Total Pageviews

Thursday, September 5, 2013

Hari Merdeka di Pulau Indah 9M2SE


Tanggal 31 bulan lapan aku berada di Pulau Indah untuk menjengah rakan dxing menggunakan tanda panggilan khas iaitu 9M2SE. Selain itu, tujuan sebenar aku ke sana adalah untuk berjumpa Weerut 9W2RUT untuk mengambil baju Malaysia APRS Group yang telah ditempah.


Aku memulakan perjalanan dari Bangi tepat jam 8 pagi melalui Dengkil dan terus ke LDP kerana tiada tol dikenakan sempena Kemerdekaan. Terus ke KESAS dan hingga masuk Pulau Indah. Aku ke jeti cruise untuk mengisi perut dan sambil itu sms kepada Weerut tentang QTH dxing ini dibuat.

Selepas mendapat maklumat yang diberi terus memandu mengikut arahan yang diberi. Keluar semula ke jalan besar sebelah kanan hingga simpang kawasan pembinaan seperti yang diperkatakan. Akupun kurang pasti adakah itu simpang yang Weerut perkatakan dan terus terlajak ke depan. Akupun berhentikan jelopi dan menelefonya tentang kedudukan sebenar. Berdasarkan maklumat yang diberi ternyata simpang itu masuk ke tempat dxing. Bila patah balik ke jalan itu barulah nampak papan tanda ke Laguna park.




Masuk sahaja arah ke laguna park aku terus memanggil di V40 dan disahut oleh Weerut untuk menunjukkan arah ke tempat kejadian. QSO bermobile menggunakan handy sahaja dapat dicopy dengan baik sekali menunjukkan hampir dengan tempat yang dituju.

Sampai di gazebo QTH dxing dijalankan aku disambut oleh Weerut 9W2RUT, Pak Rosli 9M2RHQ, Abg Hamid 9M2TPT manakala stesen master Piju 9M2PJU sedang sibuk dengan radio untuk cq. Seorang lagi crew Abg Junaidy 9W2JDY sedang lena kepenatan dikhabarkan baru tiba dari Temerloh sebelah pagi itu.


Piju 9M2PJU sedang khusyuk  mode cw di band 10m dan 15m pada pagi itu. Sempatlah juga aku mengintai bagaimana pedal key digunakan.


Selama ini hanya melihat sahaja tanpa mengetahui bagaimana ia digunakan. Tak sia-sialah aku datang ke sini sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan baru.



Aku meninjau antena farm diluar dan mendapati terdapat tiga jenis antena didirikan. Yagi 2 element menarik perhatian aku.




Selain itu, antena dipole juga tidak kurang hebatnya untuk bekerja dengan lebih jauh lagi.



Manakala yang terakhirnya adalah vertical yang menegak memancarkan hingga ke mana sahaja. Pengetahuan tentang teknikal ini berkaitan antena sememangnya kurang. Apabila melihat  pelbagai jenis antena untuk dxing menambahkan lagi ilmu didada.



Lagi satu perkara aku dapat melihat isi kandungan  antena tuner yang hebat diperbincangkan oleh tiga orang rakan ham yang sangat berpengalaman ini iaitu 9M2TPT, 9W2RUT dan 9W2JDY.




Selepas propagasi tidak memberi kelebihan untuk cq 9M2PJU QSY ke band 40m QSO dengan rakan ham senegara. 9M2PJU QSO bersama 9M2NDO, 9M2ART/P dan 9M2RMT/P serta mode cw bersama 9M2AR.



Radio yang digunakan adalah Yaesu FT-897 all mode transceiver. Sehingga QRT 9M2SE telah berjaya mendapat  sebanyak 1063 QSO di band 20m hingga 10m. Tahniah kepada semua crew yang terlibat atas penganjuran dxing sempena menyambut Kemerdekaan ke 56.

Terima kasih kepada semua crew atas layanan sepanjang berkunjung melihat aktiviti ini dijalankan. Ada kelapangan bolehlah berjumpa lagi.

Sekian terima kasih dan penghargaan kepada 9M2PJU, 9W2RUT, 9M2TPT, 9M2RHQ dan 9W2JDY

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com


Lagi maklumat tentang 9M2SE Pulau Indah
http://9m2pju.blogspot.com/2013/09/9m2se-pulai-indah-iota-as-074-activation.html
http://www.qrz.com/db/9M2SE

5 comments: