SSTV Hari Raya Kedua dan Ketiga

Pada Hari Raya Aidilfitri yang kedua dan ketiga pada tahun ini dimeriahkan dengan aktiviti SSTV daripada ISS. Malangnya pada kali ini aku tiadak berkesempatan untuk mendapat sebarang imej.

Kali ini aku portable di Bukit Mahkota Bangi dan tidak mempunyai radas yang benar-benar untuk mendapat imej yang terbaik. Namun rakan-rakan yang sanggup berkorban untuk beraya berjaya mendapat imej yang terbaik.

Imej dari Melaka oleh 9M2YOT





Imej dari Gombak oleh 9W2VHF





Imej dari Damansara oleh 9W2VXP



Imej dari Kepong oleh 9W2RUT





Imej dari Padang Serai oleh 9M2ZAK



Sehingga jam 11 pagi tadi masih berharap SSTV akan diaktifkan namun tidak mendengar sebarang audio yang hanya sunyi sepi sahaja. Ini menandakan aktiviti SSTV pada kali ini telah dihentikan.

Kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya bagi pengaktifan SSTV ini. Pada kali ini imej dipaparkan sangat menarik dan cantik serta lain daripada kebiasaan sebelum ini.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...