Total Pageviews

Tuesday, February 24, 2015

SSTV 24/2/15 9.26AM Commemorative Diploma dan 11.01AM


Pagi ini dikejutkan oleh Hanif 9W2VHF dalam wall FB beliau menyatakan SSTV masih diaktifkan. Maka akupun dalam mode standby untuk menangkap imej SSTV pada pagi ini.

Jangkaan laluan ISS pada pagi ini adalah jam 9.25 pagi melalui Malaysia dari Lautan Hindi melalui Jakarta. Syukur pada kali ini imej yang dipaparkan adalah Commemorative Diploma. Semua imej SSTV sebelum ini terdapat dalam Diploma ini. Beberapa imej yang pernahku dapat ada terpapar dalam Diploma ini.

Pagi ini ramai yang berjaya mendapat imej Diploma ini antaranya 9W2VHF, 9W2VVH dan 9W2TS. Tahniah semua dapat Diploma.

Manakala jam 11.01 pagi juga dapat decode imej SSTV. Imej yang diperolehi dipenghujung pancaran namun jelas juga untuk dilihat. Abang Saad 9W2TS juga berjaya mendapat imej bagi kali kedua dalam percubaan pertama pada hari ini.



73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment