9W2DYA-1 diaktifkan


Igate 9W2DYA-1 diaktifkan setelah beberapa kali percubaan dibuat untuk disambung ke internet. Router TP-LINK MR 3020 ini telah digodam dengan firmware APRX dan dibantu dengan TNC.



Sebelum ia diaktifkan kita perlulah mensetkan ia agar dapat berfungsi dengan baik bersambung dengan internet. Buat masa ini ia disambung melalui internet di Bukit Mahkota Bangi.



Aku sedang bertungkus-lumus untuk menyambungkan ke wifi yang banyak terdapat disaltmine yang merupakan qth yang sepatut ia diletakkan. Harap ia berjaya dilakukan agar rakan di Cheras dapat menggunakan igate ini terutama yang menggunakan tracker seperti aku. Tidak lupa juga kepada Abg Bonar 9W2CEH yang turut membantu untuk mengetahui permasalahan yang terdapat dalam router ini ketika sesi Teamviewer. Ternyata ia berfungsi dengan baik cuma permasalahan internet yang harus disambungkan kepadanya.

Apabila ia berjaya disambung di Cheras nanti aku akan memastikan ia dapat memberi sumbang bakti kepada penggunanya dengan baik sekali.

Dengar khabar terdapat rakan di Alam Damai, akan turut memiliki router seperti ini tidak lama lagi. Maka, dengan adanya igate semakin bertambah mudahlah APRS akan terus berkembang.

Tidak lupa juga kepada Sharizal 9W2SZR yang membekalkan router yang baik dan mudah dipakai ini bagi tujuan pembangunan xtvt APRS terus berkembang pesat. Tidak lupa juga kepada Weerut 9W2RUT yang memberi trafik tentang igate ini.


73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...