Total Pageviews

Tuesday, September 17, 2013

Maut sesak nafas panjat gunung

Oleh Adnan Ibrahim

Kluang: Aktiviti memanjat gunung yang dilakukan lelaki berusia 46 tahun dan disertai 16 rakan serta keluarganya di Gunung Lambak, di sini, berakhir tragedi apabila dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika berada pada ketinggian 300 meter dari aras laut, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Yong Nyuk Nin, 46, dikatakan tiba-tiba rebah menyebabkan keluarga dan rakan yang panik menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, empat anggota polis serta 11 anggota Bomba dan Penyelamat Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Penguasa Kanan Akob Sidik yang mengetuai pasukan menyelamat berkata, mangsa ditemui jam 11.30 pagi.

Akob berkata, pasukannya bersama anggota perubatan dari Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, di sini, menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal.

“Kami cuba memberikan bantuan pernafasan dengan menggunakan oksigen kepada mangsa, namun tidak berhasil, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.


FotoANGGOTA bomba membawa turun mayat Yong di Gunung Lambak, semalam.
“Sebelum itu, isteri mangsa, Wong Sock Peng, 39, yang turut serta dalam aktiviti berkenaan sesak nafas dan diberikan bantuan awal serta dibawa turun menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Pasukan Radio Komuniti Amatur Kluang yang kebetulan memasang antena di atas gunung itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berdepan masalah untuk menurunkan mayat mangsa kerana keadaan jalan yang curam.

Katanya, usaha menurunkan mayat mangsa dari tempat kejadian selesai sepenuhnya jam 2.30 petang sebelum mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/17
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Mautsesaknafaspanjatgunung/MA/Article

Berita di atas yang berlaku di Gunung Lambak semalam dapat aku ketahui terlebih dahulu melalui FB. Rakan FB telah memaklumkan tentang satu kejadian operasi dan menyelamat koordinasi oleh 9W2JNX - Wilayah 51 bersama bomba & JPAM & BSMM
di Gunung Lambak, Kluang.


Status ditulis jam 12.15 tengahari bertarikh 16 September 2013. Rakan fb tersebut menulis bahawa dimaklumkan pendaki diserang sakit jantung.. CPR sedang dilakukan. Seterusnya maklumat yang disampaikan  pendaki warga awam mendaki gunung lambak. serangan jantung di pertengahan gunung lambak, kluang. mangsa berbangsa cina, menunggu pengesahan medic. isteri mangsa sedang dibawa turun ditulis pada jam 12.59 tgh.
 
Seterusnya maklumat diberi ZWT, SFU ada sama.. dan rakan-rakan V51 yang sedang membaik pulih repeater 9M4RAK.
9W2JNX koordinate from base. ground crew head by 9W2TYL
 
Lagi pada jam 1.36 petang trafik yang diberi  terakhir: lokasi kejadian 320 meter dari aras laut. Manakala trafik yang terakhir adalah 2.15 operasi selesai...
 
Begitulah rentetan peristiwa yang disampaikan oleh rakan FB dalam statusnya juga merupakan rakan ham Saidin 9W2DCG.
Tidak lupa juga rakan ham komuniti Kluang yang bertungkus-lumus memberikan bantuan hingga tersiarnya berita didada akhbar.
 
Ini telah mengharumkan nama radio amatur yang sedia memberi bantuan kecemasan disaat memerlukan. Syabas dan tahniah.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
http://9w2dya.blogspot.com

 

No comments:

Post a Comment