Antena Quarterwave Ground Plane


Pada hari ahad 6 Oktober yang lalu aku mengambil antena yang ditempah daripada Pak Razif 9W2JQQ dibase stationnya di Balakong, Cheras. Sudah lama menunggunya akhirnya Pak Razif mamanggil untuk aku datang mengambil antena yang diidamkan ini. Cuma masalah aku sekarang tiada connector seperti dalam gambar di atas.




Antena ini  memang sangat sesuai untuk dipasang dibase aku. Sudah lama ingin memasangnya dibase baru kini aku berpeluang mendapatkannya hasil tangan Pak Razif 9W2JQQ yang sangat mahir menghasilkan antena homebrew ini. Bagi aku homebeli sahaja kerana tidak mahir untuk membuatnya walaupun telah mempelajarinya sewaktu Pak Razif mengadakan bengkel membuat antena di sini sewaktu masa dahulu.




Bagi meastikan ia dapat berfungsi dengan baik ia perlulah diuji terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pemilik baru. Ternyata ia dapat bekerja dengan baik sekali apabila radio report dibuat ia dicopy 5/9 oleh semua stesen.



Gambar base Pak Razif diambil dari bengkel turut menggunakan antena quaterwave ground plane yang dibuat sendiri.



Pada mulanya Pak Razif menguji pancar di jalur komersial SCS. Rakan telah copy dengan baik 5/9 oleh ke semua stesen. Selepas itu, QSY ke 9M4RBC pula turut mendapat copy dengan baik oleh semua stesen 5/9. Akhir sekali QSY ke RAKL turut menerima dengan baik oleh 9W2EMU.



Ternyatalah dengan hanya ketinggian seperti gambar di atas ia dapat bekerja dengan baik  di semua repeater di Genting.




Terima kasih sekali lagi kepada Pak Razif 9W2JQQ yang sudi menerima tempahan bagi menghasilkan antena ini. Antena merupakan satu elemen penting dalam hobi radio ini. Dengan adanya antena ini maka satu lembaran baru bagi aku untuk meneruskan hobi  yang saintifik ini untuk bersimplex pula.
Buat masa ini ia masih tersadai lagi dan belum dipacakkan dibumbung rumah. Bila dah terpacak nanti aku akan menguji pancar kehebatan antena homebrew ini untuk melihat ia bekerja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

2 comments:

  1. Salam bang.. nk tanya ada x lakaran rajah untuk antenna jenis ini..?
    kalau homebeli pulak brape pengerasnya bang
    tq 73, de 9w2dfc

    ReplyDelete
  2. Antena ini saya beli dari Pak Razif 9W2JQQ FB Mohd Razif Husaini boleh pm dia

    ReplyDelete

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...