SSTV 22/2/15 9:10PM 10:43PM


Imej kedua yang dapat dicapai malam ini adalah boleh kira cantik juga. Setelah menunggu beberapa hari seperti yang yang diwar-warkan baru hari ini selepas jam 6.30 petang barulah SSTV dan APRS dari ISS diaktifkan. Kelewatan seperti dijadual adalah kerana terdapat spacewalk di ISS iaitu kerja penyelenggaran sedang dijalankan di atas sana.



Manakala imej diatas adalah laluan pertama ISS jam 9:10 malam yang dapat dihujung imej sahaja. Seterusnya bagi laluan kedua adalah jam 10:43 malam yang dapat sepenuhnya.

Esok 23/2/15 masih terdapat empat peluang lagi untuk menerima imej SSTV dari ISS. Menurut jadual esok bermula jam 10:17 pagi diikuti 11:54 pagi. Manakala sebelah malam pula adalah jam 9:48 malam dan 11:26 malam.

00:01:34:47 : 9W2VHF]CQ,RS0ISS*,qAR,9W2JDY-1:=0314.72N/10141.89E`http://iss.no-ip.info QTH MALAYSIA - 73'
00:01:35:24 : YB6DE-2]APOT30,RS0ISS*,SGATE,WIDE2-1,qAR,9W2CEH-3:!0421.93N/09804.53E# APRS Digi Langsa on T3-135
00:01:35:29 : RS0ISS]CQ,qAR,9W2CEH-3:]ARISS - International Space Station
00:01:35:56 : YB6DE-2]APOT30,RS0ISS*,SGATE,WIDE2-1,qAR,9W2CEH-3:!0421.93N/09804.53E# APRS Digi Langsa on T3-135
00:01:37:26 : YB6DE-2]APOT30,RS0ISS*,SGATE,WIDE2-1,qAR,YB6DE-5:!0421.93N/09804.53E# APRS Digi Langsa on T3-135

Selain aktiviti SSTV, APRS turut diaktifkan telah menunjukkan beberapa aktiviti. YB6DE-2 QTH Langsa berjaya membuat dxing hingga ke stesen 9W2CEH-3 QTH Bangi melalui ISS sebanyak dua packet. ISS juga telah menyapa 9W2CEH-3. Manakala satgate 9W2VHF di Gombak berjaya menerjah 9W2JDY-1 di Kuantan melalui ISS.

Harap esok dapat menangkap imej SSTV lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...