Kem Bakat Olahraga 2015

Pada 14 Februari 2015 Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) SMKBTHO2 telah mengadakan LADAP Olahraga bertempat di padang sekolah. Seramai lapan orang guru telah mengikuti program ini.


Objektif latihan ini bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran kemahiran Olahraga seperti yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran.


Sehubungan dengan itu juga turut melibatkan atlet sekolah yang akan membawa cabaran pada peringkat daerah awal bulan Mac nanti. Atlet sekolah yang terlibat akan diberi Sijil Penyertaan Kem Bakat Olahraga 2015.


Atlet tersebut mendapat pendedahan mengenai beberapa acara yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Pengalaman ini memberi keseronokkan kepada mereka kerana telah diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru.


Bagi guru pula, adalah pendedahan cara untuk mengajar kemahiran acara olahraga kepada murid. Banyak maklumat dan pengalaman baru dikongsi untuk memantapkan lagi P&P kepada murid.


Kemahiran yang ditunjukkan adalah;

Acara Balapan
a) Lari pecut
b) Lari berganti-ganti
c) Lari berpagar


Acaran Padang
a) Lempar cakera
b) Lontar Peluru
c) Merejam lembing
d) Lompat tinggi


Tujuh kemahiran yang ditunjukkan mendapat kerjasama penuh oleh semua atlet yang terlibat. Para guru turut mencubanya terutama kemahiran balingan.


Sesungguhnya program LADAP Olahraga dan Kem Bakat ini amat bermanfaat kepada guru dan atlet yang terlibat. Ilmu dan pengalaman perlu sentiasa dicari bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan dan kemahiran mengajar kepada setiap guru.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...