Stesen APRS 9M Land di Jakarta sempena Jakarta Amateur Radio Festival 2015

Berdasarkan pemantauan di aprs.fi terdapat stesen aprs dari 9M Land telah diaktifkan di Jakarta Indonesia. Mereka ke sana adalah untuk menghadiri Jakarta Amateur Radio Festival di Jakarta Selatan.

Festival radio amatur ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 hingga 14 Jun 2015. Ia berlangsung di Lapangan MBAU Jln Gatoto Subroto, Jakarta Selatan. Ia dianjurkan oleh Organisasi Amatir Radio Indonesia, ORARI DKI Jakarta.

Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan seperti pameran dan ARDF.

Stesen yang telah mengaktifkan aprs di sana yang dapat dikesan adalah 9W2VVY-9, 9W2RUT-5 dan 9M2MDX-5.

73 Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Wetland Upper Bisa

  Pagi ini meneroka bahagian timur Tasik Putrajaya. Bermula dari tempat letak kereta belakang blok D. Cuti hujung minggu pagi ini ramai oran...