SSTV 23/2/15 9.50PM dan 11:31PM



Malam ini jam 9.50 sekali lagi mendapat imej SSTV dari ISS RS0ISS. Pada sebelah pagi tadi SSTV tidak aktif jam 10:41 aku monitor turut serta di Sungai Besar ialah Cikgu Hussairy 9W2VVH yang lebih berpengalaman mendecode imej SSTV.

Hanya kedengaran beberapa kali audio yang dapat diterima adalah baik iaitu 59. Beliau turut menerima audio tersebut di Sungai Besar. Ternyata SSTV tidak aktif untuk menerima sebarang imej.

Nasib baik malam ini SSTV diaktifkan semula sehingga 21:30UTC seperti yang dirancang. Ramai yang turut mencuba untuk menerima imej SSTV pada malam ini seperti 9W2VVH, 9W2VFK dan 9W2VHF nampaknya semua gang victory.

Laluan untuk kali kedua pula bermula jam 11:26 malam. lebih kurang jam 11:31 imej mula dimuat turun walaupun imej tidak sepenuhnya.


Pada kali ini laluan ISS agak jauh di Lautan Hindi bersebelahan Sumatera bermula dari India. Ingatku tidak dapat dicopy signalnya rupanya kali ini dapat juga menerima imej walaupun tidak sepenuhnya. Ini adalah isyarat SSTV yang terakhir buat kali ini.

Tahniah semua

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...