VHF DXing YD0NXX-7 ke 9W2JDY-1 via ISS

Pagi ini stesen YD0NXX-7 berjaya menghantar packet ke stesen 9W2JDY-1 melalui ISS. Stesen 9W2JDY-1 turut mendapat dua packet RS0ISS pagi ini.

Bagi satelit Psat pula, 9W2JDY-1 telah mendapat tiga beacon. Telemetri #595 & #597 serta sun vector #037857.

Laluan kali kedua ISS stesen HS0BBD berjaya muncul kembali mendapat beacon daripada RS0ISS.

Satu lagi yang mengejutkan adalah satelit PCSAT telah berjaya diaktifkan dan menghantar beacon ke stesen 9W2CEH-3 empat jam yang lalu 6 ptg.

Berikut adalah raw path yang diperolehi;

PCSAT-11] BEACON, SGATE, qAR, 9W2CEH-3: T#001, 102, 069, 065, 074, 218, 11111111, 0000, 1

Health telemetry 1.02V dan 69mA menunjukkan betapa rendahnya kuasa bateri yang ada. Namun ia berjaya mengaktifkan diri memandangkan cuaca yang panas di Malaysia. Itu adalah telahanku sahaja.

Pcsat antara satelit aprs yang agak lama diorbit memerlukan tenaga yang mencukupi bagi ia teruskan kelangsungan agar terus dapat berfungsi dengan baik.

Tidak disangka pula bahawa beacon dihantar ke stesen Malaysia 9W2CEH-3 di Bangi. Tunggu dan lihat samada satelit ini masih mampu bertahan lagi.

Next pass 25 Jun 2015

Satelit PCSAT NO.44
4:55am
6:40am
15:33pm
17:33pm
19:22pm

ISS
8:54am
10:29am
20:26pm
22:01pm

Satelit PSAT NO.84
6:07am
7:45am
18:02pm
19:38pm

Selamat mencuba kepada semua yang ingin berjinak dengan amatur satelit. Pasti memberi cabaran tersendiri dan kepuasan tertentu bagi yang mencubanya.




73, Jojet de 9W2DYA
via android

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...