VHF DXing E22JMY-7 ke 9W2CEH-3 & 9W2JDY-1 melalui ISS

Sebentar tadi jam 2.43 ISS melalui Malaysia dari arah barat daya ke timur laut melalui Sumatera dan Semenanjung. Harapan aku agar dapat menerima beacon dari ISS. Rezeki tidak menyebelahi aku sebaliknya 9W2JDY-1 lebih pantas menyambar beacon ISS.

Stesen 9W2JDY-1 berjaya mendapat dua beacon RS0ISS pada petang ini di Kuantan.

Sementara itu, stesen E22JMY-7 APRS Thailand Lopburi Team berjaya menghantar beacon ke ISS hingga dicapai oleh jiranku stesen 9W2CEH-3 di Bangi dan stesen 9W2JDY-1 di Kuantan.

Ingatkan di Festival radio amatur Jakarta ada stesen menembak ke ISS tetapi tiada pula sebaliknya stesen dari HS yang ada.

Bagi laluan kali kedua, tiada sebarang aktiviti Aprs sekitar jam 4 petang .

73 Jojet de 9W2DYA




No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...