Teruja berbual dengan angkasawan


Petikan akhbar Berita Harian bertarikh 10 Oktober khamis yang lalu menceritakan tentang 20 murid sekolah berkesempatan menanyakan soalan tentang kehidupan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kepada angkasawan Luca Parmitano KF5KDP.




Ia dikendali oleh Sangat Singh 9M2SS dibantu oleh Sion Chow QC komunikasi melalui radio amatur  di Stesen Satelit , Planetarium. Ia berlangsung pada Rabu jam 5.31 hingga 5.42 petang mengikut jadual laluan ISS melalui Malaysia.




Setelah diwar-warkan difb dan laman web tentang Program Komunikasi Secara Langsung dengan Angkasawan, aku mengambil kesempatan menunggu peluang keemasan yang jarang diperolehi monitor bersama swl Farouq di saltmine. Manakala swl Asrul monitor dijelopinya qth Semenyih.

Kami disaltmine menggunakan handy setiap seorang manakala swl Asrul monitor menggunakan rig dijelopinya. Memang hari bertuah kerana dapat copy audio dari ISS sangat baik  5/9.  swl Asrul sempat rakam 15 saat audio dan menghantarnya kepada kami melalui whatsapp. Audionya memang crystal clear lebih-;ebih menggunakan rig berbanding kami menggunakan handy sahaja.

Nasib baik menggunakan dua handy yang berbeza membolehkan kami memantau jika salah satu tidak dapat dicopy.  Harap tahun hadapan berkesempatan lagi monitor ISS di frekuensi 145.800MHz. Sememang program School contact sangat berfaedah kepada  murid  sebagai pendedahan tentang angkasa lepas dan radio amatur amnya.

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...