pulang ke base melalui Pekan Salak. Ketika di Pekan Salak aku selisih dengan kumpulan pertama itu. Harapan dan doa agar semua rakan kayuhan ini selamat ke tempat yang ingin dituju. Mana-mana rakan yang berkesempatan boleh bersalaman di sepanjang laluan yang akan dilalui seperti didalam google map di atas. jumpa dan jumpa lagi 73, Jojet, 9W2DYA http://9w2dya.blogspot.com |
There is a chance you qualify for a new solar energy program.
ReplyDeleteClick here and find out if you are qualified now!