KL Fox & Emcomm Go Box Competition 2015
Program KL Fox dan Emcomm Go Box Competition 2015 telah diadakan pada 9 Mei 2015 Sabtu di Taman Tasik Permaisuri Cheras. Ia dianjurkan oleh Marts dengan kerjasama beberapa pihak telah berjaya menarik minat pengamal radio amatur sekitar lembah klang dan negeri lain.
Pada kali ini aku berkesempatan menghadirinya disebelah petang menyaksikan pertandingan Go Box sahaja. Sebelah pagi yang hujan diadakan acara ARDF Kl Fox. Berpandu stesen aprs yang telah wujud di sini memudahkan aku ke lokasi. Aku turut mengaktifkan aprs bagi memudahkan rakan mengetahui akan kehadiranku.
Setibanya ditapak A Taman Tasik Permaisuri acara taklimat Go Box telah diberi oleh 9W2SMF Fadzil tentang perkara-perkara pertandingan Go Box ini. Beliau memberi situasi kecemasan yang berlaku di Hulu Langat adalah banjir. Jadi, peserta harus berfikir tentang situasi yang diberikan bagi menyediakan peralatan komunikasi kecemasan yang sesuai dengan situasi yang diberikan.
Oleh kerana di sebelah paginya hujan, menyebabkan kawasan tapak program lecak dan sedikit berair. Secara tidak langsung turut memberi situasi keadaan cuaca yang mengganggu keselesaan dan kelancaran program yang harus ditempuhi. Pengamal radio amatur yang sering terlibat dengan aktivti menyelamat pasti tidak menghadapi masalah yang kecil ini memandangkan situasi sebenar yang lebih sukar dan teruk pernah dilalui.
Peserta berhenti menyiapkan stesen masing-masing selepas lima minit. Ketika ini memperlihatkan kecekapan peserta dalam mengendalikan dan menyempurnakan segala kelengkapan agar berfungsi dengan sempurna. Bermula dari set radio, punca kuasa, kabel serta antena bergabung menjadi peralatan komunikasi yang lengkap bagi menghadapi segala kemungkinan.
Selepas para juri hakim berpuas hati melihat tahap kesempurnaan stesen dalam jangka yang singkat, mereka menyambung tugasan bagi menyempurnakan stesen bantuan kecemasan mengikut kategori yang dipertandingkan.
Kali ini jangka masa yang lebih lama diberi bagi menyempurnakan segala perancangan yang telah dibuat. Betapa meriahnya setiap peserta dengan pelbagai ragam dalam menyiapkan stesen dengan paling sempurna sebelum diadili sekali lagi.
Tugasan para juri hakim membuat penilaian mengikut kumpulan yang telah ditugaskan. Pelbagai persoalan dan pertanyaan dilontarkan kepada peserta terhadap peralatan radas dan komponen-komponennya. Adakah setup yang dihasilkan sesuai dengan situasi kecemasan? Pasti peserta telah bersedia dengan jawapan yang sesuai dengan kelengkapan radas yang dihasilkan.
Pengetahuan yang tinggi dalam teknikal komunikasi radio harus dikuasai dan digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Segala radas dan bahagiannya harus tahu untuk mengendalikannya dan tahu tentang fungsinya.
Suasana bertukar meriah dengan pelbagai jenis antena dipacakkan di setiap kawasan peserta terlibat. Memperlihatkan daya kreativiti dan pengetahuan teknikal yang tinggi dalam kalangan peserta sangat menyerlah.
Sebelum itu juga para pepamer telah menunjukkan antena produk keluaran atau jualan di kawasan tapak.
Walaupun cuaca semakin panas tidak menghalang peserta untuk meneruskan cabaran bagi mempersembahkan yang terbaik kepada para juri hakim. Segala lontaran dan kritikan dilayan dengan baik bagi memenuhi kriteria pemarkahan. Serba sedikit turut memberi pengetahuan baru kepada para pengunjung tentang emmcom ini.
Perkongsian terhadap ilmu teknikal radio diantara peserta dan pengunjung menunjukkan ilmu itu perlulah dikongsi bersama bagi turut membantu jikalau ada situasi kecemasan membolehkan pengamal radio amatur dapat mempraktikkannya.
Hubungan yang baik terjalin kerana kita mempunyai minat yang sama walaupun datang dari kelab atau persatuan yang pelbagai dan berbeza. Apa yang penting adalah ilmu dapat dikongsikan bersama.
Seharusnya aktiviti seperti ini harus diadakan bagi memperlihatkan kebolehan dan daya kreativiti dalam kalangan pengamal radio amatur.
Selepas semua peralatan radas telah tersedia untuk menjalankan tugasnya. Tibalah giliran untuk diuji sejauh manakah ia dapat berfungsi dengan baik.
Fadzil 9W2SMF menguji pancar dengan memanggil semua stesen untuk menerima mesej dari pusat operasi. Jikalau panggilan dijawab menunjukkan setup yang dibuat berjaya berfungsi dengan baik.
Seterusnya maklumat penting disampaikan dan peserta dikehendaki menyalin semula berita yang disampaikan. Kecekapan mengambil berita yang disampaikan haruslah tepat bagi mengelakkan maklumat penting tidak tertinggal. Maklumat diwaktu kecemasan adalah amat penting sekali. Seharusnya ia dapat disalin dengan penuh teliti dan berhati-hati. Maka, fungsi radio itu dapat berjalan dengan baik tanpa ada kerosakan teknikal dan juga punca kuasa yang ada harus dapat menampung semasa ia berfungsi.
Selain peralatan radio disediakan, keperluan asas bantuan kecemasan yang lain perlu turut disediakan.
Ramai peserta menggunakan tenaga bateri yang telah dicaj sepenuhnya bagi menghadapi tempoh kecemasan itu. Panel solar juga turut digunakan bagi meneruskan penggunaan kuasa.
Daya kreativiti terserlah di sini bagi memudahkan peralatan radio dibawa ke mana-mana sahaja bila diperlukan. Jadi ia perlualah mudah dibawa tanpa terlalu membebankan. Ia pasti sukar jika dilokasi yang jauh ke dalam hutan.
Buku panduan atau manual turut perlu diadakan disaat kecemasan ini. Jikalau orang lain ingin turut menggunakannya pasti tiada masalah jika buku ini turut disediakan.
Setup diatas inilah yang paling mudah dan cepat untuk disediakan. Pasukan paramedic ini menghasilkan setup yang paling simple dan mudah untuk dikendalikan dan dibawa ke mana-mana sahaja.
Manakala bagi portable pula, khemah dan peralatan lain juga harus difikirkan. Daya kreativiti menggunakan kotak bagi menyimpan segala komponen dalam satu tempat sahaja dan mudah untuk dibawa dan dikendalikan.
Keperluan makanan dan pakaian yang mencukupi perlu sepanjang tempoh berkhidmat itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment