Team Building Sehati Sejiwa SMKBTHO 2

Kelab Guru dan Staf SMKBTHO 2 2015 telah berjaya mengadakan program Team Building Sehati Sejiwa di Paya Indah Wetlands Dengkil. Program ini telah diadakan pada 22 September 2015.



Seawal 8 pagi peserta telah berkumpul dan bersarapan di Belibis Cafe. Selepas Ucapan oleh Pengetua dan bacaan Doa diperdengarkan para peserta bergambar kenangan.

d


Selepas itu, peserta bergerak semula ke Belibis Cafe untuk aktiviti memanaskan badan. Pembahagian kumpulan dibentuk oleh Fasilitator dan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh peserta. Terdapat 15 buah kumpulan telah  dibentuk bagi menjalankan aktiviti berbentuk Explore Race.



Aktiviti pertama kami adalah menghias King atau Queen menggunakan surat khbar lama di CP2. Daya kreativiti dan semangat kerjasama berpasukan ditonjolkan dalam aktiviti ini. Selepas selesai, setiap kumpulan melaporkan diri kepada Fasilitator bertugas untuk mendapat klu seterusnya.

Setelah membacanya, kami seramai sembilan orang dengan berpandukan peta yang dibekalkan ke tempat klu yang diberi. CP8 adalah destinasi kami yang terletak di Chalet. Selepas menunggu kumpulan yang terlebih awal dan sempat melihat apa yang sedang dilakukan. Rupanya tugasan yang diberi adalah memasukkan ulat dan cengkerik ke dalam botol yang disediakan. Ala-ala Fear Factor pula pada CP8 ini. Semua peserta berjaya melaksanakan tugasan walaupun tidak sanggup untuk melakukan kerana kegelian. Semangat yang tinggi dan keazaman terpancar walaupun tugasannya nampak seperti sesuatu yang kecil sahaja. Bukan semua orang boleh melakukan perkara yang kelihatan jijik dan menggelikan.



Selesai melaksanakan tugasan yang diberikan, klu seterusnya diberikan. CP 1 adalah sasaran seterusnya di Kaunter Pertanyaan. Tugasannya adalah menyelesaikan jigsaw puzzle yang bergambar haiwan. Ternyata sukar juga untuk menyelesaikannya jika tiada kata kesepakatan. Tetapi dengan kerjasama setiap ahli dan mengguna kaedah cuba suai akhirnya terhasillah gambar diatas.




Selepas selesai tugasannya adalah membeli palet ikan. Sasaran berikut adalah CP9 di kolam berdekatan dengan patung burung Bangau. Melaporkan diri kepada Fasilitator bertugas tentang kehadiran kumpulan 13. Palet yang dibeli tadi adalah tugasan untuk memberi makan ikan talapia di dalam kolam itu.



Kemudian kami diarahkan untuk bergambar berkumpulan sebagai bukti telah melaksanakan tugasan. Sasaran seterusnya adalah CP7 di Kolam Pelikan. Kami telah selisih dengan kumpulan 4 yang mendahului kami setiap CP yang sama seperti kami di Kolam Hippo.



Kolam Pelikan bersebelahan dengan Kolam Hippo sahaja. Sampai di sana terdapat dua kumpulan yang sedang melakukan tugasan serta sedang menanti dengan penuh kesabaran. Rupanya tugasannya adalah mencari gula-gula dalam tepung. Alamak ini perkara yang tak pernah aku lakukan. Selama ini,  aku hanya menyuruh pelajar  melakukannya. Tetapi tidak pada kali ini terpaksalah aku meniup tepung dalam besen untuk mendapatkan sebiji gula-gula.



Hasilnya, lihatlah wajah-wajah setiap ahli kumpulan yang disapu dengan tepung. Ini menunjukkan semangat untuk mencapai matlamat disamping berani mengambil risiko untuk kelihatan comot dan kotor. Sikap sporting dan toleransi perlu ada dalam diri apabila bekerja berkumpulan.

Sasaran seterusnya adalah CP6 di Laman Fauna. Malangnya kami tersasar ke CP4 di Kolam Itik. Fasilitator bertugas menyatakan bahawa kumpulan 13 telah tersasar haluan. Kamipun meneruskan tujuan kami melalui bersebelahan Kolam Buaya.

Kelihatan di Laman Fauna kumpulan dihadapan sedang menunggu giliran. Sempatlah berehat setelah kepenatan melakukan beberapa tugasan yang telah dilaksanakan.



CP6 tugasannya adalah mencari kura-kura yang berbelang-belang. Oleh kerana masa tidak mencukupi seharusnya tugasan yang diberi perlulah dipermudahkan bagi menjimatkan masa. Sementara menunggu giliran sempatlah aku melihat landak diberi makan.



Terdapat 4 ekor landak di dalam pagar dan beberapa ekor kura-kura. Tugasan kumpulan kami adalah mengira bilangan landak dan kura-kura. Kemudian mengutip kura-kura untuk bergambar kenangan. Malangnya kamera fasilitator yang mengambilnya.

Selesai tugasan kami ke Kolam Buaya untuk ke CP5. Tugasan yang diberi adalah mengisi air dari baldi ke dalam botol menggunakan span atau tangan. Kesabaran terserlah di sini bagi mengisi botol yang kecil serta perlu menggunakan strategi agar air tidak dibazirkan.




Kolam Buaya ini dipagar agar ia tidak terlepas ke kolam sekitarnya. Jam 11 pagi buaya diberi makan malangnya kumpulan kami terlepas peluang untuk melihatnya.

Sasaran seterusnya adalah kembali semula ke CP4 iaitu kolam itik. Reban itik yang busuk dan kurang digemari adalah tugasan berikutnya. Fasilitator mengarahkan menangkap seekor itik yang berada didalam reban itu. Kemudian dalam bulatan itik itu dilepaskan agar setiap kumpulan cuba menangkapnya semula.



Apabila ahli kumpulan sudah bersedia, akupun melepaskan itik itu dalam bulatan yang dibentuk. Setelah berjaya menangkapnya sesi bergambar pula sebagi bukti menyiapkan tugasan.

Check point terakhir kumpulan kami adalah kolam Hippo. Tugasannya agak berat bagi yang tidak berani menghadapi sesuatu yang dianggap jijik. Bagiku seperti di Kolam itik tadi, tugasan kali ini perlu diteruskan walaupaun ahli yang lain tidak sanggup untuk melakukannya. CP3 ini memerlukan tugasan mencari klu dalam timbunan najis badak air. Najis yang terhasil adalah sisa rumput tidaklah sukar bagiku untuk menghadapinya. Selepas berjaya mencari klu itu, ahli kumpulan perlulah memenuhkan separuh baldi najis dibawa keluar. Langkah keselamatan diambil dalam aktiviti ini seperti memakai kasut getah dan sarung tangan getah. Selepas itu membasuh tangan dengan menggunakan sabun anti-septik.

Akhir tugasan dapat dilaksana setelah melaporkan diri kepada Fasilitator berdekatan dengan Belibis Cafe. Segala klu dipulangkan disertakan barang amanah iaitu sebiji belon yang berisi air.

Kelihatan di Cafe kumpulan yang lebih awal tiba telah duduk dimeja. Semuanya masih bersatu hati duduk bersama dalam kumpulan. Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Tuan Pengetua diikuti dengan santapan tengahari.

Kesimpulannya aktiviti ini berjaya mengeratkan hubungan sesama guru dan staf bagi meningkatkan semangat bersatu hati. Aktiviti yang disediakan agak mencabar fizikal dan mental bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.


No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...